Tuesday, 15 April 2014

UNGKAPAN (UN) DALAM KARANGAN

KATA-KATA HIKMAT

1. Semakin bijaksana seseorang, semakin bijaklah orang itu menjaga mulutnya.
Couwie Joan

2. Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.
Cyrus

3. Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan tenaga kekuatan daripada kurangnya modal.
Daniel Webster

4. Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya.
Napolean Bonaparte

5. Sebuah zoo ialah tempat bagi masyarakat binatang untuk mengkaji tabiat manusia.
Oliver Hereford

6. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.
Pascal

7. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
Abraham Lincoln

8. Engkau sanggup menipu sekian orang separuh zaman dan engkau pun sanggup menipu separuh orang untuk sekian zaman, tetapi engkau tidak sanggup menipu sekian orang untuk sekian zaman.
Abraham Lincoln

9. Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui kebahagiaan selamanya dalam kehidupan.
Abikors

10. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakim manusia, dan ulama menghakimi raja-raja.
Abu Aswad

11. Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap.
Colton


12. Rasa takut ialah naluri, rasa berani ialah kemenangan.  Kemahuan membungkam rasa takut dan menyembunyikan di bawah rasa berani.
Comtesse Diane

13. Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya orang itu akan sentiasa berada dalam kemungkaran Allah sehingga mati.
Abu Daud

14. Sesiapa yang cinta kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah, menegak kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya.
Abu Daud dan At-Termizi

15. Berhati-hatilah terhadap orang yang tidak pernah marah.
Abu Dzar

16. Orang yang sabar terbentuk untuk menjadi raja.
Dekker

17. Langkah pertama untuk mengatasi kesukaran ialah memusatkan perhatian anda kepada kenyataan-kenyataan yang paling penting daripada keadaan yang sedang anda hadapi.
Dr. Cipto Mangunkusumo

18. Janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok kerana bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
Nabi Muhammad s.a.w.

19. Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai.
Nabi Isa a.s.

20. Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit, tanduknya yang akan patah.
Al-Raazi

21. Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Albert Einstein

Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur, dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang.
Albert The Great

Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin menggosoknya terlebih dahulu.
Alex Osborn


Lebih baik berakhir dengan kengerian daripada ngeri yang tidak berkesudahan.
Alexander Powell

Orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan mencipta banyak lawan.
Confucius

Bercakap-cakap ialah bertukar-tukar fikiran, bertukar-tukar pandangan, dan bertukar pengalaman; rahsia bercakap ialah pandai berbicara, pandai bertanya, dan pandai mendengarkan.
Daryanto

Lelaki myakinkan sendiri semua hal, wanita pula puas dengan diberi ketanangan.
De Beanchere

Kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya berstu padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Apa yang kita pungut daripada kehidupan ini ialah apa yang kita tanam di dalamnya.
Dr. Marion Hillard

Orang yang memiliki kecintaan yang baik, malu untuk melakukan kejahatan.
Dr. Walter Von Vogelweide

Kalau kita memerintah kekayaan, kita akan menjadi kaya dan bebas, sebaliknya kalau kekayaan memerintah, kita akan miskin.
Edmund Burke

Cita-cita perlu bagi manusia yang hidup.  Manusia yang tidak mempunyai cita-cita seperti mati sebab hakikatnya manusia yang tidak bercita-cita sudah mati batinnya samalah seperti hidup dalam kubur.
Abu Hanafiah

Sebesar-besar penganiayaan ialah mendustai diri sendiri.
Abu Hassan al-Waraaq

Urusan yang kecil akan kelihatan besar bagi orang yang berjiwa kecil, manakala urusan besar akan kelihatan kecil bagi orang yang berjiwa besar.
Abul Islami

Sesuatu ciptaan baru dapat dikatakan berseri-seri apabila orang lain yang memerhatikannya itu dapat merasakan keindahan dalam jiwanya.
Adinegora



Kebahagiaan adalah seperti batu karang yang diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu.
Adous Thuuxley

Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
Aflatun

Berbahagialah orang yang terlalu sibuk untuk berasa cemas pada waktu siang dan terlalu mengantuk untuk cemas pada waktu malam.
Aikman

Dasar daripada tatacara pergaulan dalam masyarakat ialah memberi perhatian yang wajar terhadap orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
Al-Fudhail Iyadh

Orang yang banyak cakapnya, nescaya banyak juga bohongnya.  Orang yang banyak hartanya, nescaya banyak dosanya dan orang yang buruk akhlaknya, nescaya menyeksa dirinya.
Al-Hassan

Orang yang lurus dari segi percakapannya iaitu tiada kunci antara batin dan zahirnya dan tidak mempunyai rahsia diri, itulah manusia yang jujur.
Al-Hahiz

Keikhlasan itu membersihkan daripada segala kekotoran.
Al-Junaid al-Baghdad

Barang siapa yang membuat fitnah, nescaya dia kan berbuat fitnah terhadap engkau dan sesiapa yang menyampaikan kepada engkau hal orang lain, nescaya dia juga akan menyampaikan hal engkau kepada orang lain.
Al-Khalil Ahmad

Jangan diikut perangai lampau, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri terbakar.  Sebaliknya contohilah perangai bulan, setiap kali bertentangan dengan matahari, bulan akan mendapat cahaya baru.
Al-Kindi

Tragedi yang terbesar dalam hidup seseorang ialah apabila tidak mengetahui pekerjaan yang sesuai bagi diri dan bakatnya.
Edna Kerr

Jangan mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki.
Edward Young


Pujian ialah hadiah tunggal yang menyebabkan seseorang itu berasa terhutang budi.
Emerson

Orang yang belum pernah gagal sebenarnya orang yang belum pernah mencuba.
Emmett Le Compte

Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan.
Fosdick

Harapan ialah sarapan yang nikmat, tetapi makan malam yang pahit.
Francis Becon

Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran.
Fuller

Jangan seperti ayam jantan yang mengira bahawa matahari terbit untuk mendengar kokoknya.
George Elliot

Adab itu menjadi pelita akal sebagaimana api di dalam gelap-gelita menjadi pelita mata.
Ghazali Bayruni

Orang yang sangat dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
Mahatma Gandhi

Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut mnghinanya.
Meng Tze

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
Mitz

Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu menilai laksana menyuap madu ke mulutnya dan jari kita pula digigitnya.
Muhammad Abduh

Apa yang amat kita ingini, kita lekas untuk mempercayainya.
Edward Young

Cara anda berbicara dan mengutarakan pendapat kepada orang lain sangat mempengaruhi segala hasilnya.

Daryanto

KESALAHAN EJAAN & KESALAHAN

LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN & KESALAHAN

PENGGUNAAN IMBUHAN
(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.
(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
(v) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
(vi) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
(vii) Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam persekolahan.
(viii) Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan terjamin.
(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.
(x) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual.
(xiv) Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
(xv) Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.
(xvi) Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
(xvii) Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.
(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh maha guru itu.
(xx) Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat hubungan untuk kemudahan manusia sejagat



PERBANDINGAN NOVEL

Latar Tempat
Azfa Hanani
Kembara Amira
1.  Di Kampung Merpati
Kampung yang tenang dan  harmoni serta merupakan tempat  tinggal Azfa Hanani, Mak  Diah, Pak Madi dan Zuraini .

2.  Di Makmal Kimia Sekolah Menengah   
     Sri Dian
Azfa Hanani mengelamun sedangkan Falina, Kamilah dan Aini sibuk menyusun  radas dan bahan-bahan kimia.

3. Di bilik pengetua Sekolah Menengah
    Sri Dian
Azfa Hanani diperkenalkan kepada Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.

4. Di Institut Lingua Franca
Azfa Hanani  belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

5. Banglo Datuk Tengku Mansur
Tempat Azfa Hanani  tinggal dan menyamar sebagai  Tengku Murni. Di sini juga Azfa Hanani bertengkar  dengan Tengku Muzaffar. Di sini juga, Azfa Hanani  ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.
1.   Di Desa karpus
Tempat atau tapak kerja lapangan untuk mencari gali artifak yang diketuai oleh Prof Zaidah. Di situ juga mereka mendirikan khemah untuk dijadikan tempat tinggal sementara.

2.  Di Gunung Gua Gajah
Amira menjumpai mobile disk milik Malique semasa pergi ke situ bersama-sama dengan Jacinta, Dr. Zawawi, Itai dan Tau. Mereka juga menjumpai kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik di situ.

3.  Di rumah Ludin
Penduduk kampung berbincang dan berbahas tentang Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas. Ketulan emas itu hendak diberikan kepada Jacinta. Hal ini menyebabkan  Itai yang bakal menjadi ketua kampung itu hampir-hampir dilucutkan kelayakannya.

4.  Di Bukit Mat Raya
Tempat kerja cari gali artifak lama dan tapak kompleks arkeologi.

5.  Di Stesen Dahan Hijau
Tempat persinggahan Amira , Jacinta, Malique, dan John O’Hara sebelum ke hutan Bukit Mat Raya.





PERBANDINGAN NOVEL

Nilai bekerjasama
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

a)     Nilai bekerjasama dalam keluarga
Keluarga  Datin Maziah sentiasa memberi kerjasama kepada  Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam rumah banglo tersebut. Abang Mazran dan Kak Finaz pula sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada Azfa Hanani tentang  peraturan yang mesti dipatuhi di dalam rumah itu. Abang Muzaffar pula sudi untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani.

Nilai bekerjasama dalam pasukan forum
Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan forum remaja. Mereka berbincang bersama-sama untuk membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, pasukan forum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi forum terbaik.

Nilai bekerjasama menjayakan Hari Sumbangsih
Ekran bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari untuk menjayakan Program Hari Sumbangsih  bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16000.

Nilai bekerjasama mendirikan gerai burger yang baharu
Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran mendirikan gerai burger milik Ekran yang telah terbakar.



Nilai bekerjasama menyelesaikan projek  kajian arkeologi hingga berjaya.
Sekumpulan mahasiswa tahun akhir tempat Profesor Zaidah telah bekerjasama membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. Walaupun mereka menghadapi cabaran seperti tali khemah mereka dipotong oleh seseorang, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk membuktikan bahawa tempat itu merupakan petempatan manusia zaman silam setelah menemui karpus manusia dan bahan-bahan tinggalan sejarah. Mereka juga bekerjasama menyiapkan  projek tersebut biarpun Profesor Zaidah tercedera dan tidak dapat bertugas.
Nilai bekerjasama mencari rakan yang hilang.
Amira, Jacinta, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari Malique yang hilang setelah kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sehingga ke Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai akhirnya menemui Malique di hujung gua tersebut.

Nilai bekerjasama mencari kata laluan mobile disk
Amira, Itai dan Jacinta bekerjasama untuk berkongsi idea mencari  kata laluan mobile disk yang ditemui oleh Amira  di puncak Gunung Gua Gajah untuk mengetahui pemilik sebenar disket dalam usaha mencari Malique yang hilang.










NOVEL KEMBARA AMIRA

Peristiwa paling menarik dalam novel
     Berdasarkan novel Kembara Amira  karya Amer Hmzah L. Kadir
  1. Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa
arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.
            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku
            Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
   
  1. Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya

            Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya
            tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
  1. Peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta

            Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira  yang
            ingin menggembirakan sahabatnya.              
  1. Peristiwa Jidin menjaga Samantha setelah bapanya Ridley dan
ibunya Brenda terkorban dalam nahas kapal terbang.
            Peristiwa ini menarik kerana ketabahan Jidin yang sanggup memelihara   Samantha walaupun  mendapat tentangan daripada kaumnya.  
                                                           
  1. Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah
dirinya yang sebenar.                                                        
            Peristiwa ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya      makhluk misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.                                                           
  1. Peristiwa Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan mengikuti ibunya Jennifer.

            Peristiwa ini menarik kerana Malique ingin bersama Itai, adik kandungnya
            dan Tau bapanya sanggup meninggalkan kemewahan untuk tinggal di
            dalam hutan tersebut.          
  1. Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.

            Peristiwa ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan  
          seketul emas yang diambil dari sungai kepada  Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan  seterusnya menyebabkan Itai hilang  kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.
                                                        
8.     Peristiwa Amira menemui mobile disk di lantai gua.
            Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   
            penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique
            berada.  

  1. Profesor Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupun
ditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah kemalangan.                         

            Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah dengan pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah putus asa.                                                              

NOVEL AZFA HANANI

Peristiwa yang menarik dalam novel
            Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
  1. Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak
Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan             kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang samaAbang             Mazran berjanji untuk membantu mengubati   Zuraini, anak pak longnya yang             lumpuh.                                                                   
     2     Peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya
            selepas identiti sebenarnya terbongkar.
            Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk             Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa             Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.                                                                     
       
      3.   Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk
membonceng motosikal berkuasa tingginya.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu             menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.                    

      4.   Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang             melarangnya  berkawan dengan Ekran.
            Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar,             Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan             kebenaran.                                                                  
  1. Peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin
mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan
dengan Tengku Murni.
            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani     merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku   Murni.                                                        
                                     
  1. Peristiwa Azfa Hanani menerima pelawaan menggantikan Ellina
untuk menjadi pengerusi Forum Remaja.
            Peristiwa ini menarik kerana melalui program ForumRemaja ini telah dapat             menonjolkan bakat Azfa Hanani sebagai merupakan seorang pelajar yang             berbakat dan petah berbicara.
       7. Menolak tawaran Laili untuk menjadi pengacara malam Bakat   Sumbangsih.
            Peristiwa ini menarik kerana  Azfa Hanani pandai menilai kawan yang baik             atau tidak.                                                                        
  1. Peristiwa Kunjungan Datin Maziah ke rumah pak long.

            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak menyimpan dendam terhadap             Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu bapanya dan Datin             Maziah yang menampar muka dan menghinanya malah dia memaafkan    mereka berdua.
  1. Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah
dengan menaiki bas sejauh 30 kilometer sehari.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan             tabah  menuntut  ilmu.                                                                                                                      
  1. Peristiwa Azfa Hanani pergi melihat Ekran berniaga menjual burger
berhampiran Plaza Cahaya.
            Peristiwa ini menarik kerana Ekran merupakan contoh anak muda yang
            berdikari dalam kehidupannya. Selain memperoleh pengalaman, penjualan             burger ini ini juga dapat  menambah pendapatan sampingan kepadanya.                                                            

                                                                    

NOVEL KEMBARA AMIRA

PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI

Novel Kembara Amira
(i)              Pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha.
Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.

(ii)            Masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.

(iii)          Tau menangis dan meratap hiba kerana dapat bertemu kembali dengan anaknya, Sabi (Malique) yang telah lama terpisah.
Setelah Amira dan Itai berjaya menyelamatkan Malique yang disembunyikan di dalam sebuah bilik gelap di Gunung Gua Gajah, Tau atau makhluk berbulu menjadi berang kerana dia tidak mahu orang lain mengambil Malique. Tau menangis dan meratap hiba kerana dia tidak mahu berpisah dengan Sabi yang baru ditemuinya setelah lama terpisah.

(iv)          Tau berasa hiba kerana isterinya, Ipah meninggalkannya bersama bayi yang masih kecil dan membawa bersama-samanya anak sulung mereka, Sabi.
Ipah memilih untuk mengikut Johnny dan membawa Sabi, dan sebaliknya meninggalkan Tau dan Itai, anak mereka yang masih kecil. Tau menghadapi konflik jiwa yang mendalam kerana orang kampung menganggap Tau gagal menjaga isterinya pada hal Ipah ingin pergi dari perkampungan itu kerana orang kampung tidak boleh menerima kehadirannya. Kini Tau lebih sanggup kehilangan Ipah daripada kehilangan Sabi.

(v)       Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai.

            Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin.

NOVEL AZFA HANANI

PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI

Novel Azfa Hanani :

(i)                   Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani.
Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai  pakaian sekolah yang lama.
(ii)                 Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.
Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

(iii)                Peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

(iv)                Peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian.
Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.

(v)                 Azfa Hanani dihina oleh Datuk Tengku Makmur
Tengku Makmur menuduh Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni kerana ingin mendapatkan duit sedangkan Azfa Hanani menolong dengan ikhlas atas permintaan Tengku Mazran. Hati Azfa Hanani terguris apabila Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang RM500 di atas katil sebagai upah.

(vi)               Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar.

Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni

LATIHAN PERIBAHASA

Latihan Peribahasa:
1. bagaikan kera mendapat bunga = Orang yang tidak tahu .......................................... orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.

2. seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. = disebabkan seorang berbuat ........................... , nama kumpulan menjadi ..........................
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

3. burung terbang dipipiskan lada = mengharapkan sesuatu yang ....................................
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.

4. menegakkan benang yang basah = cuba menegakkan sesuatu yang ........................................
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.

5. bagaikan telur di hujung tanduk = dalam keadaan ...........................
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.


6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya = orang berilmu yang ...................................... tidak akan hilang ilmunya.

LATIHAN KARANGAN

Latihan Karangan:
Pemerdagangan orang telah menimbulkan  pelbagai implikasi kepada masyarakat dan  negara.
Bincangkan usaha-usaha untuk membendung masalah tersebut supaya tidak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Isu :
                        Kehendak Soalan :
                        Format / Kata Kunci :

P1 – Pendahuluan (                           ):
- PR : Ayam ditambat disambar helang, padi di  tangan tumbuh lalang. (Malang/nasib yang buruk.)
- Pemerdagangan orang kebanyakannya melibatkan mangsa yang 80 peratus terdiri daripada wanita dan kanak-kanak - untuk tujuan pelacuran, buruh paksa dan  tujuan lain tidak elok  / membawa masalah sosial / Malaysia dikaitkan sebagai negara transit pemerdagangan orang di peringkat antarabangsa / Pemerdagangan orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi
- KS : Persoalan yang perlu dikupas / Persoalan yang mewarnai perbincangan sebentar lagi,......

P2- Isi 1(                                    ):
- I.U : (Usaha dominan  lagi Signifikan) - Undang-Undang Antipemerdagangan Orang
- H : (Asal ditugal adalah benihnya! Sehubungan dengan itu,) – denda yang tinggi untuk menakutkan individu atau sindiket terbabit,
- C/B : ( Sebagai tamsilannya / uswah / analoginya,) -  kadar denda dinaikkan kepada minimum RM500,000 hingga maksimum RM1 juta. Dalam akta 2007, dendanya hanya minimum RM50,000 hingga maksimum RM500,000
- UN : Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
- PR : Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. ( patuh kepada undang-undang )
.- KK : ( Jelaslah bahawa)

P3 - Isi 2 (                                ):
- I.U : (Sementelahan) -  kerajaan  mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak
- H : (Dalam konteks isu yang dibincangkan) - Pemerdagangan orang membabitkan dua komponen iaitu penjenayah dan mangsa –perlindungan kepada -penyelesaian selepas  berlaku.
- C/B : (Bukti yang diketengahkan bagi membuktikan kesahihannya,) -- Sekarang ini negara kita ada tiga tempat perlindungan iaitu sebuah untuk wanita dan dua buah untuk kanak-kanak. Sehingga kini lebih daripada 400 wanita dan 44 kanak-kanak diselamatkan dan diletakkan di sini dan daripada jumlah itu seramai 159 wanita dikenalpasti sebagai mangsa.
 - UN :  teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya pula adalah jahil
- PR : bagai kerakap tumbuh di batu. (Hidup dalam kesusahan).
 - KK : (Sebelum kudis menjadi tokak,)

P4- Isi 3 (                                    ):
- I.U : (Usaha yang ditelusuri seterusnya) - menghapuskan kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) kerana terdapat kes penyalahgunaan dalam kalangan pelancong dari negara yang layak.
- H : (Mengapakah inisiatif ini harus dilaksanakan? Hal ini demikian, ) -   Kebanyakan mangsa masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket pemerdagangan orang sehingga menyebabkan anggota penguatkuasa menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti mangsa
C/B : (Statistik tidak pernah menipu apabila didapati bahawa) - Banyak negara yang  telah ditarik balik kemudahan VOA kerana menyalahgunakan kemudahan yang diberi
- UN : tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.  / Orang yang membenarkan kejahatan,bererti sudah berbuat jahat. 
- PR : Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. (hendaklah bersesuaian dengan adat dan peraturan)
- KK : (Sudah terang lagikan bersuluh bahawa)

P5- Isi 4 (                                        ):
- I.U : (Seperkara lagi) - mendidik masyarakat tentang seriusnya jenayah ini dan kesan negatif kegiatan itu  atas mereka,.
- H : ( Menurut Alex Osborn lampu Aladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladin yang menggosoknya terlebih dahulu. Rentetan itu,) -  .Kurang kerjasama dan penyampaian maklumat daripada orang ramai dan mangsa juga menjadi masalah kepada kita untuk membanteras jenayah ini.
- C/B : (Menurut tinjauan yang dilakukan didapati bahawa) - Terdapat situasi sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut membuat laporan.
- UN : Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
- PR : Cari umbut kena buku (Mencari yang baik tetapi dapat yang tidak baik.)
- KK : (Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa)

P6- Isi 5 (                                               ):
- I.U : ( Usaha terakhir yang mampu menangani masalah ini sehingga ke akar umbi) – Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan
- H : ( Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Oleh hal yang demikian, ) -  menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang, yang dirangka bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. - usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan mengandungi lima garis panduan yang antaranya menekankan kepada tindakan kerajaan menangani masalah itu, penyertaan masyarakat, layanan berasaskan hak asasi kepada mangsa, dan koordinasi antara agensi kerajaan berkaitan serta  badan-badan antarabangsa.
- C/B :   (Secara relatifnya, )-  kerajaan telah melaksanakan mekanisme dalaman bagi membendung jenayah ini, namun ketidakupayaan dan kelemahan yang serius di negara asal untuk mencegah atau mendidik rakyat mereka mengenai risiko pemerdagangan manusia menyebabkan mangsa mudah diperdaya pihak sindiket.
- UN : Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
- PR : Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan (Mengharapkan keuntungan  yang belum tentu)
- KK : (Justifikasinya,)

P7- Penutup (                                        ):
- KM : (Sebagai pengitlakan, ) - Tahap kerjasama antara orang awam dengan agensi penguatkuasa masih perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah pemerdagangan orang,
- PD : ( lantaran itu) -   kerajaan Malaysia juga bersama-sama masyarakat antarabangsa ingin menyekat aktiviti pemerdagangan orang daripada berleluasa.
- HR : ( Sesungguhnya) -   kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia kerana  jenayah ini kompleks dan melibatkan jenayah rentas sempadan, selain mempunyai hubung kait dengan jenayah lain seperti pelacuran, sindiket dadah dan pengubahan wang haram.
- PR : Api kecil baik dipadam. (Basmilah kejahatan itu semasa  masih kecil )
- UN : Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.