Latar Masyarakat Novel Justeru Impian Di Jaring
(a)
Masyarakat yang tabah
mengharungi liku-liku kehidupan. Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad
kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum
berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.
(b) Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir
sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada
bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.
(c) Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir
berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan
sistem ranking dunia untuk menentukan
kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada
keputusan kejohanan Terbuka Johor.
(d) Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton
skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan
Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan
Badminton Antarabangsa di Jakarta.
(e) Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering
menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua
tindakan.
(f) Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir
berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan
sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.
(g) Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan
prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu
menjaga syariat agama.
(h) Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam
kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga
emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.
(i)
Masyarakat yang tidak
mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton
walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan
menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
masyarakat yg sanggup berkorban
ReplyDelete