Monday, 11 April 2016

DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)

DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)
SINOPSIS

ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad  sakit jiwa Hospital Besar kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad fikirannya bercelaru. Dia membayangkan kehadiran kekasihnya; Ani,  bapanya dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi  pegangan  Azmir.
Azmir telah meminta Ani membawanya keluar tetapi Ani memberitahu Azmir bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya.  Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir menyuruh Ani mengusir ayahnya.  Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam.  Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula.  Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya.   Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.

ADEGAN II
Azmir dikunjungi oleh doktor.  Setelah memeriksa Azmir, doktor  telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar.  Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau.  Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat.  Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.

ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan  prinsip  hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa perkara yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering meraung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui  sama ada dia benar-benar sakit atau hanya lakonan. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul.  Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelokon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan.  Azmir juga ditanya tentang gila.  Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung.  Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah.  Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari dia  hilang.

ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada  dalam tingkatan 6  dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri  Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada   ibu bapanya. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya yang bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI
Ketika Azmir sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai.  Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir. Ani berasa dia bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.

PLOT DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)







PERISTIWA BERGAMBAR  DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)




































WATAK DAN PERWATAKAN
1.      Watak utama – Azmir
2.      Watak-watak sampingan – Arif, Doktor Razi, ibu Azmir, bapa Azmir, Pak Haji, Ani, Pelakon I, Pelakon II, Pelakon III, dan para pembantu doktor.

AZMIR - seorang anak muda / menghidap penyakit barah otak / dikatakan telah mengalami sakit jiwa. / menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar / bersikap gila-gila sejak tingkatan enam. / gagal memasuki tahun akhir pengajiannya di universiti./  tidak mahu mengikut nasihat ibunya. / bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak / boleh bercakap loghat Indonesia.
ARIF - pengarah drama Sasau / prihatin terhadap keadaan Azmir / menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya. / berjiwa besar, iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunya membikin drama Sasau.
DOKTOR RAZI - merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa./ i tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir. / bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar.
IBU AZMIR -  mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam. /  tidak mampu menguruskan Azmir /  tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya / berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.

LATAR
LATAR TEMPAT - Wad pesakit jiwa, Hospital Besar -  Azmir dirawat di situ kerana dikatakan sedang menghadapi sakit jiwa. / Pentas - Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau di pentas tersebut.
LATAR MASA - Waktu siang - doktor memberikan kebenaran kepada Azmir untuk bersiar-siar di kawasan wad sakit jiwa pada waktu siang.  / Waktu latihan - Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau pada waktu tersebut. / Waktu tingkatan enam - ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada waktu itu. / Waktu belajar di universiti - sikap pelik Azmir semakin menjadi-jadi semasa di universiti.

PERSOALAN
1.         _______________________________________________________________________  
- Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang  hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.
2.         _______________________________________________________________________                                  - Azmir menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak. Dia yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendiriran tanpa ibu dan bapanya mengetahui kesakitannya itu.  Malah, kekasihnya, iaitu Ani turut meninggalkannya.
3..        _______________________________________________________________________
- Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir

             
4.         _______________________________________________________________________
-  Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepala Azmir


5.          _______________________________________________________________________                                 -Azmir berterima kasih kepada ibu dan ayahnya yang telah melahirkan dan membesarkannya.

6.         _______________________________________________________________________                                  - Azmir amat mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak.

7.       _______________________________________________________________________                                     -Azmir mempertikaikan Pak Haji yang tidak mengambil peduli akan penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya.

LATIHAN PENGUKUHAN DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)
PERISTIWA
PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
Arif prihatin terhadapa nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
.      


     Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah dia beranggapan bahawa Azmir gila.



 .  Doktor Razi bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
      


.      Doktor Razi amat bertanggungjawab terhadap pesakitnya, iaitu Azmir dengan mencari Azmir yang tidak pulang ke wad pesakit jiwa.
.       


.      Arif sanggup belajar dengan Azmir yang dikatakan gila kerana pandangan Azmir telah memberi Arif kefahaman akan maksud Sasau dengan baik.
.       

.      
Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
       

.      
 .   Bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.






.      
.   Azmir tabah melawan sakit barah otaknya walaupun dia hanya bersendirian
.    






.      


LATIHAN PEMAHAMAN DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary)
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ARIF:          Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu tajuk    drama kita.  “Sasau” membawa maksud setengah gila.  Maksudnya, bukan  gila sepenuhnya.

PELAKON I:    Bolehkah kegilaan diukur macam tu?  Setahu saya belum ada mesin yang        dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang.

ARIF:           Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang dimaksudkan dengan setengah gila itu ialah seseorang itu masih siuman.  Cuma perlakuannya saja seperti orang gila.  Biasa dengar tak orang sebut, gila-gila bahasa? (Para pelakon mengangguk beramai-ramai).  Jadi, drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita semua, maksud saya semua manusia.  Manusia pada dasarnya mempunyai sedikit sebanyak watak gila dalam diri mereka.  Maka, kita janganlah hendaknya cepat mengatakan seseorang itu gila, sedangkan dalam diri kita masing-masing terdapat unsur-unsur kegilaan itu.  Baiklah, kita mulakan sekarang.

(Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif Shaary , Dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.

a)     Berikan maksud gila-gila bahasa.                                                [2markah]                                                               ___________________________________________________________________________________________________________________

b)     Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu boleh menjadi gila?                                 [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c)     Huraikan nilai yang terkandung dalam drama tersebut                     [4 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1 comment: