Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan
seseorang remaja.
Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya
yang menjadi pilihan anda.
Pendahuluan
:
Dipetik daripada kata-kata dalam
sepotong hadis yang bermaksud, “pilihlah
rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi
nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Namun begitu, apabila kamu
bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit
juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam
kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari
daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah
tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak
memilih rakan . Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan
tidak menjadi lawan pada hari kemudian. (peribahasa: rakan ketawa beramai-ramai,
tetapi rakan menangis seorang diri)
Isi-isi
penting :
Isi
1 : Rakan sebaya yang beriman dan bertakwa – orang bertakwa ialah orang yang baik –
memiliki wawasan dunia dan akhirat (peribahasa: adat bersendikan syarak, syarak
bersendikan adat)
Isi
2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya terutama dalam
menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa: meminta pada yang ada bertanya
pada yang tahu)
Isi
3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai peribadi yang
luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang
benar (peribahasa: padang perahu di lautan, padang hati di fikiran)
Isi
4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang sama – dapat
saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa: berlapik
seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)
Isi
5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke dalam angkara
yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak diingini
(peribahasa: ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak
masin)
Kesimpulan
:
Sesungguhnya, setiap insan yang
berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan
yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu
dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk
memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih. (peribahasa:pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara)
No comments:
Post a Comment