LATIHAN
KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT:
Wabak penyakit berjangkit yang merebak
pada masa ini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
Fenomena penyakit berjangkit sudah
biasa dalam kalangan masyarakat kini. Di
Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di
media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang
mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian,
masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit
yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu,
tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada
dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit
ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.
Masyarakat yang tidak mengamalkan
pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini
demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis
sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya,
antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di
dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian akan menyebabkan kita
mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan
diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian,
langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah
penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, mencegah
lebih baik daripada mengubati.
Selain itu, masyarakat juga kurang
menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang sedemikian akan
menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit
berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu,
kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah tentu seseorang itu akan
mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa
oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan perlulah
dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada
djangkiti oleh penyakit. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.
Hubungan sosial tanpa sekatan turut
juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit yang berteraskan
kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir
masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian
kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan
tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga berlaku seperti
penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan
menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap
AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota
masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, sediakan payung
sebelum hujan.
Selain itu, kurang kesedaran
daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini. Masyarakat pada
masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga
kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini
terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri.
Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan
dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan
mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada
dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu
mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah
dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi
bubur.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti penyakit virus H1N1
supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun
begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa
orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut
sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang
diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak
berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal
mereka daripada terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.
Oleh hal yang demikian, penularan
wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh kurangnya amalan gaya
hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil
oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti
mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut
memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit
berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak diambil,
nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini.
Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini
bersesuaian dengan peribahasa, Sediakan payung sebelum hujan.
Untuk pengetahuan anda, antibodi merupakan sejenis protein yang terdapat dalam badan kita tetapi bukan ketahanan diri(imuniti).Tambahan pula kekurangan zat-zat di dalam tubuh kita tidak akan menyebabkan antibodi kita menjadi lemah ,ia hanya akan mengurangkan bilangan antibodi yang dihasilkan oleh tubuh kita.
ReplyDelete