Latar Belakang Penulis Novel ( Khairuddin Ayip)
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25
Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan
awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982
hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah,
Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim,
Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri
Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau
bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas
sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai
1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah
tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC)
di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Latar tempat tinggal banyak
mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau Kampung
Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang
letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan
sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu
mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di
SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja,
datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang
baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu
keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya
menjadi berani hadapi segala kemungkinan.
Khairuddin mendapat dorongan awal
sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta
faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan
Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975,
beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian
semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi
rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu
keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta
Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat
dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983.
Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan
Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
Beliau
semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat beliau.
Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan
drama pentas.
Sinopsis Keseluruhan Novel
Novel ini mengisahkan kehidupan
Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti
Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya
iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu
Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular
tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak
menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak
bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak
menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal
dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia
ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka
berhantu. Nenek Kiah juga
sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman
iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya
yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah
berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11
tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya
dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia
bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara
adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun
dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung
mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga
pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang
terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang
kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi
Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan
kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh
jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda,
Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan
STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu
Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya
dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan
STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi
pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam
kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu,
Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang
bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember,
dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari
pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis
pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia
ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji
Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar
Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan
penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah
menyumbang sebanyak RM300.00. walau
bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala
Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain
songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga
tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
Sinopsis mengikut bab ada?
ReplyDeleteSinopsis mengikut bab ada?
ReplyDeleteTema n persoalan ade x
ReplyDeleteSinopsis Bad 1-28 Ade x ? :/
ReplyDeletenak sinopsis mengikut bab
ReplyDeletenak sinopsis mengikut bab
ReplyDeletesudah post
Deleteteknik plot ada?
ReplyDeleteKena tunggu la sebulan dua lagi sebab novel ini sukatan yang baru digunapakai pada tahun ini . Harap nota lengkap dapat keluar dalam masa terdekat .
ReplyDeleteNak sinopsis ikut bab
ReplyDeleteNak sinopsis ikut bab
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHarap maaf jika telah menyalin tanpa kebenaran. Kandungan yg disalin telah dikeluarkan. Terima kasih atas teguran anda. Saya terima dengan hati terbuka...kerana memang kekhilafan saya tidak menyemak kerja anak buah saya. Maafkan saya dan halalkan trafik telah diperolehi darinya. (diharapkan jgn published komen ini)
terima kasih.. maaf kiranya menyentuh perasaan Tuan
Deleteteknik plot ?????
ReplyDeletenak sinopsis 1-3 hari ni
ReplyDeletenak sinopsis 1-3 hari ni
ReplyDeleteBoleh buat dk sinopsis bab 11...please
ReplyDeleteBoleh buat dk sinopsis bab 11...please
ReplyDeletewhere the persoalan??
ReplyDeletewhere the persoalan??
ReplyDeleteThanks
ReplyDelete