GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
Kalung Bunga Za’ba, 2008 , Dewan Bahasa dan Pustaka
Maksud Gurindam GURINDAM
BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Rangkap 1
|
Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik
terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
|
Rangkap 2
|
Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
|
Rangkap 3
|
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan
hidup masyarakat.
|
Rangkap 4
|
Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang
sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.
|
Rangkap 5
|
Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
|
Rangkap 6
|
Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara
itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
|
Rangkap 7
|
Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang
sesuai untuk diamalkan.
|
Rangkap 8
|
Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut
ilmu.
|
Rangkap 9
|
Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya
mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
|
Rangkap 10
|
Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang
didampinginya.
|
Rangkap 11
|
Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan
fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.
|
Rangkap 12
|
Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung
tinggi.
|
Rangkap 13
|
Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di
sekelilingnya.
|
Rangkap 14
|
Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan
dan pertolongan.
|
Rangkap 15
|
Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
|
Rangkap 16
|
Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum
menolong sesama manusia
|
Rangkap 17
|
Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan
sesama manusia tidak harmoni.
|
Rangkap 18
|
Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana
Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat demikian
|
Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia
sehari-hari. Nilai-nilai murni yang
positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan
berdisiplin.
Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan
nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya
tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.
Bentuk Gurindam
1.
Gurindam “Beberapa Petua
Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2.
Gurindam ini terdiri
daripada lapan belas rangkap.
3.
Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah sama, iaitu dua
baris serangkap. Baris pertama ialah
syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4.
Bilangan kata dalam
setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga
hingga enam patah perkataan
dalam sebaris.
5.
Bilangan suku kata dalam
setiap baris terdiri daripada sembilan hingga
dua belas suku kata.
6.
Rima akhir gurindam
ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1.
Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah :
a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa
Arab. Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang
siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.
2.
Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan
termasuklah:
a) Asonansi. Contohnya:
i.
Perulangan vokal a:
Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.
ii.
Perulangan vokal i: Manusia
dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i.
Perulangan konsonan s: Supaya
terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii.
Perulangan konsonan t: Tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.
Nilai
1.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih
sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
2.
Nilai rasional.
Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum
berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama
manusia.
3.
Nilai kesopanan.
Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak
menggores hati orang lain.
4.
Nilai kerajinan.
Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan
ilmu dan kemahiran.
5.
Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan
dikenang sepanjang masa.
6.
Nilai kerjasama.
Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu
diamalkan.
7.
Nilai baik hati.
Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8.
Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan
sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir secara
rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk
mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang
dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila
berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan
sengketa.
4. Kita mestilah rajin belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu
domba dan membuat
fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah kita
berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada
waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama
manusia agar dikenang orang.
LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
(i)
Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas? [2 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada
ketika menuturkan kata-kata kepada seseorang?
Nyatakan tiga alasan anda. [3 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii)
Jelaskan dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam
tersebut. [4
markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSangat berguna..saya tingkatan 5 .dan saya rujuk jawapan daripada blog ini.:)
ReplyDeleteThanks ☆
ReplyDeleteThanks <3
ReplyDeletehi,kalau dia minta ciri puisi ni,kita patut ambik yang bentuk tu ke?
ReplyDeleteyes
DeleteKot
Deletethanks a lot for helping me out...
ReplyDeleteIzinkan saya mengambil bahan nota daripada blog cikgu..nota cikgu sangat berguna
ReplyDeletesangat membantu, terima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDeleteWah menarikkk
ReplyDeleteza'ba sangat kacak !
ReplyDeleteterima kasih cikgu,,nota nota yang sangat membantu utk sayaa
ReplyDeleteMohon untuk digunakan di dalam kelas, terima kasih.
ReplyDeletesaya mintak izin untuk ditulis sebagai nota saya n classmates saya ye😊
ReplyDeleteAssalam .. Thank you sebab memudahkan kerja saya .. mimtak izin untuk salin di dlm kelas ..
ReplyDeleteJazaka Allah Khairan Kasiran .😬😬
sangat bermanfaat!! izinkan saya ambil bahan ini sebagai bahan presentation saya .. terima kasih cikgu untuk nota yg sangat berguna ini:)
ReplyDeleteKalau soalan minta huraiankan persoalan nak kena ambik yg persoalan tu ka?
ReplyDeleteterima kasih nota ni sangat membantu saya untuk ulangkaji.
ReplyDeleteTERIMA KASIH
ReplyDeleteCukup nice
ReplyDeletenicee
ReplyDeletenice
ReplyDeletethank you untuk semua maklumat ni.saya sangat menghargainya
ReplyDeleteThank you so much! I am able to finish my presentation! ^v^
ReplyDeleteSANGAT MEMBANTU Untuk mengulangkaji. saya suka
ReplyDeleteTerima kasih nota yang padat ✨👍🏻
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSangat membantu. Terima kasih
ReplyDeleteizinkan saya ambil nota ni sangat membantu terima kasih
ReplyDeleteassalammualaikum,boleh send dalam bentuk soft copy?nak print.
ReplyDeleteada jawapan ke?
ReplyDelete