PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI
TELADAN
1.
Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih
Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang
telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah
menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari
menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka
untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh
orang penjuritnya.
2.
Cerita
mencapat tahap perkembangan apabila Kertala Sari belayar ke Melaka
bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya
sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan
Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma
Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.
3.
Cerita sampai
kepada tahap perumitan apabila pada
suatu malam Kertala Sari telah
menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar
itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya.
Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu
pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan
tentang kecurian itu. Raja Melaka
menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi
menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung
telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri
Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa
pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari
luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja
untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak
dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian
Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu.
Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak
Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu
isteri raja yang muda-muda itu.
Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu
dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke
istana Raja Melaka.
4.
Cerita sampai
kepada tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari
dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai
penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh
Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala
Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.
5.
Cerita sampai
kepada tahap peleraian apabila banyak orang dating menghadap Raja
Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah
yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka.
Kemudian, Laksamana masuk menghadap
Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang
telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya
menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi
mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan
oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas
Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita
tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah
mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.
No comments:
Post a Comment