Pages

Enjin Carian

Tuesday, 24 June 2014

LATIHAN NOVEL AZFA HANANI

Mengenal watak dalam novel Azfa Hanani
1.Watak utama / watak protagonis
a.               Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
b.               Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah cerita.
c.                Watak utama dalam novel ini ialah ……………………………...
2.Watak sampingan
a.               Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita.
b.               Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
c.                Antara watak sampingan dalam novel ini ialah ………………………………....
...............................................................................................................................
…………………………………………………………………………………………….

3.Watak Antagonis.
a.               Watak antagonis sentiasa menimbulkan konflik dengan watak utama.
b.               Watak antagonis dalam novel ini ialah …………….. yang memusuhi Azfa Hanani.

4.Watak Bulat / Watak Bundar.
a.     Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia dalam kehidupan sehari-hari.
b.               Dalam novel ini, ………………….. merupakan watak bundar.
c.      ……………………. memiliki sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Sebagai contoh, dia berasa takut/malu jika tindakannya sering ‘meminjam’ buku-buku rujukan SPM dari perpustakaan akan diketahui orang. Dia juga berasa tersinggung apabila dihina. Tindakan ………………………………….. mencampakkan wang ‘upah’ penyamarannya itu ke atas katil telah menyinggung perasaannya.

5.Watak Pipih.
a.     Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek sifat atau fikirannya.
b.               Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
c.      Antara watak pipih dalam novel ini ialah ……………………………….. yang merupakan saudara dua pupu Tengku Murni dan menolong Azfa Hanani menyesuaikan diri di Sekolah Menengah Taman Sari.

6.Watak Dinamik.
a.     Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-aksi yang berlaku dalam plot.
b.     Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi yang baik atau sebaliknya.
c.        Contoh watak dinamik dalam novel ini ialah …………………………. Dia pada mulanya sering menunjukkan sikap syak wasangka terhadap Azfa Hanani. Dia juga memandang rendah terhadap orang yang kurang berada. Namun akhirnya, dia telah berubah dan insaf atas perbuatannya terhadap Azfa Hanani. Beliau mula berjinak-jinak dengan masjid dan mengikuti pengajian agama di situ. 

7.Watak Statik.
a.     Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau fikiran dari awal hingga ke akhir cerita.
b.               Contoh watak statik dalam novel ini ialah ………………………….


No comments:

Post a Comment