TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING
(Zaid Akhtar)
Latar Masyarakat
(a)
Masyarakat yang tabah mengharungi
liku-liku kehidupan.
Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad kebangsaan yang tabah kerana
melalui banyak halangan dan rintangan sebelum berjaya bergelar juara dalam
Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.
(b)
Masyarakat yang sentiasa ingat akan
pesanan. Contohnya,
Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan
kepada bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.
(c)
Masyarakat yang berani untuk mengemukakan
pendapat. Contohnya,
Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak
menggunakan sistem ranking dunia
untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya
bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.
(d)
Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton skuad
kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas
Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan
Badminton Antarabangsa di Jakarta.
(e)
Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering
menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua
tindakan.
(f)
Masyarakat yang simpati terhadap nasib
orang lain. Contohnya,
Syahir berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan
sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.
(g)
Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan
prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu
menjaga syariat agama.
(h)
Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih
sayang dalam kehidupan.
Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya
yang sedang sakit akibat menghidap strok.
(i)
Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan
latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada
senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta.
Terima kasih kerana upload ini. Yang ini sangat berguna utk peperiksaan
ReplyDelete