Monday 27 July 2015

Drama Berkhidmat untuk Negara oleh Affix Zulkarnaen Adam

Drama Berkhidmat untuk Negara oleh Affix Zulkarnaen Adam

 

Sinopsis - Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Setelah  menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara Aiman mengalami  konflik dalaman kerana dia  tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkann pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan.

 

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopen. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.

 

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan modul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

 

Setelah pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

 

Ketika Aiman melayari Internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN. Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya mampu berdikari, dan seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.



Plot Drama Berkhidmat untuk Negara




plot
 





















Tema -  kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). - PLKN yang dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat integrasi nasional


Watak dan Perwatakan

Watak utama ( Aiman) -   Nama penuhnya AIman Faizullah bin Khir Ghazali./ anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. /berumur 17 tahun / bersifat agresif - menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN. / suka tidur -  tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya. / bersikap biadap dan kurang sopan - menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah / mementingkan kemewahan hidup -  tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas / sedar akan kesilapan dan ingin berubah - Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

Watak Sampingan

1.      Khir Ghazali - Bapa kepada Aiman dan Dapnia. / Suami kepada Masnah. / berpangkat Datuk / gigih bekerja - biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki. / berpengaruh dalam kalangan masyarakat - Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN. / berpendirian tegas -  tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah. / berpandangan jauh - menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman. / bapa yang penyayang - mahu Aiman menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah / bersifat merendah diri - tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.

2.      Masnah - Ibu kepada Dapnia dan Aiman / bergelar Datin. / penyayang - tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbangkan keselamatan anaknya. / sibuk dengan berbagai-bagai urusan - menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya / mengakui kesilapan diri - berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Aiman dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka.

3.      Cikgu Dahari - guru sastera di sekolah Aiman / fasilitator sambilan di Kem PLKN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB  ( Program Penghayatan Sastera dan Budaya) / mudah mesra dan disenangi orang lain - begitu mesra melayani setiap pertanyaan anak-anak muridnya. / berpengetahuan luas tentang pelaksanaan - menerangkan maklumat PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya.

4.      Posmen - berintegriti dalam melaksanakan tugasnya - amanah dalam tugasnya menghantar surat-surat kepada pelanggannya. / suka memberi nasihat -  menasihati Aiman agar berfikir secara mendalam mengenai penolakannya sebagai pelatih PLKN

5.      Nek Sinah - Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali /berhemah tinggi dan berperwatakan lemah lembut - menggunakan Bahasa yang sopan ketika bercakap dengan Aiman. / penyabar - bersabar apabila berhadapan dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya. / penyayang -  mengajak Aiman makan tengah hari dengan menggunakan kata panggilan “nak”. / prihatin -  memasakkan lauk kegemaran Aiman, iaitu ayam masak asam pedas bagi menambat hati Aiman.

Latar

Latar Tempat


1.      Rumah Khir Ghazali. Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepad Aiman sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2.      Sekolah. Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, iaitu Aiman, Nora, Ah Tiau, Sundarani dan Syuhada berkaitan dengan PLKN di sekolah.
3.      Bilik Aiman. Aiman melayari Internet menggunakan komputer riba di biliknya.
4.      Latar tempat lain termasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor; Kem de Bana, Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor; Kem Teluk Sari, Mersing, Johor; Kelab Golf; Universiti; dan Kantin sekolah.

Latar Masa


1.      Cuti hujung minggu. Masa Aiman bersantai di rumah dan melakukan segala perkara yang diinginnkannya pada cuti hujung minggu.
2.      Waktu tengah hari. Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan sepucuk surat kepada Aiman, iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari.

Latihan Pengukuhan:

Pencernaan Unsur KOMSAS Melaui Peristiwa:


1.     Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih PLKN.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:


2.     Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkan Aiman menjadi pelatih baharu PLKN untuk membentuk sahsian anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:

3.     Posmen bermohon diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:

4.     Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:

5.      Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Datin Masnah dan Aiman.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:

6.      Aiman sedar akan sikap negatif dan tanngapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk Negara tercinta.

Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:

7.       Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Nilai:

Persoalan:
Pengajaran:

 

Soalan Pemahaman:

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu Cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
Oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

       i.          Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah?                                                                                                                                   [2 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

      ii.          Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua?                                                       [3 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
     iii.          Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama.                                                                          [4 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan Pemahaman Kendiri:

MASNAH: Apa yang dua beranak ini bicangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja?
KHIR GHAZALI: Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.
MASNAH: Apa masalahnya?
AIMAN: Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.
MASNAH: Hah abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?
KHIR GHAZALI: Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.
MASNAH: Bahayakan nyawa anak kita nanti.
KHIR GHAZALI: Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN. Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di kelab golf.
(Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara” dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
i.                 Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Masnah agar Aiman dikecualikan daripada menyertai PLKN?                                                                                                                 [2 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.                Jelaskan  pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.                             [3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


iii.               Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia berkaitan dengan kelebihan menyertai Program Latihan Khidmat Negara?                                                                                      [4 markah]
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


4 comments:

  1. Di manakah cari latihan jawapan ini

    ReplyDelete
  2. maaf....dilaman mana saya boleh dapat jawapan daripada latihan di atas

    ReplyDelete
  3. boleh hantar jawapan kepada saya ? nurainasri221@gmail.com

    ReplyDelete