Thursday 13 March 2014

HIKAYAT LANGLANG BUANA

Sinopsis Cerita


Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri juga bermimpi perkara yang sama. Inang mengatakan bahawa itulah tandanya tuan puteri akan mendapat jodohnya. Seperti biasa, tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik yang dijaga oleh peri. Peri itu pula memberitahu perkara itu kepada Raja Indera Bumaya dan menyuruhnya supaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri itu dan apabila baginda terpandang akan tuan puteri itu, baginda terus tertarik kepadanya.


Raja Indera Bumaya pun menjadikan dirinya seekor burung bayan yang cantik . Tuan puteri tertarik oleh burung bayan itu dan meminta inangda supaya menangkap burung itu. Namun begitu, semua dayangnya gagal untuk menangkap burung bayan itu hinggalah dayang-dayang menyarankan supaya tuan puteri sendiri yang menangkapnya. Tuan puteri berasa sangat gembira kerana burung bayan itu terus hinggap pada tangan tuan puteri. Burung bayan itu bukan sahaja cantik, malahan pandai berpantun dan berkata-kata serta boleh menukar dirinya menjadi burung nuri dan bunga yang sudah dikarang. Akhirnya, Raja Indera Bumayapun mengembalikan dirinya yang asal dan tuan puteri jatuh cinta kepadanya.  Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal tuan puteri dari bawah mahligai, menyampaikan berita tentang tuan puteri membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa iaitu ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Perkara itu menyebabkan Raja Bahrum Dewa sangat murka dan menitahkan hulubalang serta rakyat mengepung lelaki itu pada malam itu juga.


Setelah tuan puteri mengetahui berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke mahligainya untuk mengepung dan menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut dan sedih kerana tidak sanggup berpisah dengannya. Raja Indera Bumaya pun menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat jin yang menyerupai manusia yang lengkap bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa menjadi semakin murka dan menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera Bumaya. Perkara itu menyebabkan tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara itu membuktikan cinta dan sayangnya kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya kemudiannya menyeru gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat ribu jin yang akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Dalam peperangan itu banyaklah darah yang tumpah ke bumi.

Watak dan Perwatakan

1. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi -
Puteri Raja Bahrum Dewa / Penyayang – sayang kepada Raja Indera Bumaya / Penyedih – menangis kerana takut kepada ayahandanya yang hendak menangkap Raja Indera Bumaya. / Menghormati tetamu – menghormati Raja Indera Bumaya dan melayan baginda dengan baik dan menjamu baginda. Periang. / Tuan puteri suka bergurau senda. / Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir. /.Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan. / Sangat mencintai kekasihnya.

2. Raja Indera Bumaya  -
Putera raja dari negeri Lela Gambar / Boleh bertukar rupa menjadi burung bayan, burung nuri dan bunga. / Bijaksana - bijaksana untuk memikat tuan puteri / Penyayang - sayang akan tuan puteri / Memiliki geliga sakti / Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih. / Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. / Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya ./  Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna


                       3. Peri -
jin yang dapat merupakan dirinya seperti perempuan yang                                  cantik.  / Penjaga tasik tempat tuan puteri mandi. / Suka menolong orang -                        menyuruh Raja Indera Bumaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri.

                      4. Raja Bahrum Dewa - Ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi /                               Garang dan tegas - menitahkan menteri dan rakyatnya menangkap Raja                             Indera Bumaya yang berada di dalam mahligai tuan puterinya./ 
Seorang                           raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya. /                       Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera                                 Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan                           kemarahannya. / Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap                       perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera                       Bumaya sebagai memalukan baginda.

                     5. Inangda - Sentiasa menemani tuan puteri  / Patuh akan arahan tuan                            puteri - menurut perintah tuan puteri agar menangkap burung bayan.


No comments:

Post a Comment