Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis
satu rumusan tentang kepentingan pokok yang terdapat di hutan dalam kehidupan
manusia dan implikasi penebangan hutan yang berleluasa. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan
RM 20 juta untuk menggiatkan usaha penyelidikan hutan komersial. Hutan lazimnya
dikaitkan dengan kayu balak, binatang buruan, sayuran dan ulam, buah-buahan dan juga
pusat rekreasi orang ramai. Tafsiran ini ada benarnya kerana hutan menyediakan
hidupan untuk kelangsungan kitaran hidup sama ada untuk manusia, tumbuhan dan
haiwan yang menjadi penghuninya. Mana tidaknya, di kawasan hutan Indo Malayan
sahaja dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya 800 spesies kayu balak berharga,
600 tumbuhan ubat-ubatan, lebih 400 spesies rotan, 200 spesies buah-buahan dan
beratus-ratus spesies yang menghasilkan bahan bernilai.
Usaha memulihkan keadaan hutan
secara semula jadi perlu pelaksanaan segera. Hal ini demikian kerana selain
menjadi sumber rezeki, hutan juga sebagai penentu proses pengekalan ekosistem
semula jadi yang tiada tolok bandingnya. Selain
bertindak sebagai bahan hidrologi, hutan bertindak sebagai pengawal hakisan
tanah. Akar-akar pokok mengikat dan mencengkam tanah untuk menegapkan dan
seterusnya menghindarkan tanah daripada
berlakunya banjir serta hakisan tanah. Melalui proses fotosintesis,
karbon dioksida diserap oleh tumbuhan untuk membentuk karbohiderat dan
membebaskan oksigen sebagai bahan sampingan. Proses ini mengurangkan kepekatan
karbon dioksida di atmosfera yang terhasil daripada proses pernafasan dan
pembakaran fosil seperti petroleum dan arang batu, di samping membekalkan
oksigen.
Hutan
tropika, ibarat sinki karbon dioksida kepada dunia. Sebab itulah pencinta alam
asing begitu mempertahankan kepupusannya berbanding hutan negara sendiri.
Ladang hutan merupakan kaedah yang paling tepat bagi menangani masalah
pembasmian hutan di negara ini. Sekiranya, pokok hutan diperlukan untuk hasil
balaknya , mengapa tidak menanamnya? Penanaman semula hutan untuk tujuan komersial
bukan sahaja dapat mengelakkan fenomena kepupusan hutan semula jadi, malah
aktiviti ini mampu memberi pendapatan yang lumayan dengan sedikit modal dan
perniagaan.
Selain sumber rezeki kepada penduduk
pedalaman, hutan juga dihuni oleh flora dan haiwan-haiwan yang kini hampir
pupus. Pada masa lalu, binatang-binatang seperti kuang, badak sumbu dan
sebagainya berkeliaran di hutan-hutan belantara negara kita. Kini, spesies itu
semakin kurang ditemui. Dalam buku-buku sekolah atau ensaiklopedia binatang-binatang
tersebut tercatat dalam peta sejarah dunia. Pelajar-pelajar sekolah hanya dapat
melihat spesies itu melalui gambar-gambar atau di zoo yang mana mungkin
binatang itu diimport dari negara lain. Hal ini, bukan sahaja merugikan
generasi akan datang malah di peringkat negara mengurangkan khazanah berharga.
Kesimpulannya, kita perlu memelihara
dan memulihara hutan kita. Kalau tidak kita siapa lagi yang akan mempedulikan
harta alam yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita.
Berdasarkan petikan , jawab soalan
yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan
maksud rangkai kata tiada tolok bandingnya
[2
markah]
ii) Mengapakah penanaman semula hutan amat perlu dilakukan? [3
markah]
iii) Pada
pendapat anda, apakah kesannya jika pokok semakin kurang akibat aktiviti
pembalakan yang tidak terancang? [4
markah]
No comments:
Post a Comment