Tuesday, 14 February 2017

NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

                        Tema novel ini ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Hal ini demikian kerana, dia masih berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya. Sementara itu, Engku Aiman dan Syed Amiri yang sememangnya tidak menyukai Syahir sering mencemuh dan mengejeknya untuk melemahkan semangatnya. Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa kejohanan Terbuka Johor juga membuktikan bahawa dia seorang yang tabah apabila dia meneruskan latihan seperti biasa walaupun menyedari dirinya tidak layak menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Semasa mahu berangkat ke Jakarta, Syahir diuji pula dengan berita emaknya yang menghidap strok hingga menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan impian ke Jakarta ataupun menjaga emaknya yang sedang sakit. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding pada peringkat akhir di Jakarta. Namun, akhirnya  Syahir berjaya bergelar juara dalam kejohanan tersebut.


No comments:

Post a Comment