KOMSAS - CERPEN MEMORI SEORANG TUA
Sinopsis
Pak Itam iaitu bekas .................................
tinggal di sebuah kampung yang
sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Pada pendapat Pak Itam
zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk
menentang penjajah (British) tetapi perjuangan untuk ...........................................................Pada
zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan
beberapa kali ..................................
di dalam penjara akibat ............................
............................................. yang ”cekik darah” terhadap
penduduk tempatan. Ketika
Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti
Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika dia ………………………………………………………………..
Itulah kali terakhir dia menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani
Iman.
.
Pada suatu hari, Pak Itam yang sedang berada di atas ................................... ( tempat dia selalu membaca dan
menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke
jiwa masyarakat kampungnya) memikirkan
persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke - ............ Dia lega kerana
dibantu Tuk Mat Sarjan iaitu seorang .......................................Tuk
Mat amat menghormati Pak Itam sebagai
seorang tokoh pejuang bangsa yang hebat.
Pak Itam bercadang umtuk mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua
kenalannya. Dia ingin berkongsi .................................................................................
....
............................................................................ dalam
majlis tersebut.
Dia akan mempamerkan ...................
daripada isterinya iaitu Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua
orang anak tercintanya sewaktu dia ....................................................
Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan
majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam. Sebenarnya, .......................................................................................
.............................................................................................
........................................................ tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani
Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan
isteri dan anak-anaknya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.
Pada keesokan harinya Pak Itam yang bersemangat telah menyambut tetamu yang
hadir. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan disediakan.
Namun begitu, hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemputnya
seperti .......................................................
..................................................... dan anak isterinya
tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat. Pada pendapatnya orang sekarang mudah lupa akan
jasa dan pengorbanan tokoh seperti Pak Itam yang .....................................................................................
...................................................................................................................
Tuk Mat menggantikan Pak Itam untuk menyambut tetamu bagi memberi ruang kepada
Pak Itam berehat
Pak Itam menuju ke biliknya untuk berehat dan .................................. Tiba-tiba Rokiah (Kiah)
memberitahu Tuk Mat bahawa ....................................................................................................
Suasana menjadi ........................................................................................
Seketika selepas itu masuk seorang ................................
menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk di hujung kakinya sambil meletak .............................................................................
Selepas itu, dia beredar dengan tenang
meninggalkan jenazah Tuk Mat. Tetamu yang hadir tertanya-tanya tentang
kehadiran wanita ........................
itu.
ASPEK-ASPEK
KOMSAS DALAM CERPEN MEMORI SEORANG TUA
KARYA ZAHARI AFFANDI
ITEM
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tema
|
Semangat patriotik iaitu perjuangan mempertahankan tanah air daripada
cengkaman penjajah
|
Pak Itam beria-ria mengadakan majlis sambutan hari jadinya semata-mata
untuk berkongsi kisah perjuangannya mempertahankan tanah air suatu ketika
dahulu sehingga dia keluar masuk penjara dan kehilangan keluarga demi bangsa
dan tanah air
|
Persoalan
|
Persoalan tentang semangat cinta akan tanah air
|
Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada
penjajah.
|
Persoalan tentang tanggungjawab
untuk berkongsi memori hidup dan perjuangan bangsa
|
Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 untuk
berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara kepada
penduudk kampug
|
|
Persoalan tentang mengangkat
maruah bangsa sendiri
|
Perjuangan Pak Itam adalah untuk memanusiakan manusia supaya mereka tahu
menilai hak dan tahu menjaga maruah bangsa
|
|
Persoalan tentang kasih sayag terhadap
keluarga
|
Pak Itam terkenangkan isteri dan anak-anaknya yang sehingga hari
ini dia tidak mengetahui ke mana mereka menghilang
|
|
Persoalan tentang tolong-menolong
untuk meringankan beban
|
Tuk Mat membantu Pak Itam menyiapkan segala kelengkapan sempena majlis
sambutan hari jadi Pak Itam
|
|
Persoalan tentang mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air
|
Pak Itam menjadi sayu apabila tetamu tidak datang. Dia merasakan begitu
cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua sepertinya
|
|
Watak &
perwatakan
Pak Itam
|
Seorang yang patriotik
|
Pak Itam menganggap negara ini patut ditadbir oleh
orang tempatan dan setiap kekayaan negara perlu dikongsi sama rata bukannya
dikaut oleh orang lain
|
Seorang yang bersemangat tinggi
|
Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena
majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman
hidupnya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa
|
|
Seorang yang berani
|
Pak Itam sanggup keluar masuk penjara semata-mata
untuk mempertahankan tanah air dan maruah bangsa
|
|
Seorang yang penyayang
|
Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada
di penjara, tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
|
|
Watak & perwatakan
Tuk Mat
|
Seorang yang suka menolong
|
Tuk Mat membantu Pak Itam dalam menjayakan majlis
sambutan hari jadi Pak Itam sehingga selesai
|
Seorang yang ikhlas
|
Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam dengan
ikhlas dan menolak upah yang diberikan oleh Pak Itam
|
|
Seorang yang prihatin
|
Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang begitu
kecewa apabila tidak ramai yang hadir ke majlisnya
|
|
Latar masa
|
Zaman penjajah
|
Pak Itam keluar masuk penjara kerana
mempertahankan tanah air daripada penjajah
|
Waktu pagi
|
Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh lapan
khemah supaya penduduk Langat dapat menjamu selera
|
|
Tengah hari
|
Budak kontrak akan datang memasang khemah
|
|
Selepas sembahyang asar
|
Pak Itam melihat persiapan akhir majlis sambutan hari jadinya
|
|
Malam
|
Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk melaporkan bahawa segala persiapan
telah selesai dan meminta Pak Itam berehat
|
|
Latar tempat
|
Penjara Singapura
|
Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika dia merinkuk di dala penjara
di Singapura
|
Langat
|
Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya datang ke majlis sambutan hari
jadinya
|
|
Rumah Pak Itam
|
Majlis sambutan hari jadi Pak Itam doadakan di pekarangan rumahnya
|
|
Latar
masyarakat
|
Masyarakat pejuang yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajah
|
Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya semata-mata berjuang
mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah
|
Masyarakat yang rajin membantu
|
Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat persiapan sempena majlis sambutan
hari jadi Pak Itam yang ke-85
|
|
Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara
|
Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat tidak hadir dalam majlis sambutan
hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam
|
|
Masyarakat yang penyayang
|
Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan iaterinya tetapi dia tetap sayang
dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian
|
|
Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup
|
Pak Itam bersemangat tinggi membuat persiapan menyambut majlis hari
jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara
dan bangsa
|
|
Nilai
|
Tanggungjawab
|
Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan
masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara
|
Bantu-membantu
|
Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak
Itam hingga selesai
|
|
Mengenang jasa
|
Masyarakat sekarang seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak Itam
kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam
|
|
Kasih sayang
|
Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan dua orang anaknya yang
tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang
|
|
Patriotik
|
Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya berjuang untuk bangsa
dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak
|
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang penjajah
|
Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang penjajah dan
mengangkat maruah bangsa
|
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
|
Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan
|
|
Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan
|
Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat persiapan majlis
sambutan hari jadi Pak Itam
|
|
Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara
|
Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air kerana
merekalah kita dapat hidup aman
|
|
Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan
pedoman
|
Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari jadinya dengan
menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya
|
|
Gaya Bahasa
|
Bahasa asing – bahasa Inggeris
|
Hot, vision, Happy birthday to you
|
Sinkof
|
Sudahlah pak, hari dah nak masuk zuhur, pergilah berehat
|
|
Pepatah
|
Kebersihan sebahagian daripada iman
|
|
Simile
|
Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu
|
|
Personifikasi
|
Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan
|
Plot
Binaan Plot
(i) Permulaan
Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk
penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu
amat menebal dalam jiwa Pak Itam.
(ii) Perkembangan
Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan
hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut
bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga
turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna
dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan
majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan
beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.
(iii) Klimaks
Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai
yang hadir membaca surah Yasin untuknya.
(iv) Peleraian
Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya
membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya
Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.
No comments:
Post a Comment