LATIHAN KARANGAN:
LANGKAH
MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN
MAKLUMAT KARANGAN:
Keracunan
makanan sering berlaku di
kantin sekolah, restoran dan majlis kenduri-kendara. Oleh itu, pengguna perlu lihat, bau dan
rasa makanan sebelum menjamahnya. Pengusaha
makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat manakala
tukang masak pula masak
dengan cara yang betul. Bagi mencegah keracunan makanan, pengguna lihat, bau dan rasa sebelum
menjamahnya. Kita kena ingat maksud firman Tuhan, “Mereka
seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta sehingga tidak dapat kembali kepada
kebenaran.” Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Lihat,
Bau dan Rasa’? Oleh itu, pengguna selamat dari kuman e-coli dan bakteria
salmonella namun malang tidak berbau! Seterusnya untuk mencegah
keracunan makanan pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang
selamat. Kita kena ingat pesanan Cef Wan, “Jangan simpan semua bahan
mentah dalam sebuah peti sejuk beku.” Bahan mentah mempunyai takat beku yang
berbeza-beza. Bakteria pula mudah merebak melalui daging dan ayam. Bukankah
Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Mencegah lebih baik
daripada merawat’? Lantaran itu, benarlah peringatan orang tua-tua beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis! Akhir sekali, untuk mencegah keracunan makanan,
tukang masak perlu masak dengan cara yang betul. Kementerian
Kesihatan Malaysia sering berpesan; ‘Cuci tangan dengan tujuh langkah’.
Jadi, benarlah peringatan orang tua-tua, makan yang suci lagi baik!
Tuntasnya, untuk mencegah keracunan makanan diperlukan kerjasama semua pihak. Pegawai-pegawai Kementerian
Kesihatan Malaysia pula tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan
undang-undang. Hal ini supaya premis makanan sentiasa bersih. Kesihatan dan
kesejahteraan rakyat terjamin bahkan Rakyat Sihat Negara Maju.
No comments:
Post a Comment