Peristiwa paling menarik
dalam novel
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
- Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa
arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.
Peristiwa
ini menarik kerana menunjukkan kebaikan
orang asli suku
Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
- Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya
Peristiwa ini menarik
kerana Itai menganggap Tau bapa
saudaranya
tetapi
sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
- Peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta
Peristiwa
ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang
ingin menggembirakan
sahabatnya.
- Peristiwa Jidin menjaga
Samantha setelah bapanya Ridley dan
ibunya Brenda terkorban dalam
nahas kapal terbang.
Peristiwa
ini menarik kerana ketabahan Jidin
yang sanggup memelihara Samantha
walaupun mendapat tentangan daripada
kaumnya.
- Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah
dirinya yang sebenar.
Peristiwa
ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya makhluk misteri yang ditakuti oleh
masyarakat di Bukit Mat Raya.
- Peristiwa Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan
mengikuti ibunya Jennifer.
Peristiwa ini menarik kerana Malique
ingin bersama Itai, adik kandungnya
dan Tau bapanya sanggup meninggalkan
kemewahan untuk tinggal di
dalam hutan
tersebut.
- Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.
Peristiwa
ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan
seketul emas yang diambil dari sungai kepada Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan
penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan
seterusnya menyebabkan Itai hilang
kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.
8. Peristiwa
Amira menemui mobile disk di lantai
gua.
Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri
kehilangan Malique dan
penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique
berada.
- Profesor Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupun
ditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah kemalangan.
Peristiwa ini menarik kerana
memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah dengan
pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah putus asa.
No comments:
Post a Comment