Tuesday, 14 April 2015

ULANG KAJI PT3 -PEPERIKSAAN PENGGAL (NOVEL)

BAHAGIAN C: NOVEL  ( 10 markah)

PERISTIWA NOVEL 6:20


PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PERWATAKAN
      Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya





 konflik yang berlaku  antara ibu Sukma dengan Sukma.  Ibu Sukma  beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan  dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.





Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.





Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2.  Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.





Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.





Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.





Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.





PERISTIWA NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN


PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PERWATAKAN

Pada mulanya Iman berasa sangat pedih  kerana perceraian ibu bapanya tetapi setelah dinasihati oleh  ahli keluarganya, Iman mula memahami dan menerima hakikat tersebut.



Masyarakat yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa


Iman dan kawannya berkawan baik dengan Pei Wen walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.


Kita hendaklah menjalinkan tali persahabatan dengan seseorang walaupun berlainan budaya dan bangsa.



Ibu Iman bertanyakan khabar Iman pada setiap hari melalui e-mel. Bapanya sering menelefon dan menziarahi Iman yang berada di kampung apabila terdapat masa yang terluang.





Ibu Iman seorang  yang bertanggungjawab

Iman ingin menarik diri dalam pertandingan berpidato kerana Linda menuduhnya hipokrit. Namun, setelah mendapat sokongan dan desakan kawan-kawannya, Iman bersemangat untuk bertanding dengan Linda.


Kita perlulah bijak memilih rakan  yang  dapat membimbing kita  ke arah kebaikan



Iman Zulaikha tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung kerana ibu bapanya telah bercerai. Walau bagaimanapun, Iman berazam untuk menyatukan ibu dan bapanya semula


Persoalan tentang egigihan dan kecekalan hati seorang anak yang menjadi mangsa perceraian kedua-dua orang tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.




Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin   kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur  dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

    



Nilai pengorbanan


 Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya     tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.


    

Nilai ketabahan


 Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama  menyelesaikan masalah yang  dihadapi oleh mereka . Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke  peringkat daerah.


    
Masyarakat yang mementingkan hubungan persahabatan



PERISTIWA NOVEL HIKMAH


PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PERWATAKAN

Ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan penyediaan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya



Nilai Bertanggung-jawab

Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain kepada guru disiplin



Nilai Keberanian

Sapura bersikap amanah dengan tugas yang telah diberikan kepadanya



Nilai Amanah.

Sapura dan keluarganya sanggup membantu Amri dan ibunya dengan membawa mereka ke hospital



Nilai Baik Hati

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Amri apabila dia mengambilkan air untuk ibunya yang baru pulang dari kedai



Nilai Kasih Sayang.


Contoh Soalan & Jawapan:

Berdasarkan sebuah novel yang telah kaji , huraikan latar masyarakat  yang terdapat dalam novel tersebut.


       Genre novel yang saya kaji ialah ............................................ hasil karya ..................................... Terdapat beberapa ................................................ yang dipaparkan melalui novel tersebut.
            Salah satu latar masyarakat  yang terkandung  dalam novel tersebut termasuklah  ..................................................... .................................. Latar tersebut digambarkan melalui watak .................................... Hal ini demikian,  ..................................................................................................
................................................................................................................................................................................. ...............................................................................
            Selain itu, masyarakat yang ..................................................................................  juga terdapat dalam novel yang saya kaji ini. Latar tersebut dipaparkan oleh watak ................................. Sebagai contoh,  ................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
            Latar masyarakat seterusnya  yang terselit  dalam novel tersebut termasuklah  .....................................  
.............................................. Hal ini demikian kerana  ........................................................................
..................................................................................................................................................................          

            Tegasnya, terdapat heterogen latar masyarakat  dalam novel tersebut yang dipaparkan oleh pengarang..

No comments:

Post a Comment