PERSOALAN NOVEL AZFA HANANI
PERSOALAN
MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MENGUKUHKAN
TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
|
Antara
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-
Persoalan tentang ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering
berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal
dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil.
Bahkan juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar
Hanani yang menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada
adiknya Tengku Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar
Hanani akan membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada
kedua arwah orang tuannya.
Persoalan tentang ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan
yang penuh ranjau dan duri. Azfa
Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah
menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa
menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk
Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai
golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba
untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar
sebagai Tengku Murni.
Persoalan tentang keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani,
seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko
menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang
memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya.
Persoalan tentang kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap
ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan
dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan
hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa
Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam
bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan
keluarga Datin Maziah.
Persoalan tentang sikap mementingkan darjat atau pangkat.
Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status
mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di
sekolah pula, rakan-rakan
Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah
kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
Persoalan tentang kasih
sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi
Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya telah
meninggal dunia.
vii) Persoalan tentang memutuskan perhubungan antara dua insan kerana
perbezaan darjat. Tengku
Muzaffar begitu benci kepada Ekran iaitu kawan Tengku Murni dan antara faktor
menyebabkan hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku
Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran
kerana dia pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya.
viii) Persoalan tentang wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik.
Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini
dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan
akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti
orang biasa.
ix) Persoalan tentang Kepentingan tentang sejarah
dalam ketamadunan manusia. Sebagai contoh, Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi, dan
pelajar tahun akhir universiti membuat kajian tentang arkeologi bagi mencari
bahan bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang terdapat di
negara ini.
|
Tuesday, 24 June 2014
PERSOALAN DALAM NOVEL AZFA HANANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment