Tuesday, 7 April 2015

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja oleh Zurinah Hassan

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja oleh Zurinah Hassan

 

A.    Zaman dahulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivkC-y9GzWIHkXzFKttpPblZLHn83hRBZimLbgTP8wFMlizncrSm17ZIDkLll3zNJJYRowYasImk_lFr2FDIdTl00hqGh7XVDqgFOF5qAvNt8DrQsUMfjUwMt63JRlCtpXAy4W8PLEdfg/s1600/pak+kaduk.jpg
          Kisah ini berlaku di negeri  Cempaka Seri. Rajanya iaitu Indera Seri seorang yang sombong dan suka berjudi. Hal ini mendorong kebanyakan rakyat di negeri itu leka dengan berjudi.  Di  hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua  bernama Pak Kaduk yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya.  Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan  Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam pak Kaduk. Pak Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung. Akhirnya Pak Kaduk menerima apa-apa sahaja syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Berita kehebatan ayam sabung Pak Kaduk mendapat perhatian daripada Raja lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh baginda. Syarat-syaratnya ialah:
            Ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Raja yang bernama Si Jalak Putih    Mata. Pertaruhannya ialah  kampung halaman dan isi rumahnya. Manakala bagi pihak             Raja     pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa untuk memerintah dan kawasan negeri           jika ayam Raja kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat   tersebut           kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Sebagaimana yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Raja telah menang. Pak Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Raja. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak  Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Raja.
            Oleh sebab berpegang pada janji dan syarat penyabungan, Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Raja. Pak Kaduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana semasa Raja  mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah.
            Pak Kaduk pun berhijrah ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau.  Malang sungguh Pak Kaduk; ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai!

B.    Zaman Sekarang.

https://harizamrry.files.wordpress.com/2007/10/ka04telur1.jpg?w=510
          Cucu Kaduk iaitu Hakim berusaha untuk mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim memiliki kesedaran untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan, Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu.. Penghujahan Azam telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Akhirnya, tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu Hakim.
            Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja RM 200 000.00.  Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam pun ditandatangani dengan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
            Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini. Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. .  Sahabat karibnya iaitu Azam yang pulang dari luar negara kerana berkursus  telah berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam selut / jalan berlumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya. Selain itu, Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam yang bernilai RM85 000.00. Namun begitu, hanya RM13 000.00 sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat.  Hakim juga berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya syarikat RAJA terus mengaut keuntungan.
            Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang meruncing. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurangan.
            Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Perkara yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang bawahan sepertinya terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Plot Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja





           



Watak dan Perwatakan


Watak utamaHakim - Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. / terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. /  ingin mendapatkan kembalik haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. / menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan Azam. / bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden. / berani menyahut seruan kerjaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian. / menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Globak ataupun RAJA / dihimpit masalah hutang apabila syarikat besar ini memonopoli perniagaan dan pihak bank menuntut hutang. / Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara. /  menyamakan nasib malanya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu Kaduk.

            Azam - sahabat baik Hakim. /  lulusan jurusan undnag-undang. /  bijak dan petah             berhujah - dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh             raja di mahkamah. /      baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim. /             Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.


`           Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA - Sebuah syarikat besar yang menandatangani           kontrak dengan Hakim. / menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan, serta          keperluan yang lain. /  mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.


Latar


Latar Tempat


1.      Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya perisitwa dalam cerpen ini adalah di sebuah kampung.
2.      Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3.      Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4.      Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntuan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ.

Latar Masa


1.      Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam.
2.      Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3.      Waktu kerjaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Latihan Unsur KOMSAS:

 

Tema –

1.     Pada dasarnya, projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan.

Persoalan


1.      
Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.

2.      
Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

3.      
Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

4.      
Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.

5.      
Hakim berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.

Latar Masyarakat

1.      
tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.

2.      
Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja semula.

3.      
Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali hak-haknya melalui proses perundangan mahkamah.

4.      
Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, iaitu Kaduk.

5.      
pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.

6.      
Syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.

7.      
Hakim dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.

Nilai


1.     Nilai ______________ - kegigihan seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

2.     Nilai ________________ - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3.     Nilai ______________ - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.

4.     Nilai _________________ - Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.

5.     Nilai __________________ - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

6.     Nilai ___________________- Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.

Pengajaran


1.      
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telagh dirampas oleh raja.

2.      
Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.

3.      
Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

4.      
Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.

5.      
Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah.\

Latihan Pemahaman:
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa. 
          Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.
          “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke?  Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.
          “Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.
          Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken.  Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.

       i.          Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula.         [2 markah]          
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


      ii.          Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang mencukupi?     [KBAT]                                                                                                                 [3 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen tersebut.
                                                                                                                                    [4 markah]                                                                                                          
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



13 comments:

  1. Assalamualaikum. Bahan yang sangat baik dan bermanfaat. Mohon keizinan untuk menggunakan bahan ini ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi mengguna pakai blog saya untuk perkongsian bersama

      Delete
    2. terima kasih kerana sudi mengguna pakai blog saya untuk perkongsian bersama

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan.. mohon dikongsi idea yang berharga kepada pelajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi mengguna pakai blog saya untuk perkongsian bersama

      Delete
    2. terima kasih kerana sudi mengguna pakai blog saya untuk perkongsian bersama

      Delete
  3. terima kasih kerana sudi mengguna pakai blog saya untuk perkongsian bersama.

    ReplyDelete
  4. assalam...mohon digunakan untuk tujuan pengajaran...terima kasih, banyak membantu

    ReplyDelete
  5. Apkah jawapan untuk soalan kedua

    ReplyDelete
  6. boleh minta jawapan tak?terima kasih

    ReplyDelete
  7. boleh saya dapat jawapan soalan pemahaman itu

    ReplyDelete
  8. boleh saya dapat jawapan soalan pemahaman itu

    ReplyDelete
  9. Boleh saya dapat jawapan soalan itu


    ReplyDelete