PERISTIWA
|
UNSUR KOMSAS
|
||
NILAI
|
PERSOALAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
|
Syahir sentiasa mengingati
pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara.
|
|
Ketaatan terhadap pesanan yang
diamanahkan
|
Masyarakat yang sentiasa ingat
akan pesanan
|
Syahir berani mengemukakan
pendapat tentang tindakan pihak PBSM (Persatuan Bulu tangkis se-Malaysia)
yang tidak menggunakan sistem ranking dunia
untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya
bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.
|
|
Keberanian untuk mengemukakan
pendapat
|
Masyarakat yang berani untuk
mengemukakan pendapat
|
Para pemain badminton skuad
kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas
Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan
Badminton Dunia di Jakarta.
|
|
|
Masyarakat yang gigih berusaha
|
Engku Aiman sering menyebelahi
Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.
|
|
Sikap pilih kasih dalam sesuatu
tindakan
|
Masyarakat yang pilih kasih
|
Syahir tetap dengan prinsipnya
untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga
syariat agama.
|
|
Pendirian yang teguh dalam
melakukan sesuatu
|
Masyarakat yang tetap pendirian
|
Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu
menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.
|
|
|
Masyarakat yang mengamalkan
sikap kasih sayang dalam kehidupan
|
Syahir tetap meneruskan latihan
rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai
pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di
Jakarta.
|
|
|
Masyarakat yang tidak mudah
berputus asa
|
Syahir seorang pemain badminton
skuad kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan
sebelum berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di
Indonesia.
|
|
|
Masyarakat yang tabah
mengharungi liku-liku kehidupan
|
Tuesday, 25 July 2017
Novel Justeru Impian Di Jaring
LATIHAN KARANGAN:
LATIHAN KARANGAN:
LANGKAH
MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN
![]() |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
![]() |
|||||||||
MAKLUMAT KARANGAN:
Keracunan
makanan sering berlaku di
kantin sekolah, restoran dan majlis kenduri-kendara. Oleh itu, pengguna perlu lihat, bau dan
rasa makanan sebelum menjamahnya. Pengusaha
makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat manakala
tukang masak pula masak
dengan cara yang betul. Bagi mencegah keracunan makanan, pengguna lihat, bau dan rasa sebelum
menjamahnya. Kita kena ingat maksud firman Tuhan, “Mereka
seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta sehingga tidak dapat kembali kepada
kebenaran.” Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Lihat,
Bau dan Rasa’? Oleh itu, pengguna selamat dari kuman e-coli dan bakteria
salmonella namun malang tidak berbau! Seterusnya untuk mencegah
keracunan makanan pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang
selamat. Kita kena ingat pesanan Cef Wan, “Jangan simpan semua bahan
mentah dalam sebuah peti sejuk beku.” Bahan mentah mempunyai takat beku yang
berbeza-beza. Bakteria pula mudah merebak melalui daging dan ayam. Bukankah
Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Mencegah lebih baik
daripada merawat’? Lantaran itu, benarlah peringatan orang tua-tua beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis! Akhir sekali, untuk mencegah keracunan makanan,
tukang masak perlu masak dengan cara yang betul. Kementerian
Kesihatan Malaysia sering berpesan; ‘Cuci tangan dengan tujuh langkah’.
Jadi, benarlah peringatan orang tua-tua, makan yang suci lagi baik!
Tuntasnya, untuk mencegah keracunan makanan diperlukan kerjasama semua pihak. Pegawai-pegawai Kementerian
Kesihatan Malaysia pula tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan
undang-undang. Hal ini supaya premis makanan sentiasa bersih. Kesihatan dan
kesejahteraan rakyat terjamin bahkan Rakyat Sihat Negara Maju.
Latar Masyarakat Novel Justeru Impian Di Jaring
Latar Masyarakat Novel Justeru Impian Di Jaring
(a)
Masyarakat yang tabah
mengharungi liku-liku kehidupan. Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad
kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum
berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.
(b) Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir
sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada
bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.
(c) Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir
berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan
sistem ranking dunia untuk menentukan
kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada
keputusan kejohanan Terbuka Johor.
(d) Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton
skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan
Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan
Badminton Antarabangsa di Jakarta.
(e) Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering
menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua
tindakan.
(f) Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir
berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan
sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.
(g) Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan
prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu
menjaga syariat agama.
(h) Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam
kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga
emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.
(i)
Masyarakat yang tidak
mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton
walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan
menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
TEKNIK PLOT CERPEN GERHANA MANUSIA
TEKNIK
PLOT CERPEN GERHANA MANUSIA
1. Teknik ..........................................................
(a)
penulis memerihalkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang
koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan
hayat.
(b) penulis
menggambarkan perihal pesakit-pesakit di dalam wad Unit Rawatan Rapi yang tidak
dipedulikan oleh Profesor Doktor Juaidi.
- Solehah yang tenat, yang pundi
janinnya pecah di ovari, juga sedang koma.
Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riak, diheret kereta
sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk oleh Doktor Juaidi.
Juga si kecil,
bayi buangan yang hampir kekeringan darah.
Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan
mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, ... (hlm. 71)
2. Teknik...........................................................
(a)
Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang Tuan
Besar Musa yang sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat.
(b)
Dialog antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia
berkaitan dengan keadaan Solehah yang mengalami tekanan darah yang semakin
rendah.
3. Teknik
............................................................
Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang
berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukemia,
dan al-Hafiz.
4. Teknik ...............................................................
(a)
Keberaniaan Nusia mempersoalkan tindakan dan arahan
Profesor Doktor Juaidi yang menyuruh Nusia memberikan sebotol gelafundin untuk kegunaan Nusia yang
sedang koma benar-benar menimbulkan kejutan kepada pembaca.
(b)
Keberaniaan Nusia untuk memujuk juruteknik makmal darah
agar menyerahkan lima pek darah sejuk telah menimbulkan kejutan kepada pembaca
5. Teknik ..................................................................
(a)
Peristiwa percanggahan pendapat antara Nusia dengan
Doktor Murni berhubung dengan pemberian darah tulen yang disalurkan ke tubuh
Tuan Besar Musa menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca
tentang penyelesaian pendapat antara mereka berdua itu.
(b)
Peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik
makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan
tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya
yang akan berlaku akibat tindakannya itu.
Contohnya:
6. Teknik...............................................................
(a)
Nusia bermonolog dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberi
bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor
Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain. - Untuk
siapa? Hatinya musykil sendiri. (hlm. 71)
(b)
Nusia terkejut dan marah sambil mempersoalkan sama ada
Profesor Doktor Juaidi seorang manusia atau tidak kerana menyuruhnya memberikan
gelafundin sahaja bagi menggantikan
darah tulen untuk Solehah. - Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara
yang menyakitkan hatiku itu. Manusiakah
dia? (hlm. 72)
karangan
LATIHAN KARANGAN:
Amalan lama seperti budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat
hendaklah disuburkan semula.
Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut
MAKLUMAT KARANGAN:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing / Kita
terus berpegang dengan amalan murni budaya lama / ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni / hati gajah sama
dilapah dan hati kuman sama dicecah./ Kehidupan seperti inilah yang bakal
menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. / akibat
perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan
yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. / Kini
kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. / Demi
menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula
amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Ibu bapa menghidupkan semula tradisi masyarakat silam –
masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan
tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi
dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat / sedikit tanda ingat dan
banyak tanda ada
Isi 2 : Anggota masyarakat berusaha memupuk persefahaman dan saling
hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa
bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan
status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan
menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku
anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Generasi muda mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan
- kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi suri teladan - ibu
bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua -
pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur,
dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh
memperkukuh jalinan silaturahim - golongan berada sentiasa menjadi tempat
merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang
berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan
tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Golongan tua
sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam
masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat -
golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam
antara generasi – elakkan perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Penutup
: Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis
dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian
masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama
berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih
harmoni dan riang.
Subscribe to:
Posts (Atom)