Tuesday, 24 September 2013

KOMSAS FOKUS SPM 2013

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN



Sinopsis
            Cerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan, bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang. Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu. Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun. Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniai sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Kepahlawanan menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu
Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas







Persoalan
Persoalan keberanian menegakkan keadilan
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman.
Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan
Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara
Persoalan bersedia memberikan bantuan jika diperlukan
Opu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta kerajaan
Persoalan muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan
Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan





Nilai
Muafakat/kerjasama
Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah
Keberanian
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil
Tolong-menolong
Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing
Menunai janji
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau






Pengajaran
Kita hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat diringankan
Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri.
Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat
Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau.







WATAK
PERWATAKAN
Opu Daeng Menambun
Mempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
Dilantik menjadi raja di Mempawah
Daeng Perani
Saudara yang tertua daripada lima bersaudara
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
Daeng Kemasi
Beristerikan anak Raja Mempawah
Dilantik menjadi raja di Sambas
Daeng Chelak
Dilantik menjadi raja di Riau
Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng Merewah
Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung




LATAR MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Tujuh hari tujuh malam
Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun
Hari Jumaat
Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar
Lapan hari
Peperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya


LATAR TEMPAT
Riau
Opu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak
Siak
Peperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak
Negeri Matan
Tempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat istana
Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja
Masyarakat yang suka membantu
Opu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan
Masyarakat yang berani
Opu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh


 GAMBARAN PENGARUH OPU DAENG MENAMBUN LIMA BERSAUDARA


2 comments:

  1. hi, komsas focus SPM yang awak post di sini ialah tajuk penting untuk SPM?? thanks

    ReplyDelete