Persoalan Tentang kasih sayang Dalam Novel Azfa
Hanani & Novel Kembara Amira
Persoalan
|
Novel Azfa Hanani
|
Novel Kembara Amira
|
Datin
Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari
jadinya kerana dia begitu menyayangi anak bongsunya itu.
|
Profesor
Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan kebajikan anaknya, Amira
walaupun sibuk dengan pekerjaannya kerana Amiralah satu-satunya anaknya dan
dia amat menyayangi anaknya itu
|
|
Azfa
Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Tengku Ellina yang
sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih kerana dia amat menghargai
hubungan persahabatan antara mereka yang baru terjalin dan dia mula rasa
sayang terhadap sahabatnya itu.
|
Amira
sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya
Malique yang hilang. /
Demi sayangnya terhadap sahabat karibnya Amira, Jacintha berusaha mencari Amira yang hampir lemas ketika terjatuh dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras sehingga dia sendiri tersesat di dalam hutan lalu pengsan. |
|
Demi
kasih sayangnya terhadap ibunya, Abang Mazran berusaha mencari gadis yang
mirip wajah adiknya iaituTengku Murni yang telah meninggal dunia lalu meminta
gadis itu menyamar sebagai adiknya demi membantu memulihkan tekanan emosi
ibunya iaitu Datin Maziah yang tertekan kerana tidak dapat menerima kematian
anaknya.
|
Amira
sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya semata-mata
dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama dengan ibunya di tapak arkeologi
di Bukit Mat Raya. Perasaan kasih dan sayangnya terhadap ibunya, Prof.
Zaidah jelas digambarkan apabila Amira mengurut-urut belakang ibunya apabila
dia ternampak ibunya keletihan.
|
|
Pak
Long Madi sanggup memelihara Azfa Hanani sejak kedua-dua ibu bapanya
meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan
dan kemiskinan, demi tanggung jawab dan sayang akan anak saudaranya itu, Pak
Long sanggup menjaga dan memelihara Azfa Hanani.
|
Ludin
sanggup memelihara anak saudaranya iaitu Itai kerana Tau yang mengalami tekanan
perasaan telah mengasingkan dirinya setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri
bersama-sama Johnny dengan membawa anak sulungnya iaitu Sabi.
|
No comments:
Post a Comment