Plot Novel Azfa Hanani
& Novel Kembara Amira
Peringkat Plot
|
Novel Azfa Hanani
|
Novel Kembara Amira
|
Permulaan / Eksposisi
|
Cerita bermula
dengan watak Azfa Hanani yang berada dalam kebimbangan setelah pihak sekolah
sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di
perpustakaan Sekolah Seri Dian. Azfa Hanani telah dipanggil ke bilik pengetua.
Azfa Hanani diminta
untuk menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran kerana wajahnya seiras
adiknya yang telah meninggal dunia iaitu Tengku Murni. Demi masa depan
persekolahannya dan berpeluang untuk membantu sepupunya Zuraini mendapatkan
rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran itu
|
Dimulakan dengan
watak Amira bersama dengan Jacinta dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya dengan
menaiki keretapi untuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah
iaitu ibu Amira untuk menyertai ekskavasi menjejaki kewujudan tamadun awal manusia.
|
Perkembangan / Konflik
|
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan
bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sekolah Menenengah
Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang
terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam
pertandingan Forum Remaja sekolahnya
|
Semasa menunggu
kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh lalu
dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli
Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai
semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.Tau bersetuju
untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal
manusia
|
Klimaks
|
Azfa Hanani
mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran
dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa
Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga mendatangkan
kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar pertengkaran tersebut lalu
beliau terasa tertipu. Setelah penyamarannya terbongkar, Azfa Hanani ditampar
dan dihalau oelh Datin Maziah.
|
Para pelajar universiti
awam yang menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Dr.Zawawi menemukan pelbagai
artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba pada dinding gua yang sangat berharga
di Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam
usaha menyelamatkan Malique
|
Peleraian
|
Datuk Tengku
Makmur mengaku bahawa beliau telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa
Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun yang lalu.
Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke bangle Datuk Tengku Makmur dan menjadi
dirinya yang sebenar. Azfa Hanani juga telah muncul sebagai pengerusi terbaik
Forum
|
Rahsia kehidupan Tau
akhirnya terbongkar. Makhluk berbulu yang
dianggap sebagai misteri oleh orang Asli Semai sebenarnya ialah Tau. Jennifer
juga mengaku bahawa dia ialah Ipah, isteri Tau yang telah lari meninggalkannya
dengan mengikut Jonny ke Australia. Malique pula ialah Sabi iaitu anak kandung Tau
dan abang kepada Itai.
|
Pengakhiran
|
Cerita berakhir dengan kegembiraan.
|
Cerita berakhir dengan kegembiraan.
|
No comments:
Post a Comment