PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN
1. Identiti nasional rakyat Malaysia hendaklah kekal terserlah melalui
pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus
globalisasi.
2. Remaja
seharusnya berpengetahuan, berdaya saing, berintegriti dan memiliki kekuatan
moral.
3. Tema Rancangan Malaysia Kesembilan ialah
Membina Tamadun Menjulang Martabat Bangsa.
4. Internet
menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak kebaikan tetapi juga
berisi kotoran dan najis. Hari ini
maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan.
5.Globalisasi
sedang melanda kita. Dunia semakin hilang sempadannya. Dasar langit terbuka
yang kita amalkan mengundang pellbagai
ancaman.
6.Modal insan
merupakan tunggak program pembangunan negara dan agen perubahan dalam
masyarakat. Mereka juga ialah jurubina umat, pembangunan generasi dan
penyumbang kegemilangan negara.
7.Kita
memerlukan generasi terpelajar yang disebut sebagai pekerja ilmu atau knowledge
wokers, iaitu golongan terdidik yang bukan sahaja menguasai ilmu dan
berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi, malahan memiliki dan mengamalkan sikap dan nilai-nilai positif untuk
memajukan diri serta memakmurkan negara.
8.Sejarah telah
membuktikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan dan
generasi yang berkualiti berupaya membuat lonjakan pantas memajukan masyarakat
dan negaranya.
9.Menurut tokoh ilmuan; Hukamak iaitu Barang
siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya seumpama lampu yang
kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.
10.Sesungguhnya
pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha
terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang.
Disediakan oleh: Muin Mohsein
11. Kegigihan
merupakan garis pemisah antara yang berjaya dengan gagal, antara yang mulia
dengan hina, dan antara yang kaya dengan miskin.
12. Cabaran itu
kehidipan dan kehidupan itu cabaran.
13. Keberanian
ialah keimanan yang sedang beraksi.
14.keberanian
merupakan bala tentera yang mengawal
kita daripada ditakluki, dihina dan diperhambakan.
15. Hidup
bercerminkan bangkai.
16.Tiada
sesiapa yang dapat mengenal antara si
berani dengan si pengecut sehingga munculnya ujian dalam hidupnya
17.Ada enam
ketakutan pada manusia iaitu takut miskin, takut tua, takut dikritik, takut
hilang kasih sayang, takut sakit dan takut menghadapi maut.
18.Dunia tidak
menyediakan jaminan untuk berjaya tetapi menawarkan peluang untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment