NOTA
RINGKAS PROSA TRADISIONAL:
Prosa Tradisional
|
Sinopsis
|
Tema / Persoalan
|
Nilai
|
Pelayaran
yang Penuh Peristiwa
|
Pelayaran Awang Sulung Merah Muda
bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung Merah Muda telah
menyamar sebagai budak yang comot dan hitam. Pelayaran Awang Sulung Merah
Muda dipandang hina oleh Nakhoda Tua. Pelbagai peristiwa dialami oleh mereka
tetapi Pelayaran Awang Sulung Merah Muda dapat membantu menyelamatkan
keadaan.
|
·
Pelayaran Awang Sulung Merah Muda mengiringi Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa pulang ke Tanah Jawa
·
Penyamaran Awang Sulung Merah Muda
·
Perkahwinan Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa
·
Keharmonian dan kesejahteraan rakyat
·
Sikap masyarakat dahulu yang suka bersabung ayam
|
·
Hormat-menghormati
·
Setia
·
Berani
·
Menepati janji
·
Kasih sayang
|
Merah
Silu
|
Mengisahkan kehidupan Merah Silu
sejak lahir sehingga menjadi raja di Rimba Jerun. Pelbagai peristiwa dialami
oleh Merah Silu seperti kematian ibu bapa. Terdapat juga unsur mitos seperti
pembukaan negeri. Ketika Merah Silu sampai di Rimba Jerun, Megat Iskandar
membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan dilantik menjadi raja. Pelantikan
tersebut menimbulkan kemarahan Sultan Maliku’l-Nasar. Beberapa peperangan berlaku tetapi akhirnya Merah
Silu dilantik sebagai raja yang sah.
|
·
Kehidupan Merah Silu dan sejarah pelantikannya sebagai
raja di Rimba Jerun
·
Kehilangan Puteri Betong
·
Tindakan raja yang zalim menjatuhkan hukuman tanpa usul
periksa
·
Peperangan antara dua orang raja yang bersaudara
·
Peristiwa aneh semasa pembukaan sebuah negeri
|
·
Kasih sayang
·
Nasihat-menasihati
·
Bijaksana
·
Berani
·
Muafakat
|
Hikayat
Indera Nata
|
Memaparkan kehebatan anak-anak raja.
Cerita ini disampaikan dalam bentuk puisi dan prosa. Indera Nata berkebolehan
bercakap dengan binatang. Sewaktu Indera Nata mendaki bukit, dia melihat
sebuah mahligai yang didiami oleh tujuh orang puteri.
|
·
Keberanian dan kehebatan
·
Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan
masalah
·
Membantu orang yang mengalami kesusahan
|
·
Kasih sayang
·
Bijaksana
·
Rasional
·
Berani
·
Bantu-membantu
|
Hikayat
Khoja Maimun
|
Kepentingan nilai etika yang harus
diutamakan oleh golongan wanita. Watak burung bayan digunakan untuk
menyampaikan kritikan dan nasihat kepada golongan wanita yang perlu menjaga
maruah mereka apabila ditinggalkan oleh suami.
|
·
Wanita perlu menjaga kehormatan diri dengan menghindari perkara yang dapat
menimbulkan maksiat
·
Kerukunan rumah tangga yang berlandaskan prinsip kasih
sayang dan saling mempercayai
·
Sikap tamak akan harta benda dan menginginkan kekayaan yang melampau
·
Kejahatan dibals dengan kebaikan
·
Sikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan disukai orang
lain
|
·
Nasihat-menasihati
·
Kasih sayang
·
Bijaksana
·
Amanah
·
Ikhlas
·
Insaf
|
Nota
& Latihan Prosa Tradisional - Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Sinopsis
Awang
Sulung Merah Muda belayar bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awing Sulung telah menyamar sebagai budak yang comot dan hitam menyebabkan
Awang Sulung dipandang hina oleh Nakhoda
Tua. Setelah Awang Sulung
menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi geliung
(sejenis kapal perang/kapal
layar/kapal dagang) maka Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati.
Awang Sulung
mengarahkan kapal belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga
hari belayar, mereka sampai di Pulau Tapai. Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung
berlabuh untuk mengambil kayu dan air
yang telah kehabisan. Kemudian, Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa berfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung, lalu
menyuruh Si Kembang Cina mengambil buyung suasa dan meminta Awang Sulung
mengambilkan air. Awang Sulung tidak pergi ke pulau tetapi
berkayuh deras ke tengah laut, tempat arus paling deras. Apabila dirasa, air masin yang diambil Awang
Sulung terasa manis seperti serbat.
Tuanku
Nakhoda Tua memanggil semua anak geliung untuk memberitahu bahawa Laut Sekona
Lingga merupakan kawasan lanun
berbahaya. Sesiapa yang dapat
menyelamatkan seisi kapal itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Ramai yang bercita-cita
memperisteri Tuan Puteri, terutamanya jurumudi. Tuanku Nakhoda Tua meminta Tuan Puteri
memanggil budak hitam (Awang Sulung) untuk disuruh melawan lanun di laut. Setelah dipujuk, Awang Sulung pun mandi
dengan limau selimpar pagar dan sabun mandi.
Tubuhnya yang hitam menjadi putih
dan Tuan Puteri semakin terpikat. Sesudah lengkap berpakaian pusaka tua warisan
bonda, dia mengenakan keris dan pedang yang sakti lalu berjumpa ketua lanun. Awang Sulung menyuruh ketua lanun Si Helang
Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara untuk mengambil Tuan Puteri
supaya dijadikan penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakang
mereka. Mereka mengenali suara Awag
Sulung lalu berasa takut. Awang Sulung memberitahu ketua-ketua lanun
bahawa pelayarannya kerana menemani
Tuan Puteri pulang ke negerinya.
Tambahan pula, Awang Sulung berhutang dua puluh lapan rial dan emas
sejangka tiga kepada Datuk Batin Alam.
Ketua-ketua lanun mengatakan akan memenuhkan kapal itu dengan rial batu
dan emas.
Tuan
Puteri menafikan bahawa Awang Sulung sebagai tawanannya tetapi sebagai seorang
pahlawan yang handal. Awang Sulung
menyatakan bahawa dia telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak
merampasnya daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung memberitahu hendak pulang ke
negerinya, Bandar Mengkalih menyebabkan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terkejut lalu pengsan. Awang Sulung pun berpantun dan apabila
tersedar, Tuan Puteri berpantun juga dengan pantun kasih sayang. Setelah lanun-lanun yang dijamu pergi,
jurumudi membuat helah dengan menikam seekor
ayam dengan kerisnya. Dengan
keris berlumuran darah, jurumudi memberitahu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah
yang menyelamatkan kapal itu
daripada serangan lanun. Tanpa usul periksa, Tuanku Nakhoda Tua
menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan anaknya dengan jurumudi. Tuan Puteri membantah kerana Tuanku Bertindak tanpa menyiasat. Akhirnya,
Awang Sulung pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Setelah kenduri beberapa hari, kapal itu pun
belayar meninggalkan Laut Pulau Salah Nama menuju ke Tanah Jawa. Setelah Awang Sulung dan Tuan Puteri
berbalas-balas pantun dengan menyindir jurumudi, sampailah kapal itu ke Negeri
Pati Talak Terengganu. Semasa berangkat,
berlaku peristiwa aneh. Segala alat
kebesaran berbunyi sendiri
dan disambut oleh seluruh isi alam.
Sebelum naik ke balairung seri, ayam Awang Sulung Merah Muda yang
bernama Kinantan Suci telah menang berlaga dengan ayam negeri itu.
Tema
Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.
Persoalan
1. Persoalan tentang serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.
Persoalan
1. Persoalan tentang serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
2.
Persoalan tentang dugaan semasa pelayaran
3.
Persoalan tentang sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan
bangsawan.
4. Persoalan
tentang sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati.- Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak
melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
5.
Persoalan tentang bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu
berita itu benar atau palsu.
Watak dan Perwatakan
Awang Sulung Merah Muda
1.
Awang Sulung ialah anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut
dan cucu kepada Si Helang Mawai.
2.
Awang Sulung menyamar sebagai budak hitam yang comot dan
hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.
Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan
dan kesaktian yang dimilikinya.
4.
Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
5.
Awang Sulung memiliki keras dan pedang sakti.
6.
Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian. Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora,
tidak perlu memegang kemudi semasa belayar, menukarkan air masin kepada air
manis, dan sebagainya.
7.
Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.
8.
Awang Sulung pandai berpantun.
9.
Awang Sulung suka bersabung ayam.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
1.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku
Nakhoda Tua.
2.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang
Sulung.
3.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu mengikut perasaan
dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar
Mengkalih.
4.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tegas dalam menegakkan
kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu
daya jurumudi.
Si Kembang Cina
1.
Si Kembang Cina orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.
2.
Si Kembang Cina taat akan perintah Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa.
3.
Si Kembang Cina pandai memujuk Awang Sulung.
4.
Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk
menganiayai Awamg Sulung.
Tuanku Nakhoda Tua
1.
Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa.
2.
Tuanku Nakhoda Tua mudah percaya akan percakapan orang.
3.
Tuanku Nakhoda Tua kesal akan kesilapannya yang memandang
rendah terhadap Awang Sulung.
4.
Tuanku Nakhoda Tua menepati janji, iaitu mengahwinkan
sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puterinya.
Jurumudi
1.
Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa dialah yang
menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan Puteri Dayang Seri Nuramah dan
serangan lanun.
2.
Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa.
3.
Jurumudi berasa iri hati terhadap Awang Sulung yang
mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4.
Jurumudi pengecut apabila lari lintang-pukang
menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.
Latar Tempat
1. Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Di Pulau Tapai
3. Di Pulau Salah Nama
4. Di Negeri Pati Talak Terengganu
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bangsawan.
2. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bawahan yang bekerja untuk raja. - anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Masyarakat yang taat kepada pemerintah.
4. Masyarakat lanun yang suka merompak.
5. Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
6. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.
Nilai Murni
1. Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
2. Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
3. Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
1. Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Di Pulau Tapai
3. Di Pulau Salah Nama
4. Di Negeri Pati Talak Terengganu
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bangsawan.
2. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bawahan yang bekerja untuk raja. - anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Masyarakat yang taat kepada pemerintah.
4. Masyarakat lanun yang suka merompak.
5. Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
6. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.
Nilai Murni
1. Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
2. Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
3. Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
Pengajaran
1. Kita hendaklah
sentiasa merendah diri di mana-mana saja kita berada supaya kita akan dihormati
2. Kita hendaklah berani
menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat
3. Kita hendaklah bijak
agar dapat menyelesaikan suatu masalah yang timbul
4. Kita hendaklah
bersedia memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan
5. Kita hendaklah berani
mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa
hadapan.
LATIHAN 1:
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Mendengar
suara itu lanun-lanun itu mulai gementar.Mereka kenal itulah suara Awang Sulung.
“Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita
sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak
tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka
beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan
pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua
puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang
beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun
Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku
hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini
penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan
sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada patik? Sebenarnya
dagang yang hina inilah menjadi tawanannya.Dia seorang pahlawan yang handal.”
(Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
( I ) Berikan maksud berhutang
rial. [2 markah] - meminjam wang/duit
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………
( ii) Mengapakah Awang Sulung tidak memberitahu
lanun-lanun itu tentang pelayarannya? [3 markah] - sedang menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk
balik ke negerinya /berhutang sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
/ berhutang
untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
(iii) Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apakah yang akan anda
lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah penghulu kepada lanun-lanun yang
menyerang geliung panjangnya? [ 3 markah] - Meminta
Awang Sulung terus mengemudi dan menemami saya hingga sampai ke negeri saya / Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun
tersebut tidak mengganggu
perjalanan saya pada bila-bila masa / Melantik Awang Sulung sebagai ketua jurumudi kapal saya / Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun
mengiringi dan melindungi pelayaran saya hingga sampai ke negeri saya. / Mengadakan perjanjian kerjasama dengan
lanun-lanun untuk menjaga perairan
negeri saya. / Mengadakan
perjanjian kerjasama dengan lanun-lanun untuk melindungi kapal-kapal yang berurusan dengan negeri saya.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
Tandatangan Guru: ……………………………….. Tarikh: ………………………………..
Nota
& Latihan Prosa Tradisional - Merah
Silu

SINOPSIS
Setelah berkahwin Merah
Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan dua orang anak lelaki bernama
Merah Silau dan Merah Hasum. Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya
mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau
terpandang semasa isterinya sedang menyikat rambut.
Merah Gajah hendak
mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah
mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sebaik
darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.Berita Puteri Bentong diketahui
ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah
Gajah diketahui oleh ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan
antara kedua kerajaan mereka.Kedua-duanya meninggal dunia. Merah Silu dan Merah
Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan
membuka perkampungan di sana. Suatu hari ketika Merah Silu bermain di sungai,
beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat bubu untuknya.
Setelah bubu ditahan dan
diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu
mengambil keputusan merebus cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu
bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
Suatu hari Merah Silu
mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan
berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri
itu jika tidak mengikut katanya.Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan
membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ
meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman
penduduk.Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu
Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon
kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.Merah Silu gemar menyabung
ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada
penonton juga diberikan seekor kerbau.
Megat Iskandar bercadang
menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak
bersetuju. Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘
1-Nasar ke Rimba Jerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke
Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda
berundur ke rimba.Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
Merah Silu memerangi lagi
Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan
Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu menamakan tempat itu Kubu.Sultan
Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat.Berita tentang Sultan Maliku di
ketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehinnga kalah.Seorang
Hulubalang Sultan Maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke Barus dan ditangkap
oleh raja Barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja
di Rimba Jerun.
TEMA - Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.
PERSOALAN
1.
Persoalan tentang perselisihan faham sesama
adik-beradik
2.
Persoalan tentang peperangan dan permusuhan
antara dua buah Negara
3.
Persoalan tentang perkara yang berlaku di
luar logik akal
4.
Persoalan tentang keberanian anak raja yang
merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan.
5.
Persoalan tentang sikap raja yang gemar
berjudi
6.
Persoalan tentang peperangan sebagai cara
untuk meluaskan jajahan
WATAK
Merah Silu -
Anak
pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong./ Adindanya bernama Merah Hasum. / menjadi yatim piatu sejak
kecil.berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeri selepas
kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal dunia dalam
peperangan / menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi
bubunya bertukar menjadi emas dan perak./ gemar menangkap kerbau
liar dan menyabung ayam. / kerap menang dalam beberapa siri
peperangan / bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiap orang
yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung. / ditabalkan sebagai
raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.
Merah Hasum
- Adinda
kepada Merah Silu./ Setelah
kematian ibu bapa, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantau mencari
petempatan baru./ tidak suka akan sikap
Merah Silu yang gemar menangkap kerbau./ tidak menghormati kakandanya
kerana sanggup mengusir kakandanya hanya kerana tidak sefahaman.
Merah Gajah
- ayahanda
kepada Merah Silu dan Merah Hasum./ suami Puteri Betong./ tidak mendengar kataapabila mencabut rambut
keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu
menyebabkan isterinya mangkat. / dibunuh oleh ayahanda mentuanya,
Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut
emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.
Puteri
Betong - anakanda Raja Muhammad./ bonda Merah Silu dan Merah Hasum./ isteri
Merah Gajah. / mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah
kepalanya./ meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh Merah
Gajah.
Megat
Iskandar - saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar. / seorang
yang pengasih dan baik hati aspabila sanggup menerima Merah Silu yang tiada
tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang
PLOT - Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini
dijalin secara kronologi.
Pada bahagian
pengenalan atau eksposisi,
diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan
dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong
mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah. Peristiwa itu
telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga mencetuskan peperangan antara dua
buah negara.
Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah
Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah
porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah
Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar
menjadi emas setelah direbus.
Pada bahagian perumitan,
Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya
yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau
hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat
mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu. Namun,
cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.
Plot mencapai
kemuncak atau klimaks apabila
Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu
setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke
beberapa tempat.
Pada bahagian
peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar
kalah dalam peperangan tersebut.Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya
diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah Silu ditabalkan secara rasmi
sebagai Raja Rimba Jerun.
LATAR
Latar Tempat
1.
Semerlanga. - Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar
merantau.
2.
Beruana.- Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.
3.
Kerbau Kampung. - Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.
4.
hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang.- Tempat persinggahan Merah
Silu ketika dalam perjalanan selepas
mengambil keputusan keluar dari tempat Merah Hasum.
5.
Buluh Telang. - Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.
6.
Benua, di Pertama Terjun, di Gunung
Telawas, dan di Kumat. - Sultan Maliku'l-Nasar
melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.
7.
Rimba Jerun.- Merah Silu ditabalkan
menjadi raja oleh Megat Iskandar.
Latar Masa - Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu
hingga Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah
terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga
menyebabkan kematiannya. / Merah
Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.
Latar
Masyarakat
1.
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.- MerahSilu
telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.
2.
Masyarakat bangsawan yang gemar berperang - Raja Muhammad dan
Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.
3.
Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru - Merah
Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan
baru bernama Beruana.
4.
Masyarakat yang percaya kepada mitos - Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang
memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang
itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.
5.
Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.- Merah Silu
suka menangkap kerbau liar dan bersabung
ayam.
6.
Masyarakat yang menghormati keturunan raja.- Megat Iskandar amat
menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang
tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.
NILAI MURNI
1.
Nilai taat setia - Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Sebagai
contoh, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.
2.
Nilai murah hati.- Kita haruslah bermurah hati
kepada orang lain seandainya berkemampuan. Sebagai contoh, Merah Silu
menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang
yang datang menonton.
3.
Nilai berdikari. - Sikap berdikari dapat
mematangkan diri agar tabah dengan cabaran hidup. Sebagai contoh, Merah Silu
mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.
4.
Nilai keberanian. - Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Sebagai
contoh, Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.
5.
Nilai baik hati. - Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang
memerlukan. Sebagai contoh, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu
dengantangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang
PENGAJARAN
1.
Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang
lain.
2.
Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan
bukannya melalui peperangan.
3.
Kita janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan juga
merupakan makhluk Tuhan yang bernyawa.
4.
Kita hendaklah berani menentang musuh.
5.
Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada
orang yang lebih muda.
6.
Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain
dengan sebaik mungkin.
LATIHAN 2:
Baca
petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya.
Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.
Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”
(Dipetik daripada prosa tradisional ”Merah Silu” Ismail Ahmad, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 53)
(i) Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu terhadap cacing gelang-gelang itu? [2 markah] - tidak membuang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya buat kali ke-3. / menganggap itu kurnia Allah / memasukkan cacing gelang-gelang itu ke dalam kawah lalu direbusnya./ menjadi emas dan buihnya menjadi perak
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
(ii) Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal. [3 markah]- selain mendapat cacing gelang-gelang yang direbus menjadi emas dan buihnya menjadi perak, Merah Silu juga memiliki kerbau yang banyak./ Di Buluh Telang, Merah Silu mengadakan perlawanan sabung ayam dan mendapat sambutan daripada juara sabung ayam./ Setiap orang yang kalah dan penonton akan diberi seekor kerbau./ dikasihi oleh rakyat Megat Iskandar dan Megat Kedah kasih akan Merah Silu. / Akhirnya, Merah Silu dirajakan di Rimba Jerun.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
iii. Jelaskan tempat dan sebab Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebelum dirajakan di Rimba Jerun. [3 markah] - setelah kematian bapanya Merah Gajah yang dibunuh oleh mentuanya, Raja Muhammad lalu Merah Silu pergi ke Beruana./ dikatakan bermain dengan kerbau yang dianggap sebagai haiwan yang tidak berguna dan menimbulkan kemarahan orang kampung, Merah Silu diberi pilihan oleh adiknya, Merah Hasum agar meninggalkan tempat itu jikalau tidak mahu mendengar nasihatnya./ berpindah ke Buluh Telang. / Setelah memerangi Sultan Maliku’l- Nasar, Merah Silu pergi ke Pertama Terjun, kemudian ke Gunung Tawas, ke Pekersang dan ke Kumat. / memerangi Tuanku Maliku’l-Nasar di Kumat dan akhirnya menjadi raja di Rimba Jerun.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
Tandatangan Guru: ……………………………….. Tarikh:
Nota & Latihan Prosa
Tradisional - Hikayat Indera Nata

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA
ITEM
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tema
|
Pengembaraan
anak raja yang menempuh pelbagai cabaran demi melaksanakan tugas raja
|
Indera
Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan emas atas perintah
ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh Indera Nata
seperti menemui binatang buas, mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh
puteri dan mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya
|
Persoalan
|
Persoalan
tentang keberanian anak raja menempuh cabaran
|
Indera
Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang buas dapat
ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang
buas
|
Persoalan
tentang kehebatan dan kesaktian anak raja/ bangsawan
|
Indera
Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat bercakap dengan binatang-binatang
buas itu
|
|
Persoalan
tentang patuh pada arahan raja
|
Inderanata
patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
|
|
Persoalan
tentang kebijaksanaan untuk mendapat sesuatu yang dihajati
|
Tuan
Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka besar, mereka
mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka cepat
membesar
|
|
Persoalan
tentang tipu muslihat untuk menyelamatkan diri
|
Indera
Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa mencari kijang emas
dengan menunggang gajah serta membawa segala peralatan yang terdapat di
mahligai bersamanya
|
|
Persoalan
tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
|
Bonda
Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya tidak senang
sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana sangat teringatkan
anaknya.
|
|
Watak
& perwatakan
Indera
Nata
|
Seorang
yang berani
|
Indera
Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang Indera Jenaka
|
Seorang
yang patuh pada arahan
|
Indera
Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya mencari gajah
bergadingkan emas
|
|
Seorang yang bijaksana
|
Indera
Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah bergadingkan emas dan
melarikan tujuh puteri ke Rom
|
|
Seorang
yang baik hati
|
Indera
Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa raksasa dengan
membawanya pulang ke Rom
|
|
Watak &
perwatakan
Tuan Puteri
Cendana Kesuma
|
Seorang
yang petah berkata-kata
|
Tuan
Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera Nata dan juga boleh
berpantun
|
Seorang yang bijaksana
|
Tuan
Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya
hatinya cepat membesar
|
|
Seorang yang penyayang
|
Tuan
Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya
|
|
Latar masa
|
7
hari 7 malam
|
Perjalanan
Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
|
Waktu
siang
|
Merah
Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
|
|
Waktu
pagi
|
Raksasa
keluar mencari kijang putih bertanduk emas
|
|
Waktu
petang
|
Raksasa
tidur
|
|
Waktu
tengah malam
|
Indera
Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
|
|
Latar tempat
|
Negeri
Rom (rumah Si batu Kembar)
|
Indera
Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera Nata yang sangat berani
dan menyelamatkannya daripada dimakan binatang buas
|
Sebuah
bukit tinggi
|
Tempat tinggal
sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama
tujuh orang puteri yang ditawannya
|
|
Sebuah
peti emas
|
Indera
Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas supaya tidak diketahui
oleh raksasa
|
|
Rumah
bonda Indera Nata
|
Indera
Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang mengembara bersama-sama dengan
gajah bergadingkan emas dan tujuh orang puteri
|
|
Latar
masyarakat
|
Masyarakat
bangsawan
|
Diwakili
oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati dan
Tuan Puteri Cendera Kesuma
|
Masyarakat
yang berani
|
Indera
Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
|
|
Masyarakat
yang patuh pada arahan
|
Indera
Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
|
|
Masyarakat
yang suka membantu
|
Indera
Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan oleh binatang buas
|
|
Masyarakat
yang bijaksana
|
Indera
Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga dapat melepaskan
diri
|
|
Nilai
|
Taat
setia
|
Indera
Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
|
Baik
hati
|
Indera
Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan raksasa
|
|
Keberanian
|
Indera
Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
|
|
Bijaksana
|
Indera
Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat
melepaskan diri
|
|
Kasih
sayang
|
Bonda
Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan Indera Nata yang
mengembara mencari gajah bergadingkan emas
|
|
Pengajaran
|
Kita
hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan
|
Indera
Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
daripada dimakan binatang buas
|
Kita
hendaklah taat pada perintah raja walaupun pekerjaan itu sukar
|
Indera
Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
|
|
Kita
hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan supaya beban mereka dapat
diringankan
|
Indera
Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan kepada
raksasa
|
|
Kita
hendaklah bijak menyelesaikan masalah agar matlamat dapat dicapai
|
Indera
Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat
melepaskan diri daripada menjadi tawanan raksasa
|
|
Kita
hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang
dihadapi
|
Indera
Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamaynya untuk
mencari gajah bergadingkan emas
|
|
Gaya Bahasa
|
Bahasa
klasik
|
Sebermula,
hatta
|
Bahasa
Istana
|
Tuanku,
kakanda, anakanda
|
|
Puisi
tradisional - pantun
|
Ikan
pari bertelur beribu
Bertelur
sejengkal juga
Hujan
arah ke langit biru
Tawakalku
dapat juga
|
|
Simile
|
Maka ia
mendengar bunyi seperti ribut
|
|
Hiperbola
|
Gajah
bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas
|
LATIHAN 3:
Baca
petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan maka baginda pun bertanya, "Hai
Indera Jenaka, manatah Si Piatu itu sekarang ini?"
Maka sembah Indera Jenaka itu, "Ya
tuanku, adapun Si Piatu itu bukankah akan namanya benar dan namanya yang benar
Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya
Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan
dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam.
Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu
dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi
bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba
dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun terlalu sekali hairan
melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala binatang itu
adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hambapun
terlalu takut melihat kelakuannya itu.
Hatta maka raja pun hairan mendengar
ceteranya Indera Nata itu, "Wah, anak siapakah gerangan itu maka
terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!"
(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat
Indera Nata dalam antologi Harga Remaja)
(i) Berikan maksud mergastua yang buas-buas [2
markah] - binatang yang ganas-ganas
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
(ii)
Apakah
keistimewaan-keistimewaan Indera Nata? [3 markah ] - boleh menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya / berani berhadapan dengan binatang yang buas serta dapat bercakap
dengan binatang./ mampu melindungi
diri daripada dimakan oleh binatang buas.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
(iii)
Sekiranya anda raja, apakah yang
akan anda lakukan untuk memastikan Indera Nata berkhidmat dengan kerajaan anda?
[3 markah ]- memberikan
hadiah-hadiah yang lumayan kepada Indera Nata supaya dia mahu
berkhidmat dengan kerajaan saya. / akan menawarkan jawatan yang tinggi iaitu
melantiknya sebagai pembesar negeri./ menyediakan kemudahan tempat tinggal yang
lengkap dan mewah untuk Indera Nata./ akan memperiterikan
Indera Nata dengan puteri saya.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
Tandatangan Guru: ……………………………….. Tarikh:
Nota & Latihan Prosa Tradisional -
Hikayat Khoja Maimun

Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari
negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu
hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung
Bayan jantan dengan harga seribu
dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya,
dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada
menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut
membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan
meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab
berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak
raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin
berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung
melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan
dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas
menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada
Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cerita Pertama
Cerita Pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar.
Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah
membocorkan rahsia bahawa dia telah bermukah / berzina dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan
menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan
isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati Isteri saudagar memberitahu
suaminya bahawa bayan telah mati akibat
dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar
tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh
Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu
bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke
kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh
isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam.
Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke
pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan
isterinya yang membunuh Bayan menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui
anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
siang. Pada hari yang lain Bibi
Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah
bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.
Bab 3: Cerita Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana
Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya
dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat
penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk
melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika
Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan
Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif
inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia
harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara
tersebut, namun dihalang oleh
perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu
sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak.
Cerita itu sekali lagi melalaikan
Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam
berikutnya, Bayan bercerita lagi.
Bab 4 : Cerita Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu
mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal.
Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah
walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cemburu turut
diduakan oleh isterinya.
Akibat terlalu cemburu si suami
sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana
bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami
yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun
kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai
kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu
akan layu dan kain itu akan luntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu
tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya
akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar.
Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan
isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal.
Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar
tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk
menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal
menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita
pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi
Zainab insaf dan sedar bahawa
seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.
Tema
Kebijaksanaan
dalam memberi nasihat. Burung
bayan telah bertindak dengan bijak untuk memelihara kesetiaan dan ketaatan Bibi
Zainab terhadap suaminya. Kalau dia mengikut langkah burung tiung melarang Bibi
Zainab bertemu anak raja, pasti dia juga akan mati. Manakala pendekatan burung
bayan dengan cara bercerita telah menarik perhatian Bibi Zainab untuk dijadikan
pengajaran agar tetap setia kepada suaminya.
Persoalan
- Persoalan tentang tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga
kehormatan dan kesucian diri sewaktu suami keluar mencari rezeki. Isteri
yang baik akan menjaga dirinya supaya tetap setia kepada suaminya,
walaupun suami tiada di rumah.
- Persoalan tentang kebijasanaan bertindak. Khoja Maimun telah
bertindak dengan bijak untuk membeli burung bayan dan burung tiong yang
dapat menjaga dan mengawal isterinya daripada terjerumus ke lembah
maksiat.
- Persoalan tentang suami yang bertanggungjawab. Khoja Maimun
merupakan seorang suami yang bertanggung jawab kerana sanggup keluar jauh
untuk mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan isterinya yang cantik
dalam tempoh yang lama.
Nilai
|
Pengajaran.
|
|
Setiap tindakan yang hendak dilakukan hendak secara bijaksana agar
dapat diterima oleh orang lain tanpa sebarang masalah.
|
|
Untuk menegakkan kebenaran, kita perlu berani
walaupun terpaksa menerima hukuman yang berat.
|
|
Kesetiaan dan kejujuran adalah penting dalam sesuatu perkahwinan.
Jika berlaku curang, sesebuah rumahtangga akan hancur berkecai.
|
|
Kehidupan berumahtangga perlu dipupuk dengan kasih sayang.
|
Watak
Burung
Bayan
- Pandai berkata-kata, dan bercerita.
- Memiliki semangat kesetiaan yang tinggi
kepada tuannya.
- Bertindak secara bijaksana untuk mencapai
maksudnya melarang Bibi Zainab bertemu anak raja.
Bibi Zainab
- Isteri Khoja Maimun yang cantik dan masih
muda.
- Oleh kerana terlalu lama ditinggalkan suami,
beliau berniat untuk berlaku curang, tetapi berjaya dihalang melalui
kebijaksanaan burung bayan.
- Tidak kuat iman dan mudah terpedaya melalui
kedudukan seseorang.
Khoja Maimun
- Suami kepada Bibi Zainab.
- Ahli perniagaan yang ternama.
- Bersifat penyanyang terhadap isterinya.
- Bertindak secara
bijak dengan membeli dua ekor burung untuk menemani isterinya
LATIHAN 4:
Baca
petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
.
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya kepada orang itu, “Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu.”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud darihal harganya
hamba minta bertangguh dahulu? [2 markah]- mengenai nilai
barang, saya mahu beritahu kemudian
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
(ii)
Bayan menceritakan keistimewaan Bayan
kepada Khoja Maimun agar Khoja Maimun membelinya. Nyatakan tiga keistimewaan
Bayan seperti yang dijelaskan Bayan kepada Khoja Maimun.[3 markah] - seluruh alam di bawah
pandangannya / seekor burung yang taat kepada Allah dengan sentiasa memuji akan
kebesaran Allah / Bayan dapat mengetahui
kejadian sepuluh hari mendatang
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
(iii) Bayan sengaja menceritakan kehebatannya kepada Khoja Maimun. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang sanggup menceritakan kebolehannya kepada orang lain? Berikan tiga sebab hal tersebut boleh terjadi. [3 markah]- untuk meyakinkan orang lain akan kehebatannya / dengan harapan diberi tanggungjawab, jawatan atau pangkat yang sesuai / untuk menutup kelemahan yang dimiliki agar tidak disisihkan daripada kumpulan / untuk menarik perhatian kumpulan agar sikap dan kata-katanya sentiasa dipercayai
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
Tandatangan Guru: ……………………………….. Tarikh: