Tuesday, 5 September 2017

Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:

Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga seperti majlis perkahwinan,  sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Diharapkan: Calon dapat rnenghuraikan kebaikan dalam kalangan ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu rnajlis keluarga seperli majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Cadangan idea / Isi:
  1. Memupuk kerjasama dalam kalangan ahli keluarga
  2. Mengeratkan silaturahim dalam keluarga
  3. Berkongsi tenaga/ menjimatkan tenaga kerja
  4. Kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat/menjimatkan masa
  5. Boleh berkongsi pendapat/ idea
  6. Dapat berkongsi/ rnenjimatkan kos

Maklumat Karangan:

-        hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. / kita yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah / Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkeluarga untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota keluarga secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan/  akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing / aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma / dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh / membentuk semangat kekitaan dan melahirkan keluarga yang bersatu padu / secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat bersatu padu / Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan bagi mencetuskan semangat kekeluargaan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.  / meluaskan horizon pemikiran / memupuk nilai saling menghormati, bertolenrasi  dan saling menyayangi antara satu sama lain /  mampu membentuk ahli keluarga yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan./ Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’ menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. / dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni / pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. /  salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai jati diri / berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. / Jika berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang / jika ditelusuri dari sudut yang lain, hidup saling membantu akan membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup bersatu mampu membawa kepada jaminan keselamatan / mampu menjana keluarga yang harmoni dan aman. / Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berkeluarga merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan./ Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. / Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan yang sentiasa saling menolong / tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan  semangat ukhuwah dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan kerukunan hidup berkeluarga / . Semoga Transformasi Nasional 2050 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan yang bermula dalam kalangan ahli keluarga / . Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!



No comments:

Post a Comment