Sunday 16 February 2014

Sajak Adat Sezaman

SAJAK "ADAT SEZAMAN - Untaian puisi moden 23 baris karya Wan Nazihah Wan Abdullah ini dimuatkan dalam antologi "Harga Remaja" tentang kekesalan generasi lama (tua) terhadap gelagat teruna dan dara  (remaja) moden yang bergaul bebas. Penyajak menyanjung kesantunan anak dara dan kewarakan anak teruna zaman dahulu. "Si tua" digambarkan sebagai bersedih dengan sikap remaja kini mengetepikan adat sezaman dan suruhan agama, sebaliknya  mendewa-dewakan adat kuning (pengaruh hedonisme Barat).


RANGKAP
MAKSUD
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
      terlalu indah apabila dipandang
      terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
    si tua tersenyum mesra
    memandang teruna dara
    sama cantik sama padan
    berganding bersama
   di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
   santun sang dara
   dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
   tanpa hormat
   tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.
Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat terutamanya kepada remaja. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh dengan  kesopanan dan  teruna yang mempunyai pegangan agama  sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun,  perubahan zaman  telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini, gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama malah nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi./ modenisasi Golongan tua kini berasa malu / sedih  dengan sikap anak muda yang  berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu.  Sesetengahnya pula melampaui batasan agama dengan bergaul bebas  Remaja kini telah mengetepikan adat / budaya yang diwarisi zaman berzaman manakala  suruhan agama tidak dihiraukan. Sebaliknya, mereka amat   mendewa-dewakan budaya kuning (pengaruh hedonisme barat).

TEMA
Adat warisan iaitu perubahan budaya akibat peredaran zaman. Perubahan zaman telah mengakibatkan amalan dan adat resam selain budaya timur mula terhakis daripada sanubari remaja. Perubahan adat tradisi  ini berlaku disebabkan arus modenisasi.
Sajak tersebut bertemakan .............................................Hal ini demikian kerana  ............................. Tambahan pula, .......................................

PERSOALAN
1
Adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu
2
Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu.
3

Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
4
Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.

         Persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut adalah tentang………………………… Persoalan tersebut dapat dibuktikan  ............................... Selain itu, persoalan tentang……………………… turut dipaparkan dalam sajak tersebut. Hal ini demikian kerana ................................................................... Persoalan tentang ................................................ juga ditampilkan oleh penyajak apabila beliau mengatakan ..................................... .....

BENTUK
1
Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
2
Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.
3
Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
4
Sajak berbentuk bebas.

         Sajak tersebut terdiri daripada ………… rangkap yang mengandungi ................ baris. Selain itu, jumlah perkataan setiap baris tidak sama iaitu antara ............. hingga .................... patah kata. Manakala jumlah suka kata pula antara .................. hingga ............... suku kata sebaris. Kesimpulannya, sajak tersebut berbentuk ........................

GAYA BAHASA
1
Pemilihan kata atau diksi – Bahasa Puitis

warak si teruna jadi ikatan
2
Aliterasi :pengulangan konsonan [l]

 terlalu mulia apabila diselidik
3
Asonansi :pengulangan vokal [a]

sama cantik sama padan
4
Diksi – bahasa klasik

 si tua berduka lara
5
Anafora

terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
6
Inversi

adat sezaman ditinggal jauh
Salah satu unsur gaya bahasa yang digunakan dalan sajak tersebut termasuklah ............................... iaitu ..................................... ,contohnya ....................................................  Selain itu, unsur ..................... iaitu ................ turut digunakan oleh penyajak. Sebagai contoh, ......................................... Unsur gaya bahasa  ............................................ iaitu ........................................ juga diaplikasikan  oleh penyajak. Hal ini terbukti melalui baris ....................... .............................................

NILAI
1
Berhemah Tinggi. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.
2
ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
3
Jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.
Salah satu nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai ...................  Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila .................................. Selain itu, nilai ........................... turut ditampilkan dalam sajak, misalnya  ..................... Nilai .................................. juga terkandung dalam sajak tersebut. Sebagai contoh,  ...............................................

PENGAJARAN
1
Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.
2
Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
3
Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.
Antara pengajaran yang terselit dalam sajak tersebut ialah kita mestilah ...................... Pengajaran tersebut terbukti apabila  .................................  Selain itu, kita.......................................................  Hal ini demikian, ................................. Kita juga .............. , misalnya ................................................................

Contoh soalan:

i    Apakah yang menyebabkan si tua tersenyum mesra?  (2 markah)- Si tua tersenyum mesra kerana memandang teruna dara yang sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana atau pelamin. Sementelahan, mereka bersopan santun dan mempunyai pegangan agama yang teguh.

ii    Mengapakah si tua berduka lara?    (2 markah) - Si tua berduka lara kerana memandang teruna dara berganding tanpa segan silu dan tidak  menghormati mereka yang lebih tua. Tambahan lagi, mereka bergaul bebas  tanpa batasan.

iii   Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda meninggalkan adat sezaman?    (3 markah)- Pada pendapat saya, generasi muda meninggalkan adat sezaman kerana mereka tidak menerima pendedahan tentangnya sejak kecil. Bukan itu sahaja, mereka tidak menerima contoh yang dapat diteladani daripada ibu bapa dan masyarakat. Mereka juga berasa bahawa adat sezaman sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang mementingkan sains dan teknologi.
(Nota: jawapan hendaklah berfokus kepada adat sezaman sahaja, tidak dikaitkan dengan faktor lain seperti pengaruh media, rakan sebaya dan lain-lain)

iv  
Bagaimanakah nilai murni adat sezaman dapat dihidupkan semula dalam kalangan generasi muda mengikut pendapat anda?   (3 markah) - Nilai murni adat sezaman dapat dihidupkan semula dengan cara menerapkannya dalam proses pembelajaran di sekolah. Selain itu, pihak media massa perlu menonjolkan kebaikan nilai murni adat sezaman secara berhikmah. Ibu bapa juga hendaklah menyemai nilai-nilai tersebut sejak anak mereka masih kecil kerana pada ketika itu mereka mudah dibentuk.

v   Bersetujukah anda bahawa adat kuning menjadi ikutan generasi muda sekarang? Beri alasan anda.  (3 markah) Saya tidak bersetuju generasi muda sekarang terikut-ikut dengan adat kuning, iaitu pengaruh Barat. Hal ini demikian kerana sebahagian besar generasi muda pada hari ini tetap mementingkan maruah bangsa dengan bertungkus-lumus dalam pelbagai bidang ilmu. Tambahan pula, bilangan anak muda yang terpengaruh dengan adat kuning terlalu dibesar-besarkan, sedangkan tiada statistik perbandingan yang dapat dijadikan bukti. Terdapat juga generasi muda sekarang yang berjaya mengharumkan nama  negara dalam pelbagai bidang seperti Pandelela Rinong yang berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 10 meter platform individu wanita dalam sukan Olimpik London 2012.


No comments:

Post a Comment