Sunday, 29 September 2013

KARANGAN FOKUS PMR 2013

KEPENTINGAN REMAJA MENYERTAI KEGIATAN SUKARELAWAN
PENDAHULUAN: pertubuhan diasaskan oleh bukan badan kerajaan atau NGO / membantu orang yang berada dalam kesusahan./ / tanpa sokongan kewangan dan dana daripada kerajaan tetapi mendapat sumbangan daripada orang awam./ ditubuhkan atas nama kemanusiaan dan insan yang berbakti secara sukarela tidak mengharapkan ganjaran./ membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. / berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya / Namun malangnya, pertubuhan ini kurang diminati oleh golongan remaja walaupun peranannya sangat besar

ISI 1:  dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan./  ilmu tidak diperoleh hanya di bilik kuliah atau di kelas semata-mata./  Ilmu itu luas seperti lautan./ melalui pengalaman dan penglibatan dalam kegiatan kemanusiaan. / Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sering terlibat dalam membantu mangsa dalam bencana alam seperti banjir./  Ahli JPAM amat diperlukan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat / mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan orang lain. / membujur lalu melintang patah / menyediakan bantuan dari segi makanan, selimut dan lain-lain kepada mangsa / pengalaman yang diperoleh tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

ISI 2: mengelakkan daripada terjebak dengan gejala negatif. / Kudrat remaja  diperlukan dalam pertubuhan sukarelawan /. dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. / masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita / dapat membuka minda tentang kehidupan orang yang ditimpa musibah/ melahirkan rasa simpati dan empati / golongan remaja terlibat dengan gejala negatif seperti lumba haram, lepak, vandalisme, ponteng dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat / menghakis moral dan kesantunan remaja /. Alangkah baiknya jika mereka menyertai kegiatan kesukarelawan./. / menjadi contoh kepada rakan sebaya yang lain.

ISI 3: dapat mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai aktivi kesukarelawan / membentuk jati diri dan persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan. / pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara / kebanyakan generasi muda gagal berkomunikasi dengan baik /. Mereka gagal untuk meyakinkan orang lain dan orang lain juga susah untuk memberi sesuatu amanah atau tanggungjawab kepadanya. / terdedah kepada suasana luar yang terarah kepada kehidupan sebenar atau realiti kehidupan / dapat melatih diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain dan dapat membina keyakinan diri. / boleh memimpin sesuatu organisasi atau kumpulan yang ditubuhkan dapat membuat keputusan dengan tepat. / remaja yang berkeyakinan ialah remaja yang boleh memimpin.

PENUTUP: prihatin dan sedia membantu tanpa mengira negara. / misi kemanusiaan yang diterajui tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berkobar-kobar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa bencana./ tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah memerlukan golongan remaja iaitu aset negara untuk menerajui persatuan tersebut / klau bukan remaja siapa lagi?



No comments:

Post a Comment