Tuesday 24 June 2014

LATIHAN NOVEL AZFA HANANI

Menganalisis Peristiwa Dalam Novel Azfa Hanani

PERISTIWA NOVEL AZFA HANANI
NILAI
PENGAJARAN
PERSOALAN
LATAR  MASYARAKAT
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa yang boleh mengganggu kesihatannya




Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan  pelajarannya dalam aliran sains di Sekolah Menengah Sri Dian




Tengku Muzaffar yang sombong dan mementingkan darjat tidak dapat menerima hubungan adiknya iaitu Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin.




Tengku Mazran telah bersusah payah mendapatkan rawatan  bagi Zuraini yang akhirnya zuraini dapat berjalan semula.




Azfa Hanani bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya terdiri daripada golongan elit. Dia juga tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Tengku Mazran mahupun Datin Maziah.




Sikap arwah Tengku Murni yang peramah terhadap semua orang membuatkannya disenangi oleh semua rakannya.




Azfa Hanani akur apabila dihalau oleh Datin Maziah setelah penyamarannya sebagai Tengku Murni terbongkar.




Tengku Muzaffar menunaikan janjinya untuk mengajar Azfa Hanani komputer selepas selesai menyiapkan tesisnya




Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah




Azfa hanani bersyukur selepas sepupunya iaitu zuraini dapat berjalan semula selepas mendapat rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.




Tengku Mazran dan Syafinaz  sangat mengambil  berat tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di banglo  ibu mereka, Datin Maziah.




Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di banglo Datin Maziah. Hal ini  kerana Azfa Hanani dapat berasakan  Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di situ.




Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni









No comments:

Post a Comment