PEPERIKSAAN PRA - SPM 2016 (SET 1)
1103/2
BM Kertas 2
Ogos
2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit
- Kertas soalan ini
mengandungi empat soalan
- Jawab semua soalan
- Jawapan bagi Soalan 2(b),
Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan leliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah blog
kepada remaja dan langkah-Iangkah mengawal penyalahgunaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Hari ini minat terhadap penulisan menjadi
ledakan dalam dunia teknoiogi maklumat, terutama laman blog yang menjurus
kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan
isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak
langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.
Menulis blog atau memblog setiap
hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang
diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan lentang
sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah
dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran melaui blog, mereka bukan
sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, melalui
perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, telapi
juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi
medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan,
sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka
baik dari segi pemikiran mahupunpandangannya.
Dalam meneliti kebanyakan laman blag
yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat kurang. Sebahagian besar remaja
lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti
Friendster, Facebook, Twiter, dan Fanbook. Laman ini menjadi tempat untuk
menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau
hal berkailan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam
proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat
untuk mempopularkan diri sarna ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam
kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular
melalui blog merupakan satu strategi yang posilif.
Remaja hari ini perlu memanfaatkan
perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Sebagai contoh,
mereka baleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran.
Dengan cara ini, mereka dapal berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang
ada. Di samping iru, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini,
laman blog juga dapal dijadikan ruang unruk mendapatkan duit dengan cara mudah.
Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan
sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan
Internet.
Blog dan memblog ialah fenomena
baharu dan menarik. Namun demikian belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah
dan berminat mengendalikan laman blog lucah dan memaparkan salah laku moral
remaja. Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu
sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin.
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a)· Petikan
Umum
Berdasarkan petikan
Soalan 1, jawab soalan-soolan yang berikut dengan menggunakan aya! anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang positif. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh penyalahgunaan blog.
Nyatakan tiga daripada penyalahgunaan tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat aoda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai
menggunakan
laman blog? [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Usai solat Maghrib, ketika Imam
Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu
Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan
setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam.
Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman
berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya
tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang
masih menadah doa, kami segera menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada
alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang
tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya
berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British
dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan
lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu
dek tenggelam punca.
(Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Mellisa oleh Zainal Rashid
Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu ? [3 markah]
(iii) Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu
persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka
Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah
pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu
gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang
itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas
kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu
kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari
terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh,
mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka
itu, maka dihunusnya kerisnya pada mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia
pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya
diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.
(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka.)
(i) Berikan maksud
terlalu
gemuruh bahananya.
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah laksamana berjaya membunuh
Kertala Sari?
3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang pendekar itu
menewaskan musuhnya hanya dengan menggunakan kaedah tipu muslihat?
[3 markah]
Soalan 2 (d) – Petikan Puisi
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Sajak Gelanggang
Ini gelanggang
kita
diwariskan oleh
pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang
lalu
persepakatan kaum
untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah
pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur
rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap
sepenuh hati
kita
mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah
terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar
kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
mempertahankan
maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara
momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah
tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali
bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan
setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan
sesama sendiri.
Kitalah pewaris
abadi yang menjunjung amanah ini
agar
kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu
kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan
dihormati
kita junjung dan
taat hingga ke akhir hayat.
Onn Malini - Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Nyatakan cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang
dinyatakan dalam sajak di atas. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara itu dijajah? [4 markah]
(iii) Jelaskan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara itu dijajah? [4 markah]
(iii) Jelaskan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
- Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
i.
negara bangsa
ii.
runding cara
iii.
enjin carian
iv.
paparan kristal
cecair
v.
kitaran proses biologi
vi.
warisan budaya bangsa
[6 markah ]
- Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal
pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam
ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.
i.
Gadis-gadis dilarang
tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.
Kapal tangki minyak itu
mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.
Pantai di kampung
saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.
Pembinaan sekolah
terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu
mahal.
v.
Peragut yang licik itu
telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati, semalam.
vi.
Rakyat Kampung Limau
kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke
majlis kenduri itu.
[6 markah ]
- Dalam setiap ayat
di bawah ini terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.
Berdasarkan pemerhatian,
remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan
kehendak serta perasaan mereka.
ii.
Sifat
remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakan aktiviti hiburan mereka lagi
iii.
Janganlah
disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta
menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.
[6 markah]
- Dalam setiap ayat
di bawah ini terdapat satu
kesalahan istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
i.
Pengguna jalan raya
diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya untuk mengelakkan
diri dari terlibat dalam kemalangan.
ii.
Wang tabungan dapat
digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
iii.
Sudah bertahun lamanya
dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal
dunia.
[6 markah]
- Baca petikan
di bawah dengan teliti dan kemudian
senaraikan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan.
Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana
........................................................... Namun, remaja perlu
berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal
pada kemudian hari. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
..................................................................................
Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan
pujukan mereka seperti
............................................................................................................
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
a. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan perasaan anda
setelah membaca novel tersebut. [ 7 markah]
b.
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari huraikan
persamaan teknik plot yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
assalam ckgu..ad tak soalan ramalan spm 2016
ReplyDeletemanakah boleh dapat jawapan ?
ReplyDelete