Pages

Enjin Carian

Sunday, 11 August 2013

LATIHAN RUMUSAN


LATIHAN RUMUSAN FOKUS :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kekejaman terhadap kanak-kanak dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Kes penderaan kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi perkara biasa di negara kita. Kejadian yang menimpa Mohd. Hafiz dan Balasundram seperti yang dipaparkan melalui media massa pada suatu ketika dahulu merupakan salah satu peristiwa ngeri yang menimpa kanak-kanak sejak belakangan ini. Kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih telah menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sama ada penderaan secara seksual, fizikal, mahupun mental.  Masalah kekeluargaan yang berkaitan dengan masalah kewangan keluarga, krisis rumah tangga seperti pertengkaran dan penceraian ibu bapa dikenal pasti sebagai punca utama ibu bapa sering hilang kewarasan akibat tekanan emosi yang terlalu kuat. Anak-anak pula dianggap membebankan lagi masalah mereka. Tanpa pertimbangan yang wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram mereka.
            Selain itu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang boleh dijadikan panduan bagi mendidik anak-anak. Keadaan yang sedemikian menyebabkan mereka tidak mengerti tanggungjawab seorang ibu atau bapa. Dalam perkataan lain, mereka tidak dapat menilai erti kasih sayang yang sebenar. Mendengar tangisan anak-anak sahaja dianggap bunyi ‘halilintar’ lantas anak-anak yang tidak berdosa itu didera dengan sewenang-wenangnya. Mereka yang ‘kurang siuman’ ini kelihatan begitu puas apabila dapat melepaskan perasaan geram terhadap anak-anak mereka.
            Sebenarnya,setiap kanak-kanak berhak mendapatkan kasih sayang, pemakanan seimbang serta pelajaran yang secukupnya untuk mencapai perkembangan mental dan fizikal yang sempurna.Oleh hal yang demikian, langkah-langkah pencegahan amat diperlukan daripada semua pihak. Dalam hal ini, kempen-kempen diadakan supaya kesedaran dapat disemai dalam diri masyarakat tentang tanggungjawab masing-masing. Ceramah-ceramah hendaklah dipergiatkan bagi menimbulkan rasa penghargaan terhadap anak-anak yang dianugerahi Tuhan.

            Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu amalan yang terkutuk dan tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang bertamadun ini. Kita semua mengharapkan anak-anak dididik dan dipelihara dengan sempurna supaya mereka dapat memegang teraju pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan kesedaran semua pihak diharapkan hasrat ‘Masyarakat Penyayang’ dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.
(diubahsuaikan daripada Masyarakat Penyayang?: Suatu Tinjauan oleh Baharom Basyah, Utusan Malaysia, Mei 2011)

Rangka Rumusan:
(A1)Petikan  membincangkan        ............................. ................................. ..........................................
........................................

            (A1)Akibatnya  termasuklah  ............................................... (A2) Selain itu, ................................. dan / serta .........................  (A3) Akibat lain termasuklah .............................................  selain  ....................................  (A4) ............................... juga  akibatnya.

            (A1)Usahanya   pula termasuklah pihak sekolah ......................................(A2) Di samping itu, ............................................. malah .......................................               
(Anak-anak yang didera akan mengalami kecederaan dari segi fizikal / Penderaan akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap psikologi anak-anak./ Perkembangan mental anak-anak akan terganggu / Mereka membesar dengan penuh sifat dendam / Mereka mungkin melakukan perbuatan yang sama kepada anak-anak mereka pada masa hadapan).

            (A1)Kesimpulannya,   kekejaman terhadap kana-kanak perlu diatasi secara berkesan agar    .......................... ...........

                   (.................patah kata)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM:
i. Berikan maksud perumpamaan diibaratkan seperti kain putih.[ 2 markah] --.mempunyai jiwa yang bersih (Perumpamaan tersebut bermaksud................)

ii. Apakah tujuan kempen  tentang isu kekejaman terhadap kanak-kanak diadakan? [3 markah]- memberikan kesedaran kepada ibu bapa./  ibu bapa memahami tanggungjawab mereka. / Menimbulkan rasa penghargaan terhadap anak-anak mereka
(.Kempen  tentang isu kekejaman terhadap kanak-kanak diadakan bertujuan untuk........................... Bukan itu sahaja, ................................................................... Kempen tersebut juga........................... )

iiii. Sebagai anggota masyarakat, apakah tindakan yang dapat  diambil bagi memastikan kes berkaitan kekejaman terhadap kanak-kanak dapat diatasi dengan berkesan? [4 markah] - Melaporkan kejadian kekejaman terhadap kanak-kanak kepada pihak polis./ Memberi teguran kepada pendera dengan baik./ Memaklumkan kes kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Atau talian Nur / .Menyelamatkan mangsa daripada terus didera.
(.Sebagai anggota masyarakat,  kes berkaitan kekejaman terhadap kanak-kanak dapat diatasi dengan berkesan sekiranya kita ........................... Tambahan lagi, ................................................................... Anggota masyarakat juga........................... Selain itu,................................. )

No comments:

Post a Comment