Sunday, 12 April 2015

LATIHAN KARANGAN



- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan bahawa  kehidupan bermasyarakat merupakan satu ciri signifikan dalam kamus hidup rakyat Malaysia. /  semangat kehidupan bermasyarakat dan nilai-nilai kemasyarakatan, terutamanya konsep jiran sepakat membawa berkat, dalam kalangan masyarakat kita semakin terhakis. / Hidup berkonsepkan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing./ Tidak merasakan diri mereka bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan persekitaran mereka /  langkah-langkah proaktif dan pragmatik haruslah diambil dalam usaha menghidupsuburkan semangat kehidupan bermasyarakat sebelum kudis menjadi tokak.


2. PERENGGAN ISI :

- Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan bermasyarakat dapat diamalkan menerusi semangat kejiranan. / amalan bertegur sapa sesama jiran, meluangkan masa untuk bertandang ke rumah jiran, menghulurkan bantuan kepada jiran, aktiviti bergotong-royong seperti berderau, perkelahan keluarga, dan aktiviti riadah / dapat menjalin tali persaudaraan, mewujudkan keharmonian, memupuk perpaduan, dan melahirkan masyarakat yang prihatin./  Apabila jiran tetangga ditimpa nasib malang, seperti mangsa kebakaran, kita bukan sahaja perlu menyumbangkan wang ringgit malah memberikan sokongan moral. / konsep berat mata memandang, berat lagi bahu memikul terpupuk dalam lubuk kalbu masyarakat. / Apabila tanah sawah diusahakan secara berderau, kerja yang berat dapat diringankan seperti terungkap dalam pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. / Lebih-lebih lagi, bertandang ke rumah jiran tetangga pada hari perayaan mahupun kenduri perkahwinan dapat menjalin tali persahabatan yang erat./ Dengan erti kata lain, semangat kejiranan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat mewujudkan kehidupan bermasyarakat.


3. PERENGGAN ISI:

- Sistem hidup bermasyarakat dapat dihidupsuburkan melalui majlis-majlis sosial dan perayaan. / Kegiatan-kegiatan social dapat memupuk konsep bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat dan ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam kalangan penduduk setempat. / Antara aktiviti kemasyarakatan yang menekankan konsep hidup bermasyarakat termasuklah hari keluarga, rumah terbuka, dan sebagainya./ masyarakat tidak seharusnya melibatkan ahli-ahli keluarga sahaja, sebaliknya haruslah meluaskan skopnya dengan membabitkan seluruh masyarakat setempat, sanak saudara, dan sahabat handai. / Dalam menjayakan majlis-majlis tersebut, semua anggota masyarakat berganding bahu menyediakan juadah dan minuman, mendirikan tenda, dan menyusun atur kerusi meja untuk tetamu. / Dalam situasi inilah, rakyat dapat berinteraksi dan berkomunikasi sekali gus mempererat tali silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, budaya, agama, adat, dan kepercayaan, di samping memeriahkan suasana majlis atau pun perayaan lagi. / aktiviti-aktiviti social perlu diperbanyak dan dipergiat demi memupuk budaya bermasyarakat dalam kalangan warga desa mahupun warga bandar.


3. PERENGGAN ISI :

- budaya hidup bermasyarakat dapat dipupuk melalui amalan agama dan moral. / Dalam masyarakat tradisional fungsi dan tanggungjawab jiran dianggap penting dari segi agama. / setiap agama menegaskan keperluan yang dipikul bersama oleh semua anggota masyarakat bagi menggembleng tenaga untuk membantu fakir miskin. / Daripada perspektif yang lain pula, semangat kejiranan dapat diterapkan melalui didikan moral. / Dalam konteks ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan menyemaikan semangat bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan warga sekolah.  / Melalui kempen gotong-royong, warga sekolah bukan sahaja akan membantu menceriakan pekarangan sekolah malah menjalin tali ukhuwah antara satu sama / kehidupan bermasyarakat akan menjadi sebati atau menjadi darah daging masyarakat kita.


5. PERENGGAN PENUTUP:

- Sebagaiintiha, kehidupan bermasyarakat dapat menjadi reality sekiranya langkah-langkah yang dibincangkan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat. / Semangat ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan mewujudkan integrasi kaum. / Perpaduan kaum akan membolehkan rakyat Malaysia hidup harmoni dan harmonis bersandarkan prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. / semua pihak sewajarnya menjadikan kehidupan bermasyarakat sebagai agenda kehidupan demi menikmati kebahagiaan, kemakmuran, keamanan, dan kemajuan./ Dengan ada kesedaran ini, bunga-bung akesejahteraan, kegemilangan dan keharmonian akan mekar di empat pojok di tanah tumpah darah kita. / Tidak ketinggalan juga, konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju yang lain di persada antarabangsa






No comments:

Post a Comment