Tuesday, 22 March 2016

PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan  Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang  iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia  memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau  bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk  Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga  saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka.

Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

Pada waktu itu
Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana.  Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi.  Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam.  Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat.  Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam.  Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah.  Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan
Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar.  Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam.  Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak.  Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah  balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda  mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)  iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.

Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat.  Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.  Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun.  Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah.  Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.


PLOT PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA








LATIHAN PENGUKUHAN PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
http://tse3.mm.bing.net/th?id=OIP.M76c529937a726b31fc716c9e14352ca1o0&pid=15.1
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitenQ2FzRUlGeMkVur_1mqFTW4nOImMqCh4M7joW3N2InR0-UVrJHXsOgS1K8gyJqWva333AQBFPYgH7jRsyP7cvOT3HCHMq828wRv3FpIxdxeWPQurrCnvUd0ppnx-ejJbABC7mSeB6s/s1600/Tun+Perak.jpg
Pemanah Handalan Zaman Kesultanan Melayu Melaka Dan Busur Sakti


WATAK & PERWATAKAN DALAM PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
TUN PERAK- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang. / dinaikkan pangkat daripada pembesar Kelang kepada Paduka Raja dan diperintahkan untuk menetap di Melaka. / bijaksana -  mengarahkan orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka untuk berkumpul di Melaka bagi menghadapi peperangan dengan Siam.  Tindakan beliau itu bertujuan untuk membangkitkan semangat orang-orang Kelang untuk berperang. / baik hati -  menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah. /  berani -  memimpin orang Melaka untuk mengalahkan tentera Siam yang datang menyerang Melaka. / berpengaruh - mempunyai pengikutnya sendiri setelah dilantik menjadi Perdana Menteri./  dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah setelah mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja.

SULTAN MUZAFFAR SYAH -  rmemerintahkan Melaka selama 42 tahun. / mementingkan keharmonian Melaka - baginda berusaha untuk mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja kerana bimbang akan sikap mereka yang boleh membinasakan negeri. / prihatin. -  meraikan tenteranya yang berjaya mengalahkan tentera Siam dengan memberikan persalinan kepada mereka. / bijaksana -  mendamaikan dua orang pembesarnya yang selalu berselisih faham, iaitu Seri Nara Diraja dan Paduka Raja dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja /  tidak terburu-buru - apabila baginda mendengar dakwaan bahawa Paduka Raja membuat penganiayaan, baginda telah memanggil Paduka Raja untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya. menghargai rakyat -  menghargai jasa Tuan Sidi Arab dengan memberikan pujian dan anugerah kepada beliau yang berjaya membunuh Cau Pandan.

SERI NARA DIRAJA- Bendahara Melaka. / sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum. /  berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka. /  mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi. / menjadi bapa saudara kepada Bendahara Paduka Raja apabila beliau berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Bendahara Paduka Raja.

SULTAN MANSUR SYAH -  Raja Abdullah, iaitu anak kepada Sultan Muzaffar Syah. /  menaiki takhta Melaka selepas ayahanda baginda mangkat./  menjadi sultan ketika berusia 27 tahun. / seorang yang kacak, adil dan pemurah. /  berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja. / mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal, iaitu hasil hubungannya dengan gundik.


LATIHAN PENGUKUHAN PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
PERISTIWA
PERSOALAN
NILAI
LATAR MASYARAKAT
Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.




Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka amat berani menentang tentera Siam yang dimpimpin oleh Aqi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombola tentera dapat dikalahkan.







Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.




Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja.




Perbalahan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.




Benadahara Paduka Raja sentiasa bersedia dengan taktik untuk mengalahkan Siam.




 Tuan Sidi Arab yang memiliki ilmu dan berada di Melaka telah membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan menghalakan anak panahnya sahaja.




Tun Perak berani menghadapi cabaran apabila didakwa telah menganiaya orang.  Dengan keberaniaanya menangani konflik tersebut, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri.
.




Semua rakyat dan pembesar Melaka memberikan taat setia kepada Sultan Mansur.  Berkat kesetiaan itu, Melaka berjaya mengalahkan musuh, iaitu Siam








SOALAN PEMAHAMAN  PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.  Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.  Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya,  pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka.  Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

i. Beri maksud rangkai kata berkasih-kasihan seperti yang digunakan dalam petikan di atas   :                                                                                                                       [2 markah]

ii. Beri maksud rangkai kata sejalan sejadi seperti yang digunakan dalam petikan di atas   :                                                                                                                                  [2 markah]


iii. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis?                                     [3 markah]


iv. Mengapakah Seri Nara Diraja mencadangkan Sultan Muzaffar Syah melantik Paduka Raja sebagai bendahara?                                                                                        [3 markah]



v. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara?                                                                          [3 markah]



vi.Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja?                                                                      [3 markah]


7 comments:

  1. apakah tindakan berani yang dilakukan oleh tun omar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun umar diarahkan oleh bendahara paduka supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu siam yang ingin menyerang melaka.

      Delete
  2. terima kasih untuk nota yang disediakan...

    ReplyDelete
  3. Assalam cg ,CG ada skema jawapan bgi soalannya tak?

    ReplyDelete
  4. assalam cg, skema jawapan untuk latihan ini dan latihan yang lain ada tak?

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete