Saturday 5 September 2015

CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

DRAF
TEKS UCAPAN




Yang Berbahagia




BERSEMPENA



HARI ANUGERAH CEMERLANG KVAS 2015






PADA 27 SEPTEMBER 2015  (RABU) PUKUL 8.30 PAGI  DI DEWAN WAN MOHD SAMAN, KVAS.
.





Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik Ridhwan Zalay, Pengarah KV Alor Setar
Yang Dihormati Encik Fuad  Bin Razali Yang Dipertua PIBG KVAS, Naib YDP PIBG
Tn Hj Ahmad Bin Othman, Timbalan Pengarah Akademik  ,
Tn Haji Ahmad Zakil b Nik Hamid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Puan Hajah Che Rohana Binti Cha , Ketua Unit jaminan Kualiti . Pengarah Kolej Vokasional Zon Kedah dan Perlis, Pengetua-pengetua SMT, Pengetua dan Guru Besar dalam Kompleks Pendidikan, Pengetua-pengetua SMK harian dan wakil, AJK PIBG SMVAS,  Ibu bapa / Waris Pelajar , para pensyarah, guru-guru, para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,
                                      Air mawar direnjis wangi.
                             Berkembang kasih menabur budi,
                                      Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang KV ALOR SETAR, bagi tahun 2015. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kolej yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang kolej ini.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tiga tahun yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara.


Hadirin sekalian,
Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianyaibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. 

Tuan-tuan dan puan-puan,
Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada usaha, bukannya kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan seperti KVAS perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif terutama para pelajar di sini yang berfokuskan kemahiran.  Kita perlu berganjak daripada pendekatan model kilang penghasilan pendidikan (factory model of producing education) kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman penaakulan (reasoning) para pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning) kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind stimulating learning).


Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu.  Ilmu diperoleh dengan belajar.  Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan
Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian  berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pen­capaian  pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar per­khidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara kerana  Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang.





Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,
Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga kolej dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing.
Pemimpin dan barisan tenaga pengajar kolej  ini boleh bertukar ganti; boleh datang dan pergi, namun organisasi  mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk  ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir kolej jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KVAS kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam ini;

          Jika murid mendengar kata
          Tidak guru berkata cela
          Jika ibu bapa bekerjasama
          Tidaklah anak berdukacita

          Jika kita seia sekata
          Tiada timbul sengketa

          Jika seiring kita berusaha
          Pasti semua akan berjaya


Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhir­rahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah Cemerlang, tahun 2015.


  

46 comments:

  1. Hebat penulis teks ucapan ini.Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://teksiair.blogspot.my/

      Delete
    2. Asslam, saya juga mohon izin untuk dijadikan panduan untuk saya menyiapkan teks hari anugerah cmrlng sek sy, terima kasih tuan

      Delete
  2. Assalammualaikum, izinkan saya menggunakan teks ucapan ini sebagai panduan untuk saya menulis teks ucapan Hari Anugerah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya nak minta izin untuk guna sebahagian teks ucapan ini ya sebagai panduan untuk menulis ucapan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya nak minta izin untuk guna sebahagian teks ucapan ini ya sebagai panduan untuk menulis ucapan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam...saya nk mtk izin nk guna

    ReplyDelete
  6. Saya juga ingin minta izin guna sebahagian teka ini....teks sangat lengkap dan padu isinya...Tahniah

    ReplyDelete
  7. saya juga minta izin untuk guna teks ni sebagai panduan

    ReplyDelete
  8. salam..saya mintak izin menjadikan teks ini sebagai panduan

    ReplyDelete
  9. salam..saya mintak izin ingin guna teks ini...ayatnya padu dan sgt membantu

    ReplyDelete
  10. salam.. mohon izin guna teks untuk rujukan . terima kasih

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..dengan rendah diri saya mohon izin utk menjadikan panduan terima kasih.

    ReplyDelete
  12. saya dengan rendah diri mohon untuk teks ini dijadikan panduan..terima kasih

    ReplyDelete
  13. salam...saya minta izin gunakan teks ini....terima kasih

    ReplyDelete
  14. salam ...mohon izin utk saya gunakan teks ini sebangai rujukan. terima kasih

    ReplyDelete
  15. Asslamualaikum. Saya mohon izin menggunakan teks di atas sebagai contoh dan panduan. Terima kasih

    ReplyDelete
  16. mohon share ucapan sbg rujukan... Tqsm

    ReplyDelete
  17. Mohon izin gunakan sebahagian teks ini

    ReplyDelete
  18. Assalamualikum wbt....
    sebuah teks yg sangat bagus dan menarik.....

    ReplyDelete
  19. Sy nak Minta kebenaran untUK guna sebahagian teks ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum....teks yang amat menarik. Mohon kebenaran untuk guna sebagai panduan.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Assalam...saya mohon izin utk guna sebahagian teks ini sebagai panduan ye..tk

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, saya mohon izin untuk menggunakan sebahagian teks dan sebagai panduan.tq

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...saya mohon izin untuk menggunakan teks ini sebagai panduan...syukran

    ReplyDelete
  24. Mohon keizinan pihak tuan/puan utk saya menggunakan teks ucapan ini sbg panduan/rujukan & digunakan perenggan2 tertentu utk dimasukkan ke dlm teks ucapan pihak saya. Ucapan yg sgt hebat👍🏽

    ReplyDelete
  25. Teks yg lengkap dengan kata-kata tokoh, pantun dan rujukan

    ReplyDelete
  26. Mohon kongsi ya ... jazakallahukhairan

    ReplyDelete
  27. Tahniah. Teks yang padat dengan maklumat. Pohon keizinan menggunakan teks ini sebagai contoh penulisan teks ucapan.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum.. Tahniah kerana teks ini telah menarik
    minat saya serta izinkan sy utk menjadikan teks ini sbg panduan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  29. mohon izin gunakan teks ini.. tq

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum. Tuan, teks ucapan yang amat menarik dan mantap. mohon izin untuk gunakan teks ini sbg panduan memandangkan ini tahun pertama saya menjadi YDP PIBG.

    ReplyDelete
  31. Mantap kandungan teksnya....mohon digunakan sebagai panduan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  32. Izinkan saya menggunakan idea teks ini sebagai panduan...

    ReplyDelete
  33. salam..mohon share sebagai panduan

    ReplyDelete
  34. Assalamuaikum, mohon izin sebagai rujukan ya, terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum tuan. Saya dengan rendah hati ingin memohon izin untuk menjadikan teks ucapan tuan yang hebat ini sebagai rujukan, ya. Semoga Tuhan merahmati. 😊

    ReplyDelete
  36. Tahniah. teks yang sangat bermakna dan lengkap.

    ReplyDelete
  37. mohon izin dijadikan panduan untuk saya membuat teks bagi program saya ye tuan.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. Saya mohon izin guna teks ini utk jadi rujukan tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum. Mohon izin gunakan teks ini sebagai rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum. Amat menarik teks ucalan ini. Ada kaktan dgn tempat latihan bakeri utk orang istimewa yg saya kendalikan. Mohon izin saya gunakan beberapa petikan teks ini utk majlis penyampaian sijil pelatih saya. Semoga Tuan dirahmati oleh ALLAH SWT. Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum tuan. Teks ucapan tuan amat hebat. Saya mohon izin untuk jadikan panduan dan petik beberapa teks tuan untuk Majlis Apresiasi sekolah saya ye. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete