Wednesday, 24 August 2016

Latihan Peribahasa :

Latihan Peribahasa :

 

1.  Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan. Keadaan ini seperti

A. kera mendapat bunga                                               B. pungguk rindukan bulan
C. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan                           D. orang mengantuk disorongkan bantal

2. Tuan Ibrahim sesekali tidak menyangka pengurus syarikatnya yang menjadi orang kanannya telah mengelapkan sejumlah besar wang syarikat. Hal ini diibaratkan
A. Harapkan pagar, pagar makan padi                           B. Seperti kacang lupakan kulit
C. Lain diacah , lain yang jadi                                        D. Lebih sudu dari kuah

3.Peribahasa berikut berkaitan dengan sesorang yang berada dalam keadaan yang amat bahaya kecuali
A. seperti telur di hujung tanduk                                    B. nyawa bergantung di hujung rambut
C. sudah jatuh ditimpa tangga                                       D. seperti nyawa di hujung pedang.

4.Peribahasa Bagai kaduk naik junjung membawa maksud
A. orang yang merungut-rungut apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan
B. orang yang telah kehilangan banyak harta setelah kalah judi atau sebagainya.
C. Orang yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sesuatu pertandingan
D. Orang yang miskin tetapi mengada-ngada setelah mendapat kedudukan atau pangkat

5.Pada peringkat awal , Encik Zamani bersa kekok menjadi jururawat lelaki , tetapi lama-kelamaan pekerjaan tersebujt sudah sebati denmgan jiwanya.. Situasi di atas boleh diumpamakan seperti peribahasa
A. tepuk dada tanya selera                                            B. alah bisa tegal biasa
C. rambut sama hitam hati lain-lain.                               D. Sekali air bah sekali pantai berubah

6. Maksud peribahasa meludah ke langit menimpa muka sendiri
A. orang yang memikirkan perihal diri sendiri sahaja
B. orang yang melakukan kesalahan akan menerima balasannya
C. orang yang memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri turut juga mendapat malu
D. orang yang suka mencari kesalahan orang lain.


7.
Majikan Rosnah memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Suhana, walhal dia memiliki sijil kemahiran komputer sejak dia menamatkan persekolahannya.
Keadaan ini umpama
A. Belakang parang diasah lagikan tajam                       B. Mencurah air ke daun keladi
C. Mengukur baju di badan sendiri                                 D. Mengajar itik berenang.

8. Darwis meminta pertolongan , tetapi tiada sesiapa yang mempedulikannya.
Maksud penyataan di atas merujuk peribahasa-peribahasa berikut kecuali
A. bagai berserui di padang pasir                                  B. seperti melukut di tepi gantang
C. seperti meminta susu daripada ayam                        D. bagai kaca pecah ke batu


9. Kehidupan lelaki tua itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Dia sentiasa bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang berjumlah lapan orang. Kadang-kadang , isterinya mengambil upah membasuh pakaian jiran tetangga untuk menambahkan pendapatan keluarga.


Situasi di atas jelas menggambarkan peribahasa
A. memagar kelapa condong, buahnya jatuh di laman orang       B. melentur dahan dek meluyut buahnya
C. melilit dahulu kemudian memanjat                                         D. melekatkan kersik ke buluh

10. Kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki begitu pedih bagai
A. kulit udang terbakar                                                              B. hempedu lekat di hati
C. dihiris dengan sembilu                                                          D. panas mengandung hujan


No comments:

Post a Comment