Tuesday 13 August 2013

LATIHAN TATABAHASA 1-


LATIHAN TATABAHASA 1- 

a)Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.        Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.
i)                     ajaran                                             ii)  pengajar
ii)                   mengajarkan                                    iii) mengajari
iii)                  pengajaran                                      iv) pemelajaran                  (6 markah)

b)Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Klasifikasikan ayat-ayat tersebut kepada subjek dan predikat serta terangkan unsur-unsur binaan predikatnya.

i)                     Guru tingkatan menasihati pelajarnya.

ii)                   Membaca buku ceritalah hobi Baity.

iii)                  Abang ipar saya menjadi pensyarah.                    (6 markah)

c. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)                     Ketika berada di pusat beli-belah, ibu bapa hendaklah mengingati anak-anak supaya tidak bermain di kawasan eskalatur.

ii)                   Jangkaut  digunakan untuk menggaul sisa sawit yang sudah menjadi kompos kerana langkah itu lebih praktikal dan dapat jimatkan penggunaan tenaga elektrik.

iii)                  Agensi pelancong hendaklah menyediakan kemudahan pakej kepada ajen  yang membawa pelancong kesihatan ke Malaysia seperti yang terdapat di luar negara.
 (6 Markah)

d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

i)                     Antiseptik yang diberikan oleh doktor perlu pesakit habiskan kerana tujuannya adalah untuk membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit.

ii)                  Peningkatan harga barang keperluan harian telah meresahkan pengguna sebab mereka mendapati wang yang dimiliki semakin kecil kedudukannya.

iii)                Mentol kalimantang lebih jernih dari  mentol bulat walaupun menggunakan kuasa watt yang sama.  (6 Markah)

e. Bina  ayat dengan  peribahasa yang diberikan di bawah supaya jelas maksud dan penggunaannya.

i)                     Kecil-kecil anak, sudah besar menjadi onak

ii)                   Menjolok sarang tebuan

iii)                  Bagaimana acuan begitulah kuihnya -  (6 Markah)

      Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah:

i)                     Kami masih mempunyai hubungan persaudaraan sekalipun ikatan itu agak jauh.

ii)                   Seseorang itu suka menyuruh orang lain berbuat baik sedangkan dia sendiri masih bergelumang dengan perlakuan yang salah.

iii)                  Pekerjaan yang diserahkan kepadanya itu dilakukan sehingga selesai sekalipun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.                            (6 Markah)

No comments:

Post a Comment