TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)
Latar Masa
(a)
Waktu
malam - Syahir telah meluangkan masa
untuk makan bersama-sama dengan emak dan Kak Uda Syahrizah di rumah mereka.
(b)
15
tahun - Syahir telah menjadi johan
negeri kategori perseorangan bawah 15 tahun ketika di tingkatan 3. Ayah Syahir
telah mematahkan raket dan menghempas piala kemenangannya itu kerana mahu
mengendurkan semangatnya terhadap sukan badminton.
(c)
18
tahun - Syahir berjaya menjuarai kategori perseorangan bawah 18 tahun lantas
bergelar juara remaja kebangsaan.
(d)
Pukul
11:10 malam - Syahir menonton siara Buletin
Dunia di televisyen yang menyiarkan tentang perang di Iraq dan senario
politik di Palestin.
(e)
Waktu
pagi - sesi latihan badminton diteruskan seperti biasa. Para pemain telah
melakukan aktiviti memanskan badan, senaman, dan regangan badan sebelum
meneruskan aktiviti lain. Pada masa itu, Syed Amiri sempat menyindir tentang
kelayakan Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
(f)
Pukul
8:30 pagi - Syahir dan Bernard meneruskan latihan di bawah bimbingan jurulatih,
Haji Marzuki. Kemudian, Haji Marzuki telah menyampaikan berita yang kurang
baik, iaitu Syahir akan bertemu dengan rakan seperjuangannya, Syed Amiri pada
kejohanan Terbuka Johor.
(g)
Selepas
solat maghrib - Syahir mendapatai ada tiga panggilan telefon yang tidak
berjawab daripada Wan Najlah pada telefon bimbitnya. Syahir tidak berkesempatan
untuk menghubunginya semula kerana latihan sesi malam akan bermula.
(h)
Pukul
11:00 malam - Wan Najlah telah
memberanikan diri untuk menelefon Syahir bagi meminta maaf atas sikapnya yang
emosional terhadap Syahir. Wan Najlah memberitahu hasratnya untuk menutup aurat
juga.
(i)
10
minit - Azmie meminta Syahir menunggunya selama 10 minit kerana pada masa itu
dia ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
(j)
Pukul
8:30 malam - Syahir telah kecundang di tangan Syed Amiri dalam kejohanan
Terbuka Johor yang menyebabkan dia gagal ke Kejohanan Badminto Antarabangsa di
Jakarta.
(k)
Selepas
waktu asar - Syahir, emaknya, dan Kak Uda Syahrizah pergi ke Seremban untuk
menziarahi Mak Usu Sapiah.
(l)
Pukul
8:00 malam - Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya di Gombak
menyebabkan Haji Marzuki memanggil Syahir semula ke kem latihan untuk
menggantikan Gopinath.
(m)Pukul 10:15 malam - pada waktu ini, Syahir
mencari ketenangan dengan berjalan-jalan mengelilingi tasik.
(n)
Hampir
2 jam - tempoh penerbangan Syahir dan
pasukan badminto skuad kebangsaan dari Kuala Lumpur ke Jakarta memakan masa
selama hampir 2 jam.
(o)
Pukul
8:20 malam waktu tempatam - Syahir turun ke gelanggan dengan diiringi oleh Haji
Marzuki dan Mas Suparman. Syahir akan bersaing dengan jaguh tuan rumah, iaitu
Andri Minarwan.
No comments:
Post a Comment