Pages

Enjin Carian

Sunday, 2 November 2014

TIPS BAHASA MELAYU SPM 2014

BAHASA MELAYU – KERTAS 1

1.    Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat

2.    Setiap individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, anda sentiasa menanamkan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.  
Jelaskan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pencapaian anda dalam bidang akademik

3.    Perasaan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.  
Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang. 


4.    Karangan Jenis Ceramah / Ucapan / Syarahan – Keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan Pelajar

5.    Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. 
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya

6.    Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.  Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

7.    Program pertukaran pelajar yang dijalankan oleh negara kita banyak mendatangkan faedah kepada para pelajar. 
Bincangkan pernyataan ini

8.    Minat membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin berkurangan.  
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera.



BAHASA MELAYU – KERTAS 2

RUMUSAN – Herba / Pokok Dokong Anak

KOMSAS –:
-    Drama Gelanggang Tuk Wali / Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
-    Hikayat Opu Daeng Menambun / Hikayat Khoja Maimun
-    Syair Siti Sianah   / Gurindam Tonggak Dua Belas

TATABAHASA -:
-    Ayat berpasangan  - mengupas – mengelupas / taksiran -  tafsiran / penguburan – perkuburan
-    Ayat majmuk  /  Ayat tunggal / Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
-    Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal

NOVEL - Jelaskan peristiwa menyayat hati yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji / Bincangkan kepincangan masyarakat @ kritikan sosial yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel yang anda pelajari / Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.  Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.



1 comment: