Rumusan [30 markah]
Baca
petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat
ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Belakangan
ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekononi yang sedang pesat
merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi
digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri
disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini,
kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk
konvensional dengan rnenjual produk-produk rnereka di premis-premis perniagaan
kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada
melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend
baharu perniagaan yang dapat rnenjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana
pihak termasuklah suri rumah.
Ledakan teknologi lnternet sejak
pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah
dalarn urusan jual beli. Melalui
pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah
malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian
kerana sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi ke premis-
premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep
e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu
melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab
kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan telah rnelancarkan
inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22
Mac 2017.
Kombinasi antara alam maya dengan
alam nyata narnpu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan
keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu
ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan
menikmati mantaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia
tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti
ekonomi digital menyerlahkan gaya baharu
dalam kehidupan generasi muda pada masa ini lagi yang lebih cenderung untuk
menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekononi
digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan
buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM I
l2 bilion menjelang tahun 2025.
Sebelum ini, pelbagai rnasalah telah
rnenyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki
gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha
PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah. Kekurangan modal dan pembiayaan, serta
masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi
digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada
80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga boleh memasuki pintu
gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan sektor berkenaan lagi. Keadaan ini seterusnya
telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan
bagi usahawan luar bandar. Kemajuan
dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar
ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan di
kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.
Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan di atas, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud
rangkai kata menangani migrasi. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada
mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS). Nyatakan masalah-masalah tersebut. [3 markah]
(iii)
Golongan remaja
merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian. Pada pendapat
anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat
keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini? [4
markah]
Oiii mana jawapanny@!!!
ReplyDelete