KERTAS KERJA
KARNIVAL TVET DAN HARI KOPERASI
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR PERINGKAT
ANTARABANGSA 2018
TARIKH
03 HINGGA 04 JULAI 2018
(SELASA HINGGA RABU)
TEMPAT
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
ANJURAN
UNIT PERHUBUNGAN AWAM KOLEJ
VOKASIONAL ALOR SETAR DENGAN KERJASAMA KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
BERHAD
TEMA
“SEIRING BERSAMA”
KERTAS KERJA
KARNIVAL TVET DAN HARI KOPERASI
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR PERINGKAT
ANTARABANGSA 2018
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk
memohon pertimbangan kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan ANGKASA
untuk menjayakan Karnival TVET dan Hari Koperasi Kolej Vokasional Alor
Setar Peringkat Antarabangsa 2018.
2.0 PENGENALAN
2.1 Program Karnival TVET dan Hari Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Peringkat Antarabangsa 2018 yang julung-julung kali diadakan ini merupakan salah satu program di bawah
kendalian Unit Perhubungan Awam Kolej
Vokasional Alor Setar dengan kerjasama Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Berhad bertujuan untuk menyuntik kemahiran, tanggungjawab sosial dan kemahiran
komunikasi bersama badan-badan korporat.
2.2 Program Karnival TVET dan Hari Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Peringkat Antarabangsa 2018 ini juga dapat memberi pendedahan kepada para
pelajar Kolej Vokasional Alor Setar tentang kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan
profesionalisme semasa menguruskan program Karnival TVET dan Hari Koperasi
Kolej Vokasional Alor Setar Peringkat Antarabangsa 2018.
2.3 Program Karnival TVET dan Hari Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Peringkat Antarabangsa 2018 ini juga
turut menekankan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik
serta kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan para pelajar.
2.4 Program Karnival TVET dan Hari Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Peringkat Antarabangsa 2018 ini juga dapat mengasah bakat para pelajar dalam
kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Malahan, kemahiran kreatif dan inovatif
dapat disuntik dengan mengadakan program-program yang berbeza sepanjang tahun
di samping membantu para pelajar KVAS untuk mengaplikasikan hasil pembelajaran
mereka
3.0 MISI
Merapatkan hubungan antara
pelajar Kolej Vokasional Alor Setar tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan
budaya supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain selaras hasrat Perdana
Menteri Malaysia iaitu 1Malaysia dalam masa yang sama menggilap kompentesi
ganerik para pelajar.
4.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar modal insan kelas pertama yang berketerampilan,
bertanggungjawab, berdedikasi serta tabah dalam menghadapi segala cabaran.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membentuk para pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang
diberikan dalam suatu organisasi.
5.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi,
berinovasi serta bermotivasi.
5.3 Menggabungkan aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan antara pelajar
dari pelbagai bidang tanpa mengubah nilai-nilai estetika yang ada.
5.4 Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama dan saling membantu dalam melakukan aktiviti
secara berorganisasi
6.0
TEMA
“SEIRING BERSAMA”
7.0 ANJURAN
Unit Perhubungan Awam Kolej
Vokasional Alor Setar dengan kerjasama Koperasi Kolej Vokasional Alor Setar
Berhad
8.0
TARIKH DAN MASA
15 hingga 16 Julai 2018 (Ahad hingga Isnin)
9.0
TEMPAT PROGRAM
Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman
10.0
PUBLISITI
Program ini memfokuskan kepada semua pelajar Kolej Vokasional Alor Setar
dan umum kepada warga Kolej Vokasional Zon Utara, Kolej Vokasional Thailand,
Inonesia dan Brunei serta masyarakat
setempat
11.0
CADANGAN PERASMI
Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian
pendidkan Malaysia
12.0
PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Peserta terdiri daripada para pelajar Kolej Vokasional Alor Setar, Zon
Utara, Thailand, Inonesia dan
Brunei serta masyarakat setempat
13.0
STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0
PERINCIAN PROGRAM
15.1 Pertandingan
Kelas 5 Bintang
Aktiviti Pertandingan
Kelas 5 Bintang dijalankan
untuk memilih pemenang bagi kelas angkat tercantik. Terbuka kepada semua warga Kolej
Vokasional Alor Setar. Warga Kolej Vokasional Alor Setar harus menghiasi kelas
angkat mereka bagi memenangi pertandingan tersebut.
15.2 Blok Asrama Terbuka
Menjalankan aktiviti yang membenarkan pelajar lelaki memasuki blok
perempuan dan pelajar perempuan memasuki blok lelaki. Aktiviti ini adalah untuk
pelajar lelaki mengetahui cara pelajar perempuan menghiasi blok mereka dan
untuk pelajar perempuan mengetahui cara pelajar lelaki menghiasi blok mereka.
15.3 Gerai
Keusahawanan
Membuka gerai pameran, jualan makanan, pakaian, pameran yang terdiri
daripada penggerai daripada para peserta
15.4 Sukaneka dan
Sukan Rakyat
Menganjurkan pertandingan sukaneka dan sukan rakyat yang penyertaan
dibuka kepada semua peserta
15.5 Pertandingan
Counter Strike
Menganjurkan pertandingan Counter Strike atau permainan komputer dan
membuka pnyertaan kepada semua peserta.
15.6 Malam
Kebudayaan
Menganjurkan malam kebudayaan bagi memeriahkan majlis penutup . Terdiri daripada persembahan
dari pelbagai kaum dan mereka akan mempersembahkan tarian budaya masing-masing
15.7 Forum Perdana
Kerohanian
Forum ini bercirikan keagamaan. Forum perdana ini akan menjemput
panel-panel penceramah daripada luar untuk mengupas beberapa tajuk yang menjadi
perbualan masyarakat sekarang serta menjelaskan sebarang permasalahan mengenai
keagamaan.
15.8 Kempen
Kesihatan
Kempen kesihatan akan dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia. Pemeriksaan
kesihatan dan pelbagai aktiviti yang melibatkan kesihatan dijalankan.
15.9 Program
Akademik
Program ini akan menjemput pelajar-pelajar sekolah luar untuk merasai
kehidupan di Kolej Vokasional Mereka juga akan mengikuti beberapa program
berunsurkan akademik yang dianjurkan.
15.10 Pertandingan
Karaoke
Pertandingan Karaoke ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat yang
tersembunyi dalam kalangan peserta.
15.11 Mini Game
Mini Game akan berlangsung sepanjang program dijalankan. Mini game ini terdiri dari permainan-permainan tradisional dan
moden.
15.12 Tayangan
Video
Satu tayangan video akan didakan pada sebelah malam semasa program berlangsung.
15.13 Senamrobik
Program yang bercirikan kesukanan ini akan dilakukan dengan kerjasama peserta
yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Program senamrobik ini akan menjemput
pakar senaman yang berpengalaman untuk mengendalikan senaman ini.
15.14 Rewang
Program rewang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara para pelajar dan
staff KVAS.
16.0
BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17.0
PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat
menyurat, sila hubungi:
Pejabat Kolej Vokasional Alor Setar, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman . ( u/p: HAJI ABDUL MUHEN BIN
ABDUL MOHSSIN)
Tel : 04-7333363 /
019-4435169 Faks : 04-7347078 Emel : atan_mm@yahoo.com
18.0
PENUTUP
Semoga program ini dapat diluluskan dan mendapat bantuan kewangan supaya
program ini dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga Kolej Vokasional Alor Setar di samping dapat
membantu para pelajar untuk mengasah kemahiran mereka serta melengkapkan lapan
asas domain yang terdapat didalam Kontrak Pembelajaran.
Terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI KARNIVAL
TVET DAN HARI KOPERASI
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR PERINGKAT ANTARABANGSA 2018
Penaung
Penasihat Kehormat 1
Penasihat Kehormat 2
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
Bendahari
Pengarah Program
Pengarah Pemasaran ]
Pengarah Persembahan
Pengarah Jamuan
Pengarah Protokol
Pengarah Program Akademik
Pengarah Sijil dan Cenderamata
Pengarah Teknikal dan Logistik
Pengarah Sukan
Pengarah Kerohanian
Pengarah Gerai Keusahawanan
Pengarah Publisiti dan Penerbitan
Pengarah Tugas-Tugas Khas
Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia
No comments:
Post a Comment