CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN
1. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan
umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.
2. Matlamat
hidup perlu disusuli dengan usaha dan doa supaya tercapai.
3. Gantungkan
azam dan semangat setinggi bintang di langit tetapi rendahkan hati serendah
mutiara di lautan.
4. Rahsia
kejayaan ialah kita perlu mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu.
5. Hidup ini
tidak selalu indah tetapi perkara yang indah tetap hidup dalam kenangan.
6. Jika kita
kehilangan segala-galanya; jangan lupa kita masih ada masa depan.
7. Orang yang
bertangguh bermakna memilih kegagalan.
8. Ubahlah
hidup kita hari ini juga. Jangan
perjudikan masa depan. Bertindaklah sekarang tanpa bertangguh lagi.
Diadaptasi
daripada hasil: Ms Ang Chia Yee
Ting 5 Sains 1 SMK
Tun Sharifah Rodziah, Alor Star (Pusat
Tuisyen Yeap)
9. Cita-cita
memerlukan perjuangan; perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan
memerlukan ketabahan.
1.
Pembangunan lahiriah
perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat
madani.
2.
Adakah ini harga yang
perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?
3.
Mengapakah senario
yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung
atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!
13. Anak-anak ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul.
14. Tidak ada
gunanya kita berjaya dalam pelbagai bidang atau mendabik dada bahawa kita maju
dan hebat kalau rakyat kita tidak berbudi bahasa.
No comments:
Post a Comment