Thursday, 12 May 2016

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN & PEMAHAMAN

Rumusan 
                Petikan membincangkan implikasi penggunaan Internet terhadap remaja di negara ini. 

        Kesannya termasuklah penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Selain itu, remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran serta selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen. Kesannya lain termasuklah pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja selain mereka melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Akhirnya, generasi muda menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri. 

        Tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya pula termasuklah mengajari anak-anak etika penggunaan internet. Seterusnya, ibu bapa perlu memasukkan perisian penapisan kandungan Internet malah memantau penggunaan Internet oleh anak-anak. 

        Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk mengatasi kesan buruk penggunaan Internet agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                     (118 patah perkataan)

P    -
S    -
T    -
K    -

I    -
B    -

K
    -



Pemaham Petikan Umum

(i)    Rangkai kata tersebut bermaksud menjejaskan cara hidup seseorang. 

(ii)    Antara faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber termasuklah tarikan  Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Selain itu, kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Faktornya juga 
 termasuklah sesetengah ibu bapa yang buta internet tidak mengetahui kebaikan dan      keburukannya menyebabakan remaja memanipulasi situasi tersebut untuk mengunjungi kafe siber.  


(iii)    Pada pendapat saya, pihak kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah agensi khas yang memantau laman sesawang yang dilayari oleh remaja dalam usaha menangani jenayah siber. Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan mengehadkan masa operasi kafe siber. Pihak kerajaan juga seharusnya menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber secara tegas tanpa bertolak ansur. Seperkara lagi, pihak kerajaan melalui Kemeterian Pendidikan hendaklah mengadakan kempen kesedaran dalam peringkat sekolah untuk menyedari para remaja tentang  kepentingan penggunaan Internet yang baik. 

1 comment: