Tuesday, 15 April 2014

NOVEL KEMBARA AMIRA

PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI

Novel Kembara Amira
(i)              Pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha.
Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.

(ii)            Masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.

(iii)          Tau menangis dan meratap hiba kerana dapat bertemu kembali dengan anaknya, Sabi (Malique) yang telah lama terpisah.
Setelah Amira dan Itai berjaya menyelamatkan Malique yang disembunyikan di dalam sebuah bilik gelap di Gunung Gua Gajah, Tau atau makhluk berbulu menjadi berang kerana dia tidak mahu orang lain mengambil Malique. Tau menangis dan meratap hiba kerana dia tidak mahu berpisah dengan Sabi yang baru ditemuinya setelah lama terpisah.

(iv)          Tau berasa hiba kerana isterinya, Ipah meninggalkannya bersama bayi yang masih kecil dan membawa bersama-samanya anak sulung mereka, Sabi.
Ipah memilih untuk mengikut Johnny dan membawa Sabi, dan sebaliknya meninggalkan Tau dan Itai, anak mereka yang masih kecil. Tau menghadapi konflik jiwa yang mendalam kerana orang kampung menganggap Tau gagal menjaga isterinya pada hal Ipah ingin pergi dari perkampungan itu kerana orang kampung tidak boleh menerima kehadirannya. Kini Tau lebih sanggup kehilangan Ipah daripada kehilangan Sabi.

(v)       Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai.

            Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin.

No comments:

Post a Comment