LATIHAN KARANGAN:
Amalan lama seperti budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat
hendaklah disuburkan semula.
Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut
MAKLUMAT KARANGAN:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing / Kita
terus berpegang dengan amalan murni budaya lama / ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni / hati gajah sama
dilapah dan hati kuman sama dicecah./ Kehidupan seperti inilah yang bakal
menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. / akibat
perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan
yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. / Kini
kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. / Demi
menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula
amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Ibu bapa menghidupkan semula tradisi masyarakat silam –
masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan
tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi
dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat / sedikit tanda ingat dan
banyak tanda ada
Isi 2 : Anggota masyarakat berusaha memupuk persefahaman dan saling
hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa
bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan
status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan
menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku
anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Generasi muda mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan
- kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi suri teladan - ibu
bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua -
pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur,
dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh
memperkukuh jalinan silaturahim - golongan berada sentiasa menjadi tempat
merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang
berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan
tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Golongan tua
sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam
masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat -
golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam
antara generasi – elakkan perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Penutup
: Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis
dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian
masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama
berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih
harmoni dan riang.
Baik terima kasih
ReplyDelete