Sunday, 14 February 2016

LATIHAN TATABAHASA:

LATIHAN TATABAHASA:
A.Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.      Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

2.      Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3.      Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4.      Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5.      Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudahmembuat  ulang kaji.

6.      Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

B. Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.      Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana  melanggar peraturan sekolah.

2.      Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

3.      Pelajar itu dihadiahi oleh gurunya sebatang pen setelah berjaya  memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaannya.

4.      Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.

5.      Alat  itu dijualnya dengan harga yang tinggi.


6.      Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

No comments:

Post a Comment