Sunday, 10 April 2016

CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)

CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)
SINOPSIS
            Cerpen Hipertensi  (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah.  Kemudian, cerita ini berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalan hidupnya.  Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton.  Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh.  Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintarannya. Dia juga mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.   Dia juga sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
            Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.  Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik.  Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat rasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu.  Disebabkan Aiman dikurniakan daya terfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik.  Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas.  Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman.  Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut.  Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam.
            Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang.  Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas.  Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun.  Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz.  Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya.  Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya.  Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati sahaja.
            Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang telah diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.  Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa.  Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka bulan.  Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang  bulan tanpa udara.  Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.
            Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat.  Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap.  Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi.  Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhani.  Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu.  Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Tuhan 
PLOT CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)








WATAK DAN PERWATAKAN
1.      Watak utama – Aiman Aqil.
2.     Watak sampingan – bapa Aiman, ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Atiqah dan sebagainya.


AIMAN AQIL -  berumur hampir 20 tahun. / anak sulung /  mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. / bercakap gagap -  mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-kata./  mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. /  murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains  / bercita-cita tinggi, iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong. / gemar menyakat orang lain -  selalu merayau dan menyakat rakan-rakan sekelasnya sehingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. / suka memberontak dan marah-marah terhadap suasana persekitarannya -  Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya. / pendendam - menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya. / insaf.  - Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.

BAPA AIMAN - mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. / seorang jurutera mekanikal. / dipanggil dengan gelaran “babah” oleh Aiman dan anak-anaknya. / bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah. /  bengis dan garang -  dia pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu. / penyayang - berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.
IBU AIMAN - Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. /  bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi./  penyayang - berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya. /  isteri yang taat dan patuh akan suami - tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman. / penyabar -  tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.
CIKGU FARIDAH - guru Sains di sekolah Aiman. /  dedikasi - menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. / cepat marah.  - wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarinya dengan kuasa Tuhan. /  bijak melihat potensi murid - menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

LATAR
LATAR TEMPAT  - Sekolah -  Aiman dan rakan-rakannya belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu Faridah di sekolah. /  banglo keluarga Aiman. -  Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah banglo. / Stesen Angkasa Antarabangsa -  tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke bulan adalah di Stesen Angkasa Antarabangsa. / Ruang udarakasa bulan -  Aiman terapung-apung di ruang udara itu dengan berpakaian sebagai seorang angkasawan. / Pohon kelapa dara di penjuru banglo.- Aiman mengandaikan pohon itu sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa Soyuz.
LATAR MASA - Waktu siang -  peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku pada waktu siang. / Waktu pagi - peristiwa Aiman Aqil dilahrikan di bilik bersalin berlaku pada waktu pagi. / Zaman sekolah rendah - Aiman kerap ponteng kelas semasa di sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan jelak terhadap pengajaran gurun. / Zaman remaja. -  Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi dan kembali ke dunia realiti.

PERSOALAN
1._____________________________________________________________________________________   
Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

2 _____________________________________________________________________________________   .   
Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik. (m/s:44)

3. _____________________________________________________________________________________   
Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)

4. _____________________________________________________________________________________   
 Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)

5. _____________________________________________________________________________________   
Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)

6. _____________________________________________________________________________________   
Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s: 46)

7. _____________________________________________________________________________________   
Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)

8. _____________________________________________________________________________________   
Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)

LATIHAN PENGUKUHAN CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)
PERISTIWA
PENGAJARAN
NILAI
Ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.



Aiman boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.



Bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.



Guru kelas Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya dia tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan.



Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.


1.      


LATIHAN PEMAHMAN CERPEN HIPERTENSI
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis.  Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
            Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi.  Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri.  Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan.  Akhirnya, dia fasih berbicara.
            Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman.  Situasi pertuturanku tidak segagap itu.  Aku dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi.  Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca.  Babah lebih dekat pada kejuteraan mekanikal.  Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.
            Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya.  Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.  Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi.  Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama.  Aiman tidak perlu akan latihan intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu.  Aiman akan mengusahakannya sendiri.

i)                 Berikan maksud frasa diksi yang berisi seperti yang digunakan dalam petikan di atas.
                                                                                                                                      [2 markah]

ii)                Apakah nasihat suara ghaib kepada Aiman?                                                               [3 markah]

iii)              Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen                                            [3 markah]

iv)              Pada pandangan anda, mengapakah Aiman berpendapat bahawa dia tidak memerlukan latihan intensif dan terapi untuk memulihkan percakapannya yang gagap ?             [4 markah]








LATIHAN BERGAMBAR CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2A7EcWsKjAJ6-obPj9RTfyDnYwdS5afjnPl-dDisXeV3xWyTzgNAwVDDAOoLJ6vSpNnLl0iwJTxh-0m_WN-wGcYWJx5UmAW2_Tmvu3tkue1zT54h8oNda-_gaLgYo9ioS8CnzYo9bTzY/s1600/angan-angan-perak.jpg

http://tse2.mm.bing.net/th?id=OIP.M6d7fafc8ae6175c19bc9bec62b710540o0&pid=15.1

http://tse3.mm.bing.net/th?id=OIP.M992f3c7a8c299c99bd563c89077aee3fo0&pid=15.1

http://tse1.mm.bing.net/th?&id=OIP.M85737764879a5f6ca0078961f649a8f2o0&w=294&h=300&c=0&pid=1.9&rs=0&p=0









5 comments:

  1. boleh sya tahu adakah skema jawapannya???

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU SAYA NAK MENGAJAR. IZINKAN SAYA GUNA SEBAGAI LATIHAN UTK PELAJARA SAYA TUAN. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH :)

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU SAYA NAK MENGAJAR. IZINKAN SAYA GUNA SEBAGAI LATIHAN UTK PELAJARA SAYA TUAN. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH :)

    ReplyDelete
  4. mohon copy and paste untuk rujukan dan latihan pelajar saya ya. Pusat Tuisyen Perintis Didik, Shah Alam.

    ReplyDelete