Tuesday, 14 March 2017

PERBANDINGAN NOVEL


PERBANDINGAN NILAI TANGGUNGJAWAB
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Tanggungjawab seorang anak mematuhi perintah ibu bapa.
-      Lili begitu taat akan suruhan dan perintah ibu bapanya apabila dia mengikut sahaja suruhan ibunya untuk pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun.
Tanggungjawab menjaga adik-adik
-      Dahlia sebagai anak sulung dalam keluarga, bertanggungjawab menjaga adik-adiknya yang lain sepanjang emaknya menerima rawatan di hospital.

Tanggungjawab membantu menyelesaikan kes keganasan rumah tangga.
-      Lili bersedia untuk menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah yang sering dipukul oleh suaminya, Seman atas sikap tanggungjawab terhadap anggota masyarakat walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur tangan
Tanggungjawab sebagai seorang pelajar
-      Dahlia tetap membuat persediaan dengan membaca buku untuk menghadapi STPM walaupun berada di balai raya yang menjadi pusat bantuan banjir apabila rumah mereka musnah akibat banjir.

Tanggungjawab mempertahankan maruah ibu.
-      Lili bertanggungjawab mempertahankan maruah ibu di hadapan datuknya apabila datuknya bercerita tentang sesuatu yang tidak baik berkaitan dengan ibunya.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
-      Dahlia amat menyayangi ibu bapanya dan berusaha melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru sehingga sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas. Dahlia juga bertanggungjawab membawa adik bongsunya, Anggerik ke Hospital Batu Pahat untuk melawat bapanya yang dimasukkan ke hospital akibat dipatuk ular.
Tan  Tanggungjawab menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat
-      Lili dan  Danel bertanggungjawab menyelesaikan isu pemasangan kubah surau yang menjadi pertelegahan mayarakat di Kampung Sentosa.

Tan Tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan
-      Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal punca dan kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit kemurungan Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.   
Tanggungjawab mempertahankan perubatan tradisional
-      datuk Lili, Hj. Abd. Rahman berusaha mempertahankan perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun terdapat pelanggannya yang telah beralih kepada kaedah rawatan moden.
Tanggungjawab suami terhadap isteri 
-      Embong sebagai seorang suami, mengambil berat terhadap kesihatan isterinya, Saleha dengan membenarkan  Haji Sulaiman tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat mengambil isterinya untuk rawatan pemulihan
Tanggungjawab menyelamatkan rakan
-      Danel berusaha dan berikhtiar menyelamatkan Lili yang telah diculik dan ditahan oleh  Haziq dan Rafiq, anak-anak Che Jah serta disembunyikan di sebuah pondok buruk walaupun keselamatan dirinya terancam.
         Tangungjawab seorang ayah terhadap anak-anak
-      Embong bertanggungjawab menjaga anak-anaknya sebanyak enam orang tatkala isterinya, Saleha sedang menerima rawatan pemulihan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Tanggungjawab seorang insan terhadap agamanya
-      Haji Abdul Rahman, datuk Lili sentiasa menunaikan solat fardu secara berjemaah sama ada di rumah atau di surau / nenek Lili juga segera bersolat apabila masuk waktu solat.
         Tangungjawab ketua terhadap anggota masyarakatnya
-      Hj. Sulaiman, selaku Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab membawa tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


No comments:

Post a Comment