PLOT - BINAAN PLOT DRAMA
BUKAN GILA
1.
Plot
drama ini disusun secara kronologi.
2.
Bahagian
pengenalan atau eksposisi drama ini mengisahkan watak Azmir yang berada di wad
pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalannya.
3.
Cerita
sampai kepada tahap perkembangan apabila
Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah
meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila.
Azmir juga berkhayal akan kehadiran bapanya yang menziarahinya di
wad. Azmir bertelingkah dengan bapanya
kerana dia beranggapan bapanya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula mengenai Pak
Haji melawatnya di wad. Dia bertengkar
dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti
yang dikatakan oleh mereka. Azmir
kembali berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata cinta Ani
terhadap dirinya. Selepas itu, doktor
datang melawat Azmir di wad. Doktor
memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar.
4.
Cerita
memasuki tahap perumitan apabila
Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama
mereka, Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah
sewaktu Arif dan pelakon-pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah
sistem yang prorakyat. Para pelakon
berbincang dengan Azmir tentang sistem
tersebut. Tiba-tiba Azmir berasa sakit
dan meminta pelakon memicit kepalanya.
Arif memperakui bahawa dia dan rakan-rakannya dapat belajar sesuatu
daripada Azmir.
5.
Pada
bahagian puncak atau klimaks, Azmir menghantuk-hantukkan kepala
ke lantai sehingga berdarah. Azmir
berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di
pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain
membantu Azmir. Selepas itu, doktor
datang membawa Azmir ke hospital semula.
Azmir meminta Arif dan pelakon-pelakon lain menolongnya. Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa
Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Doktor mengatakan bahawa orang gila
sememangnya pandai berkata-kata.
6.
Cerita
mencapai tahap peleraian apabila Arif
dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu dan bapa Azmir di rumah. Ibu dan bapa Azmir menerangkan keadaan Azmir
kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa
Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon I meminta ibu dan bapa Azmir agar
membantu Azmir dengan memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu dan bapa Azmir agar
berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan
lalu antara dia dengan Ani sewaktu mereka bercinta. Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke
lantai. Ani yang berada di rumah telah
membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca
daripada penyakit barah otak. Ani berasa
bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
No comments:
Post a Comment