Tuesday, 5 September 2017

PERBANDINGAN NOVEL

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kepincangan masyarakat yang terdapat dalarn novel tersebut.                                                                                                                                          [7 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial 
- Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

2. Masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
- Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

3. Masyarakat yang bercanggah pendapat
- penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

4. Masyarakat yang tidak  bertanggungjawab
- suami Che Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. 

5. Masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
- Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
1. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
- Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

2.Masyarakat yang prejudis terhadap orang lain
- Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

3. Masyarakat yang suka menghina orang lain
-Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

4. Masyarakat yang mempunyai hasad dengki
- Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.

5. Masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain
- Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

6. Masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
- Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.


(b) Terdapat pelbagai nilai kemanusiaan  dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan  nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel-novel tersebut.                                         [8 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung

2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi

3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.

4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.

5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.

6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.

- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.

10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.

2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.

3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.

4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan .

5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas .

6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.

7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial.

8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.

9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.

10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.




No comments:

Post a Comment